Thursday, October 15, 2009

PPTTUIIHHHH.... (merujuk aksi meludah)

dengan kehidupan yang tidak terurus betul dua minggu ni membuatkan kehidupan menjadi kusut. serba serbi jadi tunggang langgang. baju sudah basuh belum berlipat, taburan kertas kerja tidak tersusun atas meja, panggilan tak dijawab, mesej tidak dihantar dan segala yang kusut bercelaru ada dihadapan aku.


dini pagi tadi setelah usai menyiapkan tugasan pentaksiran pendidikan seni visual aku mengambil keputusan utnuk tidur apa bila tiba-tiba bulu roma meremang jam empat pagi. tingkap bilik terbuka luas, rasionalnya supaya dingin semilir pagi tidak membuatkan aku mengantuk. senarai main malam tadi adalah The Fall Of Efrafa-semua!

apa yang kamu fikir kalau tiba-tiba berdiri bulu roma meremang, seolah-olah ada yang merenung kamu di tingkap? sedangkan diluar cuaca likat gelap, sunyi dengan bunyian cengkerik sahaja?



terus tutup laptop dan berselubung diatas katil sambil mulut terkumat kamit membaca ayat ayat suci. tak semena aku lena terus dibuai mimipi.





tidur lena




....







tersedar dari tidur aku sudah kesiangan! kepala masih pusing kerana waktu tidur yang tidak cukup. capai tuala dengan alatan mandi, aku berlari terus ke kamar mandi. selipar terbalik aku sarung jua. dalam keadaan masih mamai aku capai ubat gigi, picit perutnya yang munchet itu keluar isinya dan disapu atas berus gigi. basahkan sedikit dan terus gosok. tenyeh penuh nikmat.





tapi..
hairan, kenapa tiada buih seperti hari biasa menggosok gigi? tiada rasa pudina! padahal raya payau dan tidak berangin seperti kebiasaannya.


ubat gigi sudah tamat tarikh luput kah? atau aku terpakai ubat gigi orang lain?
hairan!




perlahan aku buka mata yang sepet tidak cukup tidur, capai ubat gigi dalam baldi merah comel beli di kedai dua ringgit.










PTTUUIIHHHHHHHHHHHHHH...........CELAKAAAAAAAAAAAAA!



aku menyumpah sendirian dalam bilik air. segala sumpah seranah keluar dari bibir comel yang tidak berdosa ini!
inilah akibat kalau buat asignment saat-saat genting!


21 comments:

Paan Ovrtd said...

Tu laa...ajak jamming malas.

azzy said...

hak3....ksian2....

tula....gosok gg smbil tido...

watla lg ye...peace.. =p

Anonymous said...

Ewww... mst takde jerawat dlm mulut pasni. Pasti!

faqhrule said...

paan:
sebab banyak keja la susuah nak jamming

azzy:
separa tido lah

faqhrule said...

pink:
hahaha for sure lah kot

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mak aii~

nasib baik takde benda lain tumbuh di gigi~

ihiks~

Kc Kasedah said...

sure tade da blackhead dlm mulut dan gigi anda. yeahh!

Ameera Jamal said...

haha...tu la bros gigi mase mamai...

chegu, sdap x rase tu??

bibie_suke_sukun said...

YUKS!!!

faqhrule said...

zara:
kalau ada yang tumbuh macam mana kan?

KC:
for sure takde punye lah

ameera:
sedap dear, cubalah!

hann:
nyam nyam la

Cik Chuie said...

ang!ang!ang!

kalau ubat gigi tenyeh kat muke lak leh wat muke jadi putih dalam masa 14 hari u!

haha ikalan colgate ok!

Shahrul Tanaka said...

tu la rajin sangat buat assignment :P

yoro okino said...

hahhahaha
len kali jgn wat langsung
huhuh

faqhrule said...

sue:
kalau gigi anada ada masalah berminyak cubalah guna

saruk:
rajin? terima kasih

yoko:
hehehe kalau tak buat lagi serabut

Pais Mais said...

guna la berus jmban.. baru stail..

qishie said...

dah tu hilang tak bleakhead kat gigi cegu?

Ikan Manis said...

ok. sangat kelakar. bye.


ps : benar ini. xtahu mahu bilang apa sudah.

Anonymous said...

bhaha, makin bertambah blackhead laa dkt dlm gigi. yg kat muka pun nda abes lagikk. hehhe.
:)

faqhrule said...

pais: berus jamban buat penggosok badan lu bleh la

qish:
jangan kata blackhead, karies gusi berdarah ke semua hilang

D:
ini bukan cerita kelakar lah

fifa:
laa dalam gigi fifa mesti ada blackhead juga kan?

Daffodil D said...

ttg manusia yg tersalah nak makan ubat gg termakan pencuci muka. benar kan? oh, tidak kelakar ke? aku tumpang bersedih.

Anonymous said...

da chech doctor, gigi fifa semua hebathebat blaka.
bhha. takk de yg ber-virus.