Saturday, June 19, 2010

INAI DI JARI - S.JIBENG (lagu tema)

ini entri kahwin-rumah tangga! gua kasi tunjuk gambar dengan pengantin dulu.
tahniah buat mempelai dan pasangan;


*kak yun dengan suami.


*naim guan seng di hari bahagia.

***

memang cuti ini aku banyak habiskan masa dirumah. perancangan asal untuk ke perlis pada minggu akhir cuti aku tunda ke suatu tarikh yang tak pasti bila. ada satu dua sebab yang bantutkan perancangan melepak di rumah boy di kangar sana.

hujung minggu cuti-cuti penuh dengan warna-warna undangan meraikan mempelai. kenduri kendara memang sendat. kadang kadang bertindih dua tiga rumah satu hari yang sama. rumah jiran sebelah, rumah saudara, rumah siapa sahaja yang melangsungkan kenduri kahwin pasti sarat dengan orang ramai bertandang makan kenduri meraikan mempelai.

bila dah berada dalam atmosfera kenduri atau acara begini, tak lari dari laras bahasa atau bual temanya; cerita kahwin. jadi orang bujang macam aku, memang tak dapat lari dari tema inilah. ada saja soalan tanpa jawapan pasti yang bertubi datang. bila nak langsung? bila nak kahwin? soalan klise!

macam-macam pendapat aku dapat bila banyak sangat yang jadi penasihat perkahwinan bila bercerita hal bina rumah tangga dengan aku. aku banyak dengarkan cakap-cakap orang begini, mahu dilayankan lawan berborak istilah awek pun tak ada hinggap dalam hidup aku sekarang. jauh sekali calon serius untuk hubungan rumah tangga.

kata seperti ini yang selalu aku terima:

kata si A begini:
baik jangan kahwin dulu jang, kau muda lagi. banyak tempat tak pergi, ramai orang kau tak jumpa lagi. merantaulah, tengok tempat orang. nanti bila dah ada orang rumah ada anak-anak dah payah nak berjalan. masa muda ni la kau nak enjoy puas-puas.
aku angguk. dalam hati gua kata. hidup muda nak enjoy saja?

kata si B:
jang bila nak kahwin? jangan tunggu lama-lama. kerja tahun depan, hujung tahun kahwin lah. nanti kahwin lambat lemau pulak. umur macam kau ni tengah sedap nak kahwin ni. hahaha
aku angguk lagi. dalam hati aku kata. kalau kahwin ada lemau tak ke? kalau lemau jangan biar masuk angin lah!

kata si C:
dulu aku macam kau jugak jang. cinta bagai nak rak, lepas tu tak jadi. ni aku ada orang nak, aku tak tunggu lama dah. kahwin je terus, bahagia datang kemudian. alhamdulillah setakat ni semuanya bahagia. soal rezeki, jangan takut lepas kahwin, banyak rezeki datang melimpah ruah.
aku angguk lagi. dalam hati aku kata. kau dah ada kerja boleh la! aku belajar tak habis lagi!

kata si D:
kalau kau nak kahwin sekarang ni, cerita elok-elok dengan famili kau. nikah gantung dulu, majlis kemudian. yang penting halal kan mana yang dulu haram tu. ibadahkan mana yang maksiat dulu tu. nafkah kau bincang-bincang lah. kena pandai budget lah.
aku angguk lagi. dalam hati aku kata. tak apalah, walau dah hukum tahap wajib sekalipun, aku rasa biar aku betul-betul sedia dulu.

pendapat-pendapat macam ni sebenarnya banyak berlegar dalam kepala orang macam aku. mana satu nak guna. mana satu boleh pakai. pusing-pusing cerita, dekat situ jugak tak kemana pun. bagi aku, bila dah sampai jodohnya, itulah yang terbaik. semoga allah permudahkan jalan yang ini bagiku.

Sunday, June 13, 2010

KHATEEP #3








bukan nak cerita apa sangat. tak ada entri puitis atau politikal pun nak tulis. tak ada gosssip artis kena tangkap dengan polis dan tak ada gol piala dunia pun aku nak cerita.kalau rajin sila rujuk entri lama pasal Khateep. kalau tidak silap ada 2 enrti pasal dia ni.

cuma sedikit update pasal dia ni. cinta hati aku bila balik cuti dekat rumah. kalau nak makam cari aku, nak tidur pun dengan aku. sampai tengok bola lewat pagi ada dengan aku. dah besar panjang dia sekarang. dah bujang pun.

dia dah pandai keluar malam. hari tu masa minum petang sama-sama layan apam balik, dia cakap dekat aku, dia nak jadi model iklan friskies. aku balas la bulu tak cukup lebat muka tak cukup hensem. marah! kata aku kecil-kecilkan bakat dia ada. ni lah akibatnya kalau banyak tengok tv. kalau kau orang ada kucing, jangan bagi tengok tv sangat. banyak pengaruh tak baik! macam ni lah;

Wednesday, June 9, 2010

APAM BALIK KILLER!

cuti aku habiskan dengan membina badan dirumah. ada beberapa bahagian badan aku rasa dah mula menunjukan respon positf terhadap aktiviti bina badan yang baru bermula seminggu. masih ada baki dua minggu untuk menyelusuri waktu cuti semester yang penuh ranjau berliku.

kehidupan dirumah memang heaven bagi aku. mak semestinya jadi pakar masak terbaik yang aku pernah rasa masakan. apa nak makan beritahu mesti mak masakan, tapi syarat kena tolong pergi pasar, kemas rumah buat apa mak suruh. untuk anak soleh macam aku, itu perkara kecil semua perkara biasa. paling penting puji masakan mak, alamatnya makanan yang kita makan tu jadi berkat. cuba mak kau masak sedap lepastu pandai-pandai kau komplen itu ini, mau tak kena sumpah jadi anak derhaka!

tapi yang aku dapat rasa perubahan ketara yang berlaku pada aku dalam jangka masa cuti sekarang adalah satu kegilaan. ya! kegilaan pada apam balik! apam balik brader depan sekolah menengah! brader ni aku rasa baru sebulan dua bukak gerai sebab sebelum ni memang depan sekolah menengah dekat sini cuma ada gerai air soya je!

apam balik dah kira jadi satu fenomena besar terbaru buat aku. apam balik killer ni memang terbaik. apam dia gebu lembut. inti terbaik. gula tak kedekut kacang dengan jagung dia memang banyak. harga rm1.70 pada aku suatu yang mampu milik pada penggemar apam balik! kiranya lepas ni menu minum petang orang area serting ni dah ada variasi. taklah terhad pada goreng pisang ustaz depan mrsm tu saja. tak payah nak cari kat pasar malam isnin dan jumaat lagi apam balik sekarang. depan sekolah menengah dah ada bukak pagi tutup maghrib!

tadi pagi lepas pergi pasar beli sayur dan lauk aku layan facebook sambil baca akhbar. belek-belek cerita panas artis cerai berai, tengok berita dunia sikit dan baca sukan. tiba-tiba abah aku telefon.

"nak apam balik tak?" abah tanya.

"for sure la bah" aku jawab.

"okey" abah aku letak telefon.

mana abah aku tau aku suka apam balik entah! takkan dia curi tengok facebook aku.

sekejap tu abah aku sampai. depan aku abah letak plastik merah dalam ada balut kertas coklat. aku buka perlahan, berwap lagi. aroma majerin yang disapu pada tubuh gebu apam balik buat kau terliur. tapi aku musykil.

abah beli apam balik sampai 3 biji.

lepas tu letak depan aku betul-betul.

perli ke hapa ni?

Monday, June 7, 2010

BUDAYA TIMUR HARUS.... ???

okey ini bukan entri pasal semangat kenegerian okey. aku benci semangat kenegerian melampau.

***

cuti sekolah memang penuh dengan kenduri kendara. dekat kampung aku ni, boleh kata tiap hujung minggu mesti ada kenduri kahwin punya. kadang-kadang sehari sampai 3 4 majlis kenduri kahwin jalan. jadi duduk dekat rancangan felda kat kampung aku ni, semua itu dilakukan secara gotong royong, semangat rewang tu masih ada lagi disini.

sebagai belia dan pemuda harapan kampung, aku semestinya hadir di arena rewang kenduri kendara terutama jiran-jiran terdekat. yelah karang tak pergi, makcik-makcik gelang emas sampai siku mesti sibuk mana anak bujang mak aku tak nampak batang hidung. biasa la, klise sangat.

penglibatan belia dan pemuda dalam komuniti ini sendiri aku lihat dah makin kurang. ramai yang datang melawa tunjuk muka, makan dan balik bila rokok dah habis sebatang dua. makin kurang. tak ramai yang datang tolong rewang atau jadi orang pangkal atau sesetengah tempat panggil kendarat. kalau datang pun ramai dekat karaoke. nyanyi dua tiga lagu lepas tu duduk lepak. mak aku cukup pantang kalau aku datang berborak saja dekat kenduri jiran tetangga.

bila kenduri kendara macam ni la baru dapat borak dengan jiran-jiran yang agak lama tak bersembang. layan pakcik-pakcik merapu dekat departmen basuh pinggan. dengar cerita politik dekat departmen air minuman. sembang bola dekat deparmen lauk. macam macam hal boleh kutip dari sembang-sembang dengan orang kuat kenduri kahwin ni.

tapi apa yang aku nak tekankan dekat sini, dalam aku berkomunikasi sepanjang sama sama tolong kenduri ni, aku dapat rasakan aku dah makin berubah. maksudnya aspek bahasa. aku dapat kesan yang dialek negeri sembilan aku makin terhakis. kadang kadang jadi malu bila berbual dalam dialek negeri sembilan tapi bunyi macam orang luar yang baru nak belajar cakap dialek negeri sembilan. nahu dan perbendaharaan kata yang lemah. salah aku jugak yang tak berlawan cakap dengan kawan kawan negeri sembilan dalam dialek negeri.

teringat pesan seorang pakcik masa sama-sama basuh pinggan hari tu.

"ujang, kito ni, orghang nismilan, kayo dek adat ponoh dek budayo. kalau tak orghang mudo macam kau ni tak jago, tak sambung nak harap sapo laie? jangan jadikan alasan dunio moden sekarang ni buekkan adat yang kito pakai selamo ni sebagai adat yang kolot. adat kito bersondi syarak, syarak bersondi kitabullah. ingat boto-boto tu jang!"

aku angguk.

kehidupan kotaraya buatkan aku jauh dari benda-benda begini.

terngiang-ngiang bait lirik kugiran anjingtanah ditelinga masa zaman thrash aku dulu.

aku cuma geleng kepala.haihh..