Tuesday, September 15, 2009

DALAM DILEMA

hari ini sudah rabu. esok khamis dan lusa jumaat. jadi tinggal tiga hari sahaja lagi untuk menjelangnya cuti raya. jujur, aku sudah tidak memikirkan perihal kelas dan pelajaran ketika ini. jasad sahaja di dalam kelas, hakikatnya fikiran sudah melayang jauh ke Serting, kampung halaman aku.

samaada petang ini, lepas sahur esok atau tengahari esok, aku masih belum buat keputusan untuk pulang ke rumah. esok dan lusa masih ada kelas pembelajaran yang bakal dijalankan dan hakikatnya mentah-mentah lagi aku sudah bercadang tidak untuk hadir ke kelas. ikutkan hati, sekarang juga aku mahu pulang ke kampung.

sekejap tadi Haji Mokhtar masuk ke kelas,

"esok bawa riben ya anak-anak. kita belajar teknik mengayam"

urghh, ya tak ya, esok ada kelas pentaksiran pendidikan seni. demm aku memang minat kelas yang amali sebegini. dan sesi pembelajaran haji mokhtar memang seronok. tiada tekanan, tawa dan sindiran dalam sesi belajar.

ini yang sekarang aku buntu. mahu hadir atau tidak esok?

kalau esok tiada lagi entri baru dari aku, jadi maksudnya aku sudah berada di kampung. okey selamat tinggal.

9 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

urgh~


jangan lari dari tugas~




hehehehe~




aku tunggu.....
kalau kamu tak muncul esok,






aku pasti sudah tahu ke mana kamu~


















salam hari raya aidilfitri!

sharamli said...

sian haji m0khtar kal0 cekgu p0nteng klas dy...

faqhrule said...

zara:
bukan lari, cuma menunggang motosikal pulang ke kampung halaman

sha:
takpe, ramai anak murid haji mokhtar yang tinggal

Shahrul Tanaka said...

hoi kelas2..nasib baik minggu ni gua ponteng kelas :P

qishie said...

ponteng suda!
naya je dak2 tu mintak duit karang

faqhrule said...

saruk:
lu memang tak suka pergi kelas kan?

qish:
haha gayanya memang macam ponteng je

Miea said...

balik la selagi sempat..
ceh ayat macam haunted :P

Anonymous said...

haha, selamat beraya ckegu fachrule.
(:

Zana Tingtong said...

dah balik kampong la ni.
haha :)