Saturday, April 3, 2010

TAKZIAH BUAT KAK HANIM MANSOR


entri khas buat kak anim. seperti sudah aku anggap macam kakak aku. takziah atas pemergian orang yang tersayang, Faizal Rahman, tunangannya kalau tidak salah.

***
Salam semua. Hanim dan Faizal terlibat kemalangan jalanraya di Sepang malam tadi. Hanim cedera di mata dan telah melalui pembedahan. She's okay. But Faizal is in a critical condition. Mari sama-sama mendoakan agar dia selamat. Semoga diperkenankan Allah. Allah maha mengetahui akan segalanya..... Amin.

aku petik dari facebook kak anim.

***

kak anim mengajar si sarawak sekarang. dia senior di institusi pendidikan guru yang aku belajar kini. aku rapat dengan kak anim mula dari blogging inilah. dia follow blog aku, aku follow blog dia.

aku selalu minta dia belanja bila balik bercuti ke semenanjung nanti. aku minta dia belanja macam-macam. dia pun cakap ada secial gift untuk aku. dan hari khamis lepas dia beritahu hendak beri sesuatu pada aku, tapi malangnya aku pulang ke kampung atas sebab kesihatan.

dan tadi aku dikejutkan dengan mesej dari dia yang tunangan dia kritikal di ICU hospital kuala lumpur. tak lama kemudian dia beritahu yang arwah telah pergi menemui ilahi.

semoga kak anim tabah dengan ujian maha besar ini. semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan para solehin.

kak anim. jang mintak maaf susahkan kak anim.

8 comments:

sharamli said...

alfatihah.. :(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

takziah~

moga dia lebih tabah~

dzulhakim™ baharom said...

arwah seorang yang baik

dan yang terbaik untuk hanim

Tuhan lebih menyanyangi nya

alfatihah

Paan Ovrtd said...

I'm BAD at losing people...

CHEKGU ALAN said...

salam takziah

faqhrule said...

entahlah, aku rasa bersalah sangat-sangat bila ingat-ingat balik. kepalah aku tak tahu malu minta kak anim belanja. kenapalah aku beriya-iya sangat nak kak pow kak anim. kalau aku tak mintak kak anim belanja aku, mungkin benda ni tak jadi. aku bersalah sangat dekat kak anim. padahal aku tau kak anim tu duduk jauh kat sarawak sana. jarang-jarang dapat balik semenanjung.
bodoh sial aku!

Stargone said...

salam takziah.. Al-fatihah

Bertenang faqrule, benda-benda macam ni memang kita tak tahu. ianya boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. tak boleh nak salahkan siapa-siapa dalam hal ni. tuhan lebih sayangkan dia.

F. Hanim M. said...

Salam..
Jang...jgn salahkan diri...xde apa pn yg jang nk minta maaf dgn akak..

akak ok, wlpun sedih tp dia tinggalkan akak dgn cara baik, tenang..itu yg buat akak happy...sungguh...klu akak teringat, menangis tp boleh trus senyum..

jang jgn fikir2 sgt..klu rasa sedih ke apa, jang banyak2 doa tau...akak gembira ramai sgt org ingat pd arwah, pd akak...insyaAllah semuanya Allah akan balas dgn perkara yg lebih baik...