cuti aku habiskan dengan membina badan dirumah. ada beberapa bahagian badan aku rasa dah mula menunjukan respon positf terhadap aktiviti bina badan yang baru bermula seminggu. masih ada baki dua minggu untuk menyelusuri waktu cuti semester yang penuh ranjau berliku.
kehidupan dirumah memang heaven bagi aku. mak semestinya jadi pakar masak terbaik yang aku pernah rasa masakan. apa nak makan beritahu mesti mak masakan, tapi syarat kena tolong pergi pasar, kemas rumah buat apa mak suruh. untuk anak soleh macam aku, itu perkara kecil semua perkara biasa. paling penting puji masakan mak, alamatnya makanan yang kita makan tu jadi berkat. cuba mak kau masak sedap lepastu pandai-pandai kau komplen itu ini, mau tak kena sumpah jadi anak derhaka!
tapi yang aku dapat rasa perubahan ketara yang berlaku pada aku dalam jangka masa cuti sekarang adalah satu kegilaan. ya! kegilaan pada apam balik! apam balik brader depan sekolah menengah! brader ni aku rasa baru sebulan dua bukak gerai sebab sebelum ni memang depan sekolah menengah dekat sini cuma ada gerai air soya je!
apam balik dah kira jadi satu fenomena besar terbaru buat aku. apam balik killer ni memang terbaik. apam dia gebu lembut. inti terbaik. gula tak kedekut kacang dengan jagung dia memang banyak. harga rm1.70 pada aku suatu yang mampu milik pada penggemar apam balik! kiranya lepas ni menu minum petang orang area serting ni dah ada variasi. taklah terhad pada goreng pisang ustaz depan mrsm tu saja. tak payah nak cari kat pasar malam isnin dan jumaat lagi apam balik sekarang. depan sekolah menengah dah ada bukak pagi tutup maghrib!
tadi pagi lepas pergi pasar beli sayur dan lauk aku layan facebook sambil baca akhbar. belek-belek cerita panas artis cerai berai, tengok berita dunia sikit dan baca sukan. tiba-tiba abah aku telefon.
"nak apam balik tak?" abah tanya.
"for sure la bah" aku jawab.
"okey" abah aku letak telefon.
mana abah aku tau aku suka apam balik entah! takkan dia curi tengok facebook aku.
sekejap tu abah aku sampai. depan aku abah letak plastik merah dalam ada balut kertas coklat. aku buka perlahan, berwap lagi. aroma majerin yang disapu pada tubuh gebu apam balik buat kau terliur. tapi aku musykil.
abah beli apam balik sampai 3 biji.
lepas tu letak depan aku betul-betul.
perli ke hapa ni?

12 comments:
Wah sedap tu apam balik tu...tak ada tandingan
kt tanjung malim ada apam balik keju. aram. keju tak rasa!
fakrul:
cuba rasa baru tau rul
juna:
macam sedap je nama! ada keju lagi
apam balik yang nipis 2 panggil apam balik jugak ke?
lalala.
bgs2..
truskn usaha membina bdn tuh..
kalo rajin..
pos arr sket apam blk tue kt aku ekk..
hehehe
^_^
mia:
tu apam rangup kot ke apam crispy? haaha
eky:
okey boleh nak letak alamat sabah ke perak ni eky?
perghhhh sodap tu cikgu!
kc:
memang sodapppppppppppppppp
sah bos lu ade fbook gk
hahhaha
abah ko dah skodeng ko..be carefull..hahah
alan&yoro:
ni buat aku musykil ni
Ha! cuba ko terbalikkan apam balik tu.. tengok apa jadi. :D
Post a Comment