Wednesday, November 4, 2009

AUCHHH... (merujuk aksi terhiris tangan sendiri)

*
ini adalah rentetan dua entri yang lepas.

**

pagi ini buka blog, rasa lain macam. kepala berat jangan cerita. tidur cuma dua jam, selebihnya mata terkebil-kebil pandang konkirt simen. bangun seawal 5.30, lepas tunai kewajipan mata tak boleh lelap. itu yang pagi-pagi buta dah buka blog. tulis entri tanpa ada draf kasar, inilah hasilnya.

kahkahkah aku dah agak, kalau kita cerita dekat orang hal-hal peribadi ni, minta pendapat atau pendangan walaupun orang tu tak lah hebat mana, mesti cerita tu tak habis dekat situ. macam kutu sorang ni juga. aku tanya soalan yang berkaitan dengan masalah aku yang dia pernah alami. siap dia bahasakan aku semula. tak ada masalah sebab aku kenal dia, bahasa dia kasar tapi hati dia baik. walaupun dia gemuk dan pendek dan suka mencarut.

musim-musim tengkujuh dan hujan awal-awal pagi macam sekarang memang syahdu. tambah-tambah buat aku yang tengah berhadapan masalah besar macam ni. semua rasa tak betul, rasa nak marah nak maki nak mencarut semua rasa negatif ada dalam cuaca sejuk pagi macam hari ini. memang sekarang aku tengah sedih. sangat. rasa sayu macam berada dekat bangunan tinggi bila pandang ke bawah.suasana tekanan peperiksaan aku langsung hilang. tak ada. kosong. macam seorang perempuan bila aku tanya tentang hatinya, dia kata kosong. rasa kosong! padahal minggu depan peperiksaan dah mula. tak ada masalah, aku jawab ikut apa yang aku dah belajar.

sekarang senarai main tiada lagi lagu jerit-jerit. saat-saat syahdu, sugul, bermuram durja macam sekarang dihabiskan dengan lagu rock klasik. sangat berbeza dengan pop cintan ok! ini rock klasik atau senang cerita rock kapak tapi dalam tenor balada; emosi kecewa. kamu pernah dengar lagu ini? lirik dia memang sentuh rasa punya. klik untuk dengar dan baca seni kata dia. memang sebijik jatuh tepat dimuka sendiri. kata orang inggeris straight to your face. lepas habis aku ulang-ulang sampai aku muak.

aku dah tak bersemangatlah. tulis entri pun dah tak sedap. kelat, pahit tak ada rasa. rasa macam makan hati mentah. kalau makan hati goreng masak kicap ke, sweet sour ke masak sambal ada rasa jugak kan? tak apalah, nanti aku cari idea nak tulis apa lagi okey.



***
ada siapa nak teman saya pergi tengok twilight, inglorious basterds,phobia 2,diary of a wimpy kid, merantau, dan banyak lagi yang menyusul? saya rasa kosong. saya perlu teman.



terima kasih sayang buat i macam ni. sweet sangat.
:)


17 comments:

Mohamad Nazrin iBn AbduLLah said...

x tahu nk komen ape...=)

faqhrule said...

yien:
tu dah komen hehe

sharamli said...

syg cekgu watpe dkt cekgu ni..
ish..xpuas ati ni...

faqhrule said...

sha:
u tanya syg i sha, babab dia tapi jangan kuat-kuat okey?

demang said...

kau ni dah wajib sangat carik bini

faqhrule said...

demang:
wajib tapi belum berkemampuan mang

timmy said...

hahaha.
bukan lu suro gua citer sikit benda2 nie dalam blog gua.

gua baik. gua tak up pun nama lu. lu yang sendiri bikin.

setan lu! lu ingat lu tinggi sangat.

datang JB la. layan twilight dengan gua. kita amek kapel seat.

best. boleh romen2!

Kasut Pink said...

2012 @ pisau cukur ok?

kc kassim said...

aiyakkk.gf u yg rituh ke?aduyai.tatau nak cakap pe,tp kalo nak ajak tgk wayang sama2,deal ngn mal dulu la yeh :DD twilight new moon beb!

kc kassim said...

eh btw,mana u dpt lagu sera-badai asmara tuh?dlm mp3 hp u ada tak?i nak..puas cari. i suka sgt lagu nie.

F. Hanim M. said...

Nak tgk Diary of A Wimpy Kid nanti ajak i ok...insya Allah klu mase tu i ade gaji dah i kasi tiket free la..

x baik tgk pintu yg dah tutup lame2.

Lionel Azry said...

eleh~

Ameera Jamal said...

nk ikut tengok wyang....best gak....nnti ade twilight yg kdua

giGGLe said...

jimat kan tgk wayang sorang2,mkn sorang2..haha..

CharMiea said...

itulah..
sediakan pelampung sebelum hanyut dalam ribut.

kalau dah hanyut, pakai pelampung pun lemas jugak.

stay strong.

Anonymous said...

life is too short, grudges are a waste of perfect happiness,
laugh when you can - apologize when you should,
and let go of what you can't change. love deeply and forgive quickly,
take chances - give everything - have no regrets,
life is too short to be unhappy,you have to take the good with the bad,
smile when you're sad - love what you got,
and always remember what you had always forgive but never forget,
learn from your mistakes but never regret people change & things go wrong,
but always remember life goes on.

dobot said...

wah, mcm2 hal sekarang nie,
:)

ini lah kehidupan,
pasang surut.

btw, i nak teman u oke. haha.
wtf!