Monday, June 1, 2009

SURAT CHENTA 2005?

awal musim cuti di kampung sekarang membuatkan aku agak sibuk dengan kerja mengemas rumah bahagian atas (papan) , akan dirobohkan untuk diubah suai menjadi rumah batu tidak lama lagi. mugkin encik abdul razak mempunyai perancangan tersendiri untuk mengubahsuai rumah yang sedia ada sekarang. jadi sebagai anak yang bertanggungjawab serta dikasihi oleh keluarga dan diidamkan menjadi menantu pilihan, aku mengorbankan waktu tidur bangun lambat waktu cuti dengan bangun awal pagi dengan mengemas rumah sebelum rumah atas ini bakal dirobohkan. jadi aku perlu mengemaskan segala khazanah yang ada di rumah atas ini; dari buku sekolah than 90-an hingga ke almari dan rak yang ada.

yang ingin aku ‘highlight’ dalam entri ini adalah tentang sepucuk surat yang aku temui sewaktu mengemas semalam. dalam timbunan buku-buku lama yang dikumpulkan aku terjumpa sepucuk surat yang ditulis kira-kira empat lima tahun yang sudah. ini surat zaman aku sekolah tingkatan empat atau lima kalau tak silap. surat dari seorang perempuan ni. aku tulis balik isi-isi penting surat itu tanpa ada sebarang tokok tambah. aku jujur ni!

hai fakrul. dah lama kita tak jumpa. beborak tentang personal. ye lah kan awak tu budak pandai. kelas sain,s kelas depan kita ni kelas sastera je. awak tu selalu tak free petang-petang. library lah, sekolah lah, main takraw lah, pendek kata masa awak penuh dengan aktiviti, sampai saya yang perlu menanti time awak free. bila agaknya eh?

aku bukanlah aktif sangat macam budak ni tulis. Cuma waktu tu aku memang kawan-kawan dengan budak kaki belajar. aku bukan nerd atau geek kat sekolah ok! kawan-kawan hardcore pun dua-tiga orang yang satu kelas dengan aku. ok sambung surat lagi:

tiap kali nak jumpa fakrul dekat sekolah , budak ni ramai usiklah, sebabtu Su malu dan takut. segan lah bila dia orang cakap kita ada affair. fakrul, su ucapkan ribuan terima kasih diatas keikhlasan fakrul untuk memaafkan diri su. seandainya su bersalah, tegurlah. su terima. tapi kalau fakrul mengamuk dan putus macam hari tu, terus terang su memang tak nak kita bermasam muka kerana perkara yang kecik. su nak fakrul jadi sahabat paling sejati dalam hidup ini. haya fakrul yang dapat su terima dan su janji tak akan menyakitkan hati fakrul lagi. thanks for everything.yang merinduimu…….su.

aku lupa macammana boleh gaduh dan bila masa aku mengamuk? hahaha aku gelak besar bila baca surat ini. entah bila ada putus-ikat dalam hubungan kawan-kawan sekolah macam ini. budak ni selalu pinjam buku aku, sebab itu kami jadi rapat. aku tak tahu berapa lama kami tak berhubung. habis SPM aku belajar di Bangi dan dia aku tak tahu belajar dimana dan buat apa.

semalam kak long aku tanya. “Ngah, kau kenal Suhaida budak Serting 4, rumah hujung depan simpang tiga sebelah paya tu. alah budak tu sebaya kau. akak dia kawan aku tu.” “ha tau. Suhaida, ye kenal. apahal?” aku tanya. “ dia baru bersalin hari tu, kakak dia cerita dekat aku.” “eh dia dah kawin ke Long?” aku tanya hairan.“ hish kau ni takkan la tak tau. dah setahun lebih dah kahwin. dia tak jemput ke?” tanya Kak long. “ tak ada pun.” aku jawab pendek.

haih.. su dah anak sorang kau dah ye. semoga kau dapat anak ramai-ramai! su kau layan blogspot tak? agaknya kawan-kawan dia ada masa ke layan blogging ni?

19 comments:

Lionel Azry said...

kalau dulu lu terima cinta die..skrg maybe lu dah ada anak kot :P

ikmaLisme said...

x tercabar ke keJANTANan ko melihat dia dah bersalin??

hahaha.. klu x, ko la jadi daddy anak tu.. :P

Rajuna said...

Ini sudah lebih
ini tak boleh jadi
gua sayu baca cerita lu ni\
betul gua cakap ni
tak pasal2 emo ni apahal gua ni?

ya rabbi..

**suzenisme** said...

suhaida mane beb?
suhaida bain?
hahahah..

DIK AN said...

Sue-pardi?

faqhrule said...

saruk:
itu dulu beb

ikmalisme:
gua kawan je dengan dia ok.. macam lu la, yg dating sebelum cuti lepas

abg rajun:
haha abg rajun pun ada cerita lebih kurang sama ke?

suzen:
yeap suhaida bain. hahaha u kenal ke?

dick an:
suehaida ni dekat jugak dengan rumah am abg lu

cactus biru said...

wah...mak aihhh....agak2 kalu cigu kawen ngan dia skarg da lebih dr sorang kot anaknya....huahuahua...
pe lg, msh sempt lagik nk lawan dia tue, kawin la cpt...

i_m diba said...

yg lepas bia lpas..hehe
nsib bek dpt thu gk cite sal die ek..
alhmdulilah die ad ank dh..

sharamli said...

patut la semangat p kusus kawen...
nak ad anak mcm su jgk la tu...pa

faqhrule said...

cactus:
kitorang kawan jela time tu, tak ada nak cintan cintun nih.

diba:
belum ada peluang nak jenguk anak dia tu

sha:
salah satu faktor jugak tu hehehe

i_m diba said...

xpr lah..p jenguk rye nnt..kate dkat je ngn umh hee~

~E i M a~ said...

tiba2 teringat plk zmn skolah dulu..emel u dlu ada lg tau..hehe
=P

faqhrule said...

diba:
rumah mak ayah dia dekat la, rumah dia dgn laki dia taktau kat mana hehe..

eima:
erk u simpan lagi ke emel tu? ingat u dah delete! erkk jagan la reveal kat sini..kantoi nanti..euuu *blushing*

~ E i M a ~ said...

hehe..ok2..
i simpan lg..
wt knangan zmn muda mudi..=P
u nak baca ke?
hihihi~

sue said...

email ape tue?
hahah cam best je
nak baca!!!!!
sape lag nak bc angkat tgn!!!
heheh

Bazzstary said...

surat cinta yg touching...x bls ker?

nk bc yg tu gak..ngee~

faqhrule said...

eima:
jangan reveal la bamm!
malu i nanti. perghhh malunyeeeee...aaaaaa

sue:
takbleh takbleh!

ustazkabel:
tu surat dia bagi kat aku. surat aku bagi kat dia lupa la aku tulis camne ustaz.

dendo said...

i jang...bini org tu...kawen ngan org bahau...pakwe akak dia duk serumah ngan aku kat kl ni...

alah kau kat sekolah dulu skema..
alip taman jek hardcore...hahahaha

zanarkist said...

uwaah ingat kenangan lama ?
zaman sekolah memang lucu
hihi
:D