Saturday, March 27, 2010

GUAAKULUKAU

"kenapa tulis lu-gua dalam entri kau sekarang? tak macam dulu lah. macam ikut trend blog orang je" ada yang berbunyi begitu.

okey macam ini.


aku rasa ada baikya aku kembali menulis entri menggunakan kata ganti nama yang biasa aku gunakan seperti dahulu-dahulu. menggunakan aku dan tidak gua. sebenarnya rasional aku menggunakan gua bukanlah mengikut beberapa blog yang menjadi rujukan utama aku, tapi sebaliknya lebih kepada biasan emosi. aku gunakan gua mungkin lebih santai atau meluahkan rasa marah. pada aku penggunaan gua lebih jujur dalam tulisan-tulisan berberntuk luahan, namun bunyinya agak sedikit kasar. betul?

memang tulisan blog ini serta inspirasi dan rujukan datang dari personel-personel yang bagi aku memang outspoken kata orang negeri sembilan. tulisan mereka jujur, dari hati terus ke jari. luahan mereka dengan susunan ayat memang sedap. ringkas, mudah faham dan kadang-kadang unsur kecindan nya jelas.

seperkara lagi, aku memang menggunakan lu-gua dalam percakapan aku. tapi bersesuaian dengan orang lawan bercakap dengan aku lah. kawan-kawan baik yang rapat memang guna lu-gua dengan aku. kena ikut situasi dan persekitaran lah. pakai mana yang sesuai.

okey. lepas ini aku kembali tulis entri guna aku boleh? dalam pada masa yang sama aku guna lu-gua bila situasi dan emosi yang memerlukan aku berbuat begitu.

minta maaf kalau keterlanjuran kata okey!

11 comments:

sharamli said...

takpe..guna je apa yang patut :)

faqhrule said...

maksu:
hehehe guna je mana-mana kan?

Rajuna said...

peduli apa cakap orang.

**suzenisme** said...

sukati la. lu-gua, aku-kau, i-u

CharMiea said...

perlu ke jadi isu.

crazy_labelle said...

lain kali terus ckap
ni blog wa bkn blog lu...

so... bebas mengexpresikan dirimu...

faqhrule said...

SEMUA:
hehehe kadang-kadang benda macam ni pun orang ambil kisah.
pembaca punya permintaan chegu layankan..

chekgu alan said...

layari gua.com.my untuk keterangan lanjut

crazy_labelle said...

teacher, may i go to toilet?

faqhrule said...

belle:
for sure!

kc nur qasedah said...

haha i pun ckp gua-lu. lek2 je, kecoh gilaa