Sunday, July 26, 2009

Gua Cikgu Pendidikan Jasmani Bhai..Lu Jangan Nak Carik Pasal!

hai..
maaflah aku sangat sibuk dengan hal-hal sekolah kebelakangan ini. ini pun baru sahaja pulang dari camping unit beruniform. sangat letih dan seronok bercampur baur.

Entah kenapa hari ini aku rasa sangat malas yang membuak-buak untuk menulis rancangan pengajaran harian untuk pendidikan jasmani tahun 5 Cemerlang esok. Padahal aku sendiri tahu dan sudah rancang apa yang aku hendak ajarkan pada mereka yang agak kurang mendengar cakap sewaktu kelas pendidikan jasmani. Yang mereka tahu hanya bermain bola sepak, atau yang perempuan bermain permainan indoor game sahaja. Mungkin mereka telah terdidik untuk berbuat sbegitu apabila sahaja pendidikan jasmani berlangsung pada setiap minggu.

Bagaimana dengan kamu ketika di bangku sekolah dahulu? Adakah guru pendidikan jasmani kamu mangajar seperti apa yang tertera dalam buku teks bantuan kerajaan? Atau hanya melemparkan sebiji bola sepak ketengah padang, dan kemudian dikerumuni murid-murid dua buah kelas tak tumpah seperti semut mengerumuni seketul gula. Tambah lagi tanpa pakaian sukan yang lengkap? Ada begitu zaman sekolah kamu dahulu? Guru pendidikan jasmani hanya lepak bawah pokok sambil jari kepit rokok dan hembus asap bentu o berkepul-kepul. Atau lepak di kantin minum-minum. Cukup masa panggil semua naik ke kelas semula.

Atau begini, kamu bersemangat membawa pakaian sukan dengan hati membuak-buak ingin rematch semula perlawanan bola sepak minggu lepas kerana pasukan kamu kalah disebabkan kerana ayam tambatan kelas telah ditaji keras? Dengan semangat juang mengalahkan Amri Yahyah dihati, tiba-tiba guru sejarah masuk ke kelas dan beritahu dia mahu mengambil kelas pendidikan jasmani untuk diganti dengan kelas sejarah. Menyumpah? Sudah tentu bukan?

Sejak dari dulu pendidikan jasmani memang tidak diambil peduli sangat di sekolah. Padahal ia sebenarnya amat penting untuk perkembangan murid itu sendiri. Bagaimana murid diajar berjalan dengan betul, perlakuan lokomotor dan bukan lokomotor, manipulasi alatan, kemahiran permainan hingga ke tunjang kesihatan reproduksi juga diajar. Sepatutnya lah!

Aku harap aku mampu betulkan apa yang telah disalah tafsirkan oleh orang sekarang ini. Ubah persepsi tentang pendidikan jasmani pelajaran yang tidak penting. Falsafah pendidikan negara kita sendiri mahu melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Kamu bagaimana? Adakah kamu menggemari pendidikan jasmani sewaktu kamu sekolah dahulu? Atau kamu (perempuan) menggemari pendidikan jasmani kerana gurunya hensem, macho dan menjadi pujaan ramai seperti dia dibawah ini. Cikgu sebelah kiri sangat hot.Huh!






gambar tahun 2006 sewaktu mula-mula masuk institusi pendidikan guru opsyen pendidikan jasmani

19 comments:

Rajuna said...

gua penah mengajar pj. malang sekali gua bukan opsyen. nasip baik 2 minggu je. dem so mach.


gua bagi bola. budak tingkatan 2 lawan tingkatan 5. selamba sudah!

faqhrule said...

abang juna:
hahaha risiko tu beb..
konfem budak tingkatan 2 kena lanyak kan?

qishie said...

cikgu..saya setuju dgn pernyataan cikgu yg terakhir tu..cekgu kena hensem..baru anak murid teruja!

ahahahhaa

:P

Anonymous said...

Kami pon pnh mengajar PJK mase jd chekgu sandaran dulu. Buat telematch sudah. Bebudak sgt suke ok!

Time kami skola dulu pulak, time PJK je buat2 x sihat,malas tukar baju punye psl. Sengugut adalah alasan plg bernas. Tetiap minggu pon sengugut..hahaha

faqhrule said...

qish:
huh nasib baik hensem! patutlah budak budak teruja

kasut pink:
ishh ni mesti tak aktif kat skolah dulu kan?

qishie said...

tapi cekgu..kenyataan tentang gambar tu saya bantah 100%..

cekgu kurang hot kerana tidak melakukan aksi rimau mencakar2 kawan sebelah cekgu.


sekian.
:p

faqhrule said...

qish:
kalau hot buka baju bukan cakar member la qish! ahaha

Shahrul Tanaka said...

lawan futsal dengan gua sudah! :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aku suka gila pendidikan jasmani dulu..suka sebab dapat keluar dari kelas..buat something yang sangat fun..

..dan aku benci PJ juga dulu sebab kenapa perempuan harus main hoki, bola jaring dan bola keranjang je?

bola sepak tak boleh ke? aku nak perempuan boleh main bola sepak!

err..boleh tak cikgu?

faqhrule said...

saruk:
lu nak lawan futsal dengan geng cikgu lelaki skolah gua? berani?

zara:
tu semua teknik dan kemahiran. memang ada dalam sukatan pelajaran, bola sepak jugak kemahiran dan semua jantina kena belajar kemahiran itu. sepatutnya lah.

faqhrule said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

masa doludolu, pj kat skola, mcm cibett.
cikgu takk ajar, takk psl2 masa pj kene take over dgn cikgu2 yang takk abes sylibus lagikk.
hawau! every week, mesti jadi mcm tuu. cdeh!

klu lepak kat pdng masa rehat, main puas2. baju kotor sume takk ksah, asalkan dapat hilangkan stress utk minggu tersebut!

HENTIKAN PENINDASAN.
haha.
;DD

faqhrule said...

fifa:
tu pasalla skarang ni budak2 bantai main bola tengah2 panas sbb tak dapat pj.
konfem banju bepeluh lencun lepas main kat padang!

sharamli said...

argh.....b0san dgn subjek pendidikan jasmani..

cekgu kt sk0lah rendah slalu ckp..

0k..plajar laki p tuka baju..kita main b0la..
yang p0mpuan pegi library..
pergh.....kit0rang p0n nk pj jgk...b0ngek t0l cekgu..

faqhrule said...

sha:
patutlah u asyik aktif blogging je tak aktif bersukan pon hhehehe ;P

NM. Amalina said...

eh.

PJ adlh sbjc fav sye!
bsmgt je kalu hri yg ade PJ.

hua3.

Azri Rotten said...

aiseymen, pj ar antare sbb utame aku gi skola. mase aku kat skola teknik dulu, aku gi skola tiap2 hari rabu je sbb rabu ade pj. buku teks biar semak kat kedai,jgn beli. kekadang tu bdak suke pj sbb saje nak menunjuk tshirt. sape ade tshirt rock the world,die cool. setiap minggu mesti ade match dgn kelas lain. bile kalah, repeat next week lak. kalau main dgn bangsa lain, kalah repeat luar skola. sebelum pj dah ade strategy dulu, main defend la counter attack la. atas padang semua nak score. mcm lahanat. kalau hujan semua emo,kalau bleh nak salahkan tuhan. salin baju dlm tandas kemain lame. 2 minit tuka baju, time lain isap rokok. rokok share2 lak. sampai kat user ke5, puntung dah basah,isap pon dpt tarek kahak org lain. nak buat camane. bdak sekolah semue "cool"

fachrule said...

nur mariaminul amalina:
hehe mesti kamu sangat enjoy dengan aktiviti pj bukan?

azri:
sekolah menengah lagi chaos! pj=soccer battlefield. sapa paling true akan menang even bergaduh kena tackle keras kan? orang-orang yang aktif bersukan semestinya enjoy dengan aktiviti pj kan? tapi macam mana dengan budak-budak yang tak suka pj ni kan? patutnya pj ni menyeluruh bukan pada yang aktif sahaja kan.

Anonymous said...

semestinya, pas2, bile masuk kelas, mls dahh nk stdy. cikgu pon, mara. haha.
;P