Wednesday, January 6, 2010

SUSAH NAK CAKAP. IT’S COMPLICATED

Semester baru buka dah mula kelas, tutorial, kuliah dan apa juga gelaran dalam padang belajar di institusi ini. untuk semester 7 ini aku Cuma ada dua subjek; kajian tindakan dengan bimbingan dan kaunseling. Macam berat, tapi tinggal satu saja semerter lagi, aku layankan. Tak seberat sound progressive death metal yang jadi playlist aku sekarang. Sheh untuk belajar masih belum ada. Sememangnya aku bukan jenis yang naik sheh bila belajar ni. Biasalah; kenyataan untuk orang yang biasa-biasa macam aku ni.

Hari ini kuliah bimbingan dan kaunseling dalam dewan syarahan. Tiga kelas bergabung sekali memenuhkan 3 4 baris depan dewan. Kuliah encik omar, pensyarah subjek ini memang tak pernah membosankan. Walaupun isi kuliahnya separa berat namun masih boleh dihadam dan dicerna oleh susuk-susuk tubuh bakal guru yang 61 orang dalam dewan sejuk ni.

Setiap isi kuliah pasti dihurai dengan bahasa dan contoh mudah yang tidak abstrak dan mampu dijelma dalam pelbagai figura oleh minda yang berkuliah dengan encik omar. Terkadang ada bahan kecindan yang membuatkan seluruh isi dewan berdekah-dekah ketawa. Tapi aku, masih terwang-awang semacam khayal hilang panduan dan tumpuan. Tak semua yang dikuliahkan dapat aku tangkap isi butirnya. Ada yang lepas lolos dari storan primer juga sekunder.

“cikgu ni, elok cari jodoh yang sekufu. Cikgu dengan cikgu senang cerita. Sebabnya cikgu saja yang faham masalah dan dunia cikgu ni betul?” tanya encik omar menghurai isi. “betullll.” Jawab hadirin dewan. Ada butir-butir senyum terukir. “dari sekarang, dah semester 7 ni, patutnya dah patut ada calon,” tambah encik omar. Maka meleretlah bunyi hadirin mengomel tak kurang berjenaka nakal dengan cakap-cakap encik omar tadi.

“ha bang, kau dah ada calon belum?” tanya encik omar sambil menuding jari kearah aku. Aku buat selamba. Buat macam orang depan kena soal. “ha awaklah” kata encik omar lagi. Aku buat pandang belakang, semacam orang belakang yang kena soal. “kamulah, yang pakai baju ungu jalur-jalur tu!” tepat jarinya menuding aku. “ada makwe belum?” tanya dia lagi.

“erm..aa..emm..” aku gagap nak jawap. Macam mana nak jawap ni. “ada belum?” tanya nya lagi. Satu dewan dan fokus pada aku. Soalan bahaya ni. Berpeluh juga kalau fikir lama-lama. “susah nak cakaplah encik,” aku bagi jawapan. Wuuuuuuu ada bunyi menganjing dari belakang. Siap ada ketawa-ketawa besar lagi. Lantak la aku peduli apa.

Macam dalam facebook tu, status personel ada macam-macam kan? Single, in a relationship, divorce macam-macam lagi la kan? Jadi aku ambil jalan selamat.

Salah ke aku jujur?

It’s complicated.

11 comments:

Kc Kasedah said...

sama la ngn i;

its complicated :)

faqhrule said...

KC:
elehh....

Anonymous said...

Mereka jeles mungkin ngan jawapan kamu..

Khaleeqa Idrus said...
This comment has been removed by the author.
Khaleeqa Idrus said...

Indeed, it's complicated. Alaa, kalau ada calon pun, takkan nak kecoh kan? Biarlah rahsia :DD Stay cool.

Miea said...

semua pun status saya. Single, in a relationship, in a relationship but it's complicated, it's complicated, engaged, married, divorced.

Apa ada hal.

Pais Mais said...

jujur la pada ku
bila kau tak lagi cinta

radja

F. Hanim M. said...

ala jang,,,complicatednya status hang,,

dtg la lawat kamek.

faqhrule said...

pink:
mungkin jugak kan?


khaleeqa:
beetul tu. tapi mesti jadi bahan jugak kalau diaorang ni tahu

miea:
nak ambik semua, tamak tu

pais:
menyesal-
ressa herlambang

lagi sesuai kot

k.anim:
kalau datang leh dapat awek satu tak?

Anonymous said...

macam tu laa namanya a relationship,

Anonymous said...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG….
Assalamualaikum...bertakwalah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa... PAS ditubuhkan bukan semata-mata kerana gila kuasa, tetapi PAS mahu mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia yang diterajui oleh orang Islam yang tidak arif tentang Islam yang sebenar...