Saturday, June 6, 2009

Menjadi Buruh Kasar

Semenjak jadi buruh kasar ni , kulit jadi dah gelap. Tak cerah macam dulu-dulu. Kerja tengah hari terik, masuk pukul 8.00, rehat pukul satu. Masuk balik dua setengah sampai pukul lima. Tekak manjang kering. Haus betul kerja tengah terik. Mujur, tuan rumah sediakan makanan. Dari sarapan pagi, kudapan, makan tengah hari, hingga minum petang. Bekalan air sejuk tak pernah putus. Kosong saja bekas air, pasti ada yang datang menghulur bekas air sejuk baru keluar dari peti sejuk. Teguk ala kadar sambung kerja lagi.

Baju pasti basah dengan keringat. Baju kugiran hitam pasti jadi kegemaran disarung semasa bekerja. Topi kedai dua ringgit jadi pelindung ubun-ubun dari gigitan terik matahari panas. Kerja tanpa minta gaji. Lepas saja sesuap nasi sudah cukup syukur. Oh ya, ada dua orang teman baru saja berkenalan dari seberang memang pakar bertukang. Seorang namanya Awan sorang lagi Alek Pendek. Keduanya orang Bali dan Lombok. Seronok benar dengar cerita tentang budaya di kampung halaman mereka. Sudah ada teman pemandu pelancong jika mahu ke pulau Bali.

Baru saja selesai membuka rumah papan bahagian atas. Atap, diding papan, lantai, beranda serta tiang sudah ungkai dari tapak asalnya. Dinding konkrit sudah dipecah. Letih jangan cerita. Tapak tangan mula kesat. Jarang sanagat buat kerja berat sebegini. Malam tidur awal. Harapnya cik wai pei mo tidak marah dengan sekadar mesej ringkas. Kadang-kadang bangun pagi ada mesej yang tidak dihantar. Maaf ya cik wai pei mo. Sudah mengantuk untuk menulis. Agak liat untuk selalu update blog ini. Lihat gambar saja boleh? Tinggalkan komen juga ya. Nanti dibalas.



* rumah atas baru buka.

*tangga batu ni ada sejarahnya dengan aku. dekat bucu anak tangga yang ketiga tu, dahi aku pernah tersembam. darah macam air mengalir! GORE!



*pandangan depan



* anak kucing gemok kesayangan aku. Chuie. runsing rumah atas port lepak dah runtuh.





* kerja keras, hati baik, senyum selalu. tetap crust!

12 comments:

khucaie said...

lu renovate umah ape?

Shahrul Tanaka said...

orang kaya jempol!
banglo pertama di jempol!
yeay ;)

qishie said...

ada dua orang teman baru saja berkenalan dari seberang memang pakar bertukang. Seorang namanya Awan sorang lagi Alek Pendek. Keduanya orang Bali dan Lombok. Seronok benar dengar cerita tentang budaya di kampung halaman mereka. Sudah ada teman pemandu pelancong jika mahu ke pulau Bali.


bagus la!merapatkan ukhuwah..:)
mau ke malang?gua ada..:P

faqhrule said...

kuchaie:
gua renovate rumah bapak gua

saruk:
hotak kau. ramai yang ah ada banglo dekat area sini dol. aku je lambat buat rumah batu.

qish:
tak mau ah. nama pun dah malang

diba said...

leh tmpah x buruh ni..
nk suh buat umah sy plak..hee
nmpk bgus sgguh..ahaks

dh siap umah nt tnjuk lah gmbr nk tgk btapa bgus nyr bruh ni;p

faqhrule said...

diba:
saya buruh kasar saja.
ikut cakap kontraktor, cantik tak rumah nanti tu semua hasil tangan kontraktor. saya kuli saja. =)

fafausultan said...

wah dah siap umah t ble r nk mlawat...ne taw ble wat umah sy plak an..tapi jangan r sampai demam....ni tak kena panas sikit dah demam.t gaji kena potong baru taw...gtau uncle razak...kasi potong lunch break...tp takraw x miss gak an...gagah btol

faqhrule said...

cik wai pei mo:
auww cik wai pei mo jadi jaga rumah sendiri suda la!

fafausultan said...

aish jaga2 jgn sbut tw.sensitive!!!!pintu umah dah pasang la...wek x yah jadi jaga lg la munchet

Rajuna said...

lu ni bikin umah ke mau pergi ke majlis kumpulan gitar rancak.
dress kod salah tu. ha ha

Zana Tingtong said...

uwaah rajinnyaa
bagush bagush
:D

kim salam sama chuie
:))

jahanam!! said...

fuih!!
sajak gila!!