Saturday, July 11, 2009

AKU HARAP ENGKAU TERSUNGKUR

aku cuba menulis puisi tentang benci. beginilah jasadnya. tak tahulah ada roh atau jiwa dalam situ. bacalah. tinggalkan komen dihujungnya ya!



i

aku harap engkau jatuh tersungkur,
seperti suatu masa dahulu,
biar bibir nistamu luka,
biar tersembur darah aibmu; meleleh kembali,
biar semua tahu hanyir busuknya nanah noda,
juga agar kau sedar,
yang terpalit dihujung nikmat duniamu,
itu dosa.

ii

aku harap engkau tersungkur lagi,
biar kini lebih sakit dari dahulu, lebih pedih,
biar engkau rasakan sakitnya terseret atas janji kerikil,
kotor yang tajam,


iii

aku harap engkau tersungkur terus,
biar tiada kudrat bangun lagi,
biar kakimu terus lumpuh dari dunia itu,
biar engkau cacat terus dari hidupmu,
hidup penuh kepuraan dan pembohongan.
teruslah berbohong pada dirimu, ibu bapamu juga tuhanmu,
yang jauh engkau telah cicirkan.

iv

aku harap engkau tersungkur atau;
terjelopok terus!
dan dagu maruah yang jatuh mula-mula;
keatas lopak lompong tanah duniamu,
moral biar jadi calar balar; langsung luka terus,
kerana ia memang paling pantas untukmu!

11 comments:

fifah yusof. said...

yeahh. fifa dpt rasakan kemarahan yg meluapluap.

faqhrule said...

fifa:
marah? shhh mana ada

Anonymous said...

sgt marah meluap-luap nampaknye..
rase mcm muvie tersiat-siat dagingnye satu2 dari jasadnye...
killer's man..

btw: permulaan yg baik..

-nurulkornain-

sharamli said...

cekgu..sy benci cekgu sastera yg suka berpuisi...

b0san..b0san..b0san..

b0leh kn k0men mcm ni..kn..kn...kn..

Lionel Azry said...

jangan mendoakan kecelakaan terhadap mereka..takut kecelakaan itu berbalik kepada lu..

belajar la memaafkan manusia kerana maaf itu terlalu indah!

)pengaruh novel baru! :P

faqhrule said...

nurulkornain;
saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukan

sha:
boleh. btw i bukan cikgu sastera. puisi itu seni, seni itu amat cantik

saruk:
gua dipengaruhi emosi, tu yang keluar macam tu. ok saruk gua belajar maafkan orang. gua dah maafkan lu

khucaie said...

gua maafkan lu..jgn buat lg ok! :P

Anonymous said...

yeah...
puisi itu seni...
kalau digarap dgn baik...
seni itu indah sekali.
:-)

-nurulkornain-

DIK AN said...

Lagu baru Mynightville?

dendo said...

paan mcm sial.

fifah yusof. said...

cehh cehh.
takk nk ngaku.
;)