Wednesday, July 7, 2010

MEREMANG

murid bangun berdiri bila aku masuk kedalam kelas. selesai salam dan bacaan doa, aku suruh murid-murid duduk. bila semua dah bersedia nak belajar, aku mulakan pelajaran hari ini. tajuk hari ini adalah kesultanan melayu melaka. tajuk wajib dalam matapelajaran kajian tempatan tahun lima. subtopik hari ini faktor kegemilangan kerajaan melayu melaka - sistem pentadbiran yang sistematik.

aku ceritakan pada anak-anak ini sistem pentadbiran yang cekap ketika itu dek kerana kebijaksanaan pemerintah melaka waktu itu. sistem pemerintahan empat lipatan, lapan lipatan, dan seterusnya. dari tugas dan jawatan sultan, bendahara, penghulu bendahari, temenggong dan laksamana aku terangkan sehingga anak-anak ini faham.

contoh bagi setiap tugas dan jawatan pembesar aku berikan agar anak-anak ini faham dan jelas dengan objektif pembelajaran mereka dan seterusnya mencapai hasil pembelajaran di akhir sesi interaksi. dari cerita hebatnya bendahara tun perak memperdaya armada tentera siam yang mahu menyerang melaka hingga kebijaksanaan tun perpatih putih yang dapat melihat muka maharaja china dengan hanya menggunakan goreng kangkung. semua aku ceritakan. kehebatan laksamana hang tuah yang menjadi sanjungan kerajaan melayu melaka juga satu contoh wajib dalam penerangan konsep tajuk ini.

bila ada murid bertanya tentang cerita sultan melaka. aku ceritkan tentang pengislaman pengasas kerajaan gah ini. bagaimana sultan muzaffar syah meluaskan empayar dengan menakluk banyak jajahan tanpa pendekatan perang. tapi semuanya beruba bila sampai pada cerita sultan alauddin riayat syah.

sedia maklum dengan sultan melaka yang ini, sultan melaka yang begitu berjiwa rakyat. aku ceritakan bagaimana sultan ini keluar pada waktu malam untuk meronda sendiri negerinya, berpakaian seperti rakyat jelata untuk menyamar sebagai rakyat untuk menangkap penjenayah. murid semua diam, sunyi senyap bila aku ceritakan perihal sultan ini. tak semena, bulu roma meremang tegak. serius! memang aku meremang bila ceritakan perihal sultan ini pada murid-murid. nak kata sejuk, mustahil tengah hari buta boleh kesejukan sedangkan di luar kelas, bahang terik matahari menggigit kulit.

mungkin apa yang aku ceritakan tidak tepat pada sahihnya cerita yang aku sampaikan. atau sifat warak sultan ini dan adilnya sewaktu pemerintahan menegakkan hukum hukum agama tidak aku sentuh dengan betul. atau mungkin ada sesuatu yang luar dari pemikiran normal yang terselindung tak dapat aku jelaskan. realitinya aku sendiri meremang bulu roma agak lama, biarpun aku dah berhenti dari cerita tentang sultan ini.

dan, bila ketika aku tulis entri ni, aku masih meremang bulu roma. serius aku tak tahu kenapa.

6 comments:

diba said...

xpe2..ok gk la tu leh ajr sjarh..ahaa
xsuke mtplajaran sjarah..xpnah pn dpt A dlu..he

faqhrule said...

diba:
kitorang tak berapa masuk dengan matematik sebab tu masuk kajian sosial

yana lyana said...

oh terbalik.maths la best! hehehe.

meremang bulu roma sebab kisah sultan ialah fakta dan dah berkurun lama cerita tu diolah dan dicerita semula.ada silap mana-mana kita tak tahu.

mungkinkah sultan murka?hehehe..

faqhrule said...

yana:
bukan otak numerik dan tidak menyukai nombor-nombor kompleks hehe

harap-harap almarhum sultan tak murka

Rajuna said...

semangat nasionalis tu..biasa lah he he he ...

debu86 said...

dik. karang kena tulah akak tak tau! =) hehe. xla.guruau je