Wednesday, September 29, 2010

CETUSAN HATI DAN DEDIKASI

dicorong radio suatu malm kelmarin itu,
ada cetusan hati dan dedikasi;
zahir cuma pada suara ketar,
empunya jiwa ini dibadai melankoli,
sangat dan amat;
bisanya membuai rasa kecewa,
cinta yang hampa lesu,
harapan dan cita-cita,
yang berderai berserpih-sepih,
ranap punah;
di tangga-tangga bahagia.

ganda 23!
(guruh berdentum)

Sunday, September 26, 2010

MELANKOLI REDHA SANG PENGEMIS

jika bauan harum itu tidak semerbak,
cinta yang mekar dihatimu dahulu,
menjelek roma-roma hidung,
yang tidak lagi mencium haruman kasih,
pernah mengasyikkan aku sang pencinta,
aku redha.

jika jambangan cinta segar yang sentiasa basah,
dengan titis embun kata-kata cinta,
yang kini;
mulai menguning layu kembang kasihnya,
kering tanpa tanpa murni titis-titis rindu,
makin kering menanti dibadai angin perpisahan,
aku redha.

jika deras khilafku mengalir begitu banyak,
merebak hingga ke muara kebencianmu,
menjulang-julang ombak curigamu,
hingga tiada langsung dimensi maaf,
dapat kau ruangkan sedikit,
agar dapat aku empang alir perpisahan ini,
aku redha.

aku redha.
andai tiada erti peluang dalam kamus hidupmu,
untuk aku sang pengemis,
kembali menjalin simpulan cinta,
yang kini semakin longgar tautnya,
aku redha,
namun disuatu ruang dalam ruang rasa jiwa ini,
aku masih menagih cinta dan merayu sayang kasihmu,
cuma pengharap dan masih;
aku redha.


*karya asal disini;

http://hatibisu.blogspot.com/

Friday, September 24, 2010

CUBAAN MENJADI ROMANTIS, TAPI SEMUANYA SIA-SIA.

hari suram sugul kehidupan aku semenjak semalam masih sugul. hujan lebat dalam hati tak langsung mendinginkan rasa gelisah aku sekarang. betul dari satu sudut lain, aku sedikit gembira walaupun hakikatnya ada jiwa yang sakit dengan keputusan soal perasaan.

aku benci bila badai yang selama ini aku takutkan, jadi igauan ngeri bila betul-betul membadai aku. bila semuanya terungkai, ada jiwa-jiwa yang membenci itu aku pasti. inilah harga yang patut aku bayar untuk kerana terlalu menjaga hati-hati jiwa lain. rasional konon tidak mahu menjadi terlalu kejam untuk jiwa yang aku jaga. dan hujungnya aku sendiri yang sakit!

tadi sebentar, aku cuba menjadi romantis. menelefon radio popular malar segar dengan lagu jiwa-jiwa. memang kena dengan segmen cetusan hati dan dedikasi. aku beranikan beri ucapan ikhlas. luahan hati tentang situasi sebenar yang telah berlaku. jauh di sudut hati, aku harapkan orang yang ditujukan ucapan dapat mendengar. ya aku berikan dia peringatan supaya turut mendengar.

tapi. dia sepertinya tidak endah. entanh, bagi aku sesuatu yang ekskusif, bila semua orang boleh dengar pengakuan aku ke udara. mungkin tidak pada dia. mungkin kesihatan dia tidak mengizinkan badan lemahnya untuk kekal berjaga hingga ke awal pagi.

atau mungkin sudah ada detik dihatinya supaya terus meninggalkan aku, padanya mungkin seorang penipu. atau ada yang jauh lebih baik sedang menantinya? mungkin itu yang pasti. dia ibarat sutera, aku? belacu cuma. dipakai marhaen bukan bangsawan sepertinya.

sekali lagi, sekian kalinya. tersungkur dipintu bahagia. ya aku yang terjelopok atas alasan aku untuk menjaga hati orang lain kerana tidak mahu terlihat sebagai kejam. hakikatnya aku sendiri kejam, pada jiwa-jiwa itu, pada jiwa aku sendiri.

"sedangkan itulah kenyataan yang lambat laun kau harus terima dan segala penipuan akan terbentang luas depan mata kau seperti mana yang kau mimpikan selama ini"


bait kata yang sempat aku kutip dekat blog dia. mungkin pada dia aku cuma penipu. tak apalah kalau aku ni cuma penipu pada mata dia, aku terima. mungkin dia tak nampak aku bersungguh untuk hubungan yang lebih serius ke hubungan yang halal secara total. tak apalah, apa juga keputusan nanti, aku letak disini, di blog yang menyaksikan sudah 3 kali cerita jatuh-bangun dalam hubungan jiwa-rasa-hati antara dua jantina berbeza.

aku tidur dengan lagu-lagu yang dilagukan merdu seperti kelmarin yang bahagia sebelum berubah benci. terngiang bait-bait indah lirik dan melodi irama lagunya.

aku kesat air mata jerneh yang gugur, lama aku tahan, gugur juga.

Thursday, September 23, 2010

DRAMA KOPITIAM, KOMPLOT CERITA CINTA TIGA SEGI, KECEWA, WATAK LELAKI KECUNDANG DAN BUNUH DIRI. ADA NOTA TERKEMAM DALAM MULUT SI LELAKI.

aku lelaki jahat,
aku lelaki kejar darjat,
aku lelaki penipu,
aku tak boleh kalau tak tipu,
aku kaki perempuan,
aku lelaki banyak simpanan,
aku tak ada hati,
aku hancurkan orang lain punya hati,
aku cakap kata-kata dusta,
aku janji palsu-palsu sahaja,
aku dasar lelaki tak guna,
aku jantan ibarat buaya,
aku suka hancurkan harapan,
aku suka beri harapan,
aku lelaki murah,
aku cuma lelaki sampah,

apa lagi yang buruk tentang aku? beritahu aku, biar aku telan tiap yang buruk dari matamu tentang aku.
kerananya cuma kau yang mulia, cantik paras rupa akhlak dan sempurna.

oh lupa kau ramai yang menunggu,
aku? cari bila perlu.

apa lagi biar puas hati mu?


**MENCARUT**

Sunday, September 19, 2010

GURINDAM KUTU BERAHAK

ada seorang berahak memandu kereta,
empat roda motokar merahnya,
berkilat kereta boleh mencermin muka,
mencebik aku, yang dianggapnya seekor kutu cuma,
yang hanya duduk diantara tengah bangku antara dua roda,
sebuah motosikal tua.

angkuh sang berahak membelah lebuh raya,
sekejap ditengah sekejap ditepi. membabi buta,
mecelah-celah sang berahak dalam sibuknya himpunan kereta,
yang kembali menjengah kota setalah cuti beraya temasya,
penuh cerita lebaran, cuti dan rungutan malas bekerja

sesekali motokar mewah sang berahak menghimpit kutu,
diacahnya kekanan kekiri,
terkangkang-kangkang gelabah sang kutu,
mencari pedal brek tangan dan kaki,
agar tak tersembam menyembah bumi,
terkekeh derai ketawa berahak melihat si kutu.
sang berahak terus memacu laju.

perjalanan pulang sang kutu teruskan,
sesak motokar semakin perlahan,
seperti ada suatu kejadian, sang kutu pelik berasa hairan,
apa gerangan kenderaan perlahan?
hati terdetik mesti ada kemalangan!


tiba disitu tempat kejadian,
motokar mewah seperti pernah kelihatan,
remuk kereta agak mencemaskan,
ada orang terbaring bergelimpangan.


kutu tergelak terbahak-bahak,
melihat kereta mewah dah rosak,
siapa gerangan si kutu gelak,
rupanya itu kereta si berahak!


***

jangan ingat semua orang pakai motor macam aku ni mat rempit. hormatilah semua orang yang guna jalan raya. semua orang ada hak masing-masing. jangan ego sangat dengan kereta besar. hari ni kau maki orang bawa motor, kau nak langgar dia orang, kau nak lenyek dia orang, esok lusa kena dekat adik aku, ayah kau, keluarga kau baru kau tahu!
pesanan - abang kutu


haaa kan dah kena marah!

Friday, September 10, 2010

AIDIL FITRI 1431 - UNGUVIOLET


membantai nasi impit kuah kacang dengan rendang


la familia


famili aku tanpa adik no3 yang jadi jurufoto


ni adik beradik


semua orang bergasak nak post entri raya kan? aku post gambar raya dah la. malas nak tulis panjang-panjang. sekarang ni kalau tulis panjang-panjang bahaya, silap cakap sikit kena menganjing saja. baik jangan banyak cakap. diam-diam suda.

Sunday, September 5, 2010

POHON NANGKA LERENG BUKIT (episod dua)

"dah sekarang, alang-alang kita dah ada dekat sini, benda pun depan mata jom on je. takkan nak biar je semua ni lepas kita usaha dapat kan semua benda-benda ni?" nasir bersuara. semua mata terpana pada nasir yang menyalakan jumung api. suasana sedikit terang dibayang cahaya jumung.

aku, botak dan alip bergegas pergi ambil tempat masing-masing. aku dapatkan petrol. isi dalam bekas sepertiga penuh. botak jaga bab sebatian kimia. hanya dia tau bancuh sulfur carbida agaknya nama kimia benda tu. alip siapkan tempat pelancar. udin masih duduk tersandar jauh di bawah rimbun nagka tua yang menjadi saksi kerja gila lima sekawan.

jika sabit kesalahan, boleh didenda atau dipenjara kerana menagganggu ketenteraman awam. silap-silap boleh disumbat ke kem kamunting sebab modifikasi senjata api bertujuan melancarkan perang terhadap kerajaan. aku tak tahu macam mana idea gila ni boleh keluar. kepala siapa yang jadi dalang, kami sepakat biar lima orang ni yang bertanggung jawab.

malam ni sejarah bakar terukir. lima anak felda serting akan menggegar dada akhbar tempatan. kami anak muda berontak. lawan penindasan, lawan ketidakadilan, lawan korupsi, lawan rasuah, lawan tetap lawan. mungkin ini sebagai tanda protes anak muda felda serting yang berjuang untuk kepentingan masa depan anak muda yang tak diberi perhatian sewajarnya. politik kampung yang makin pincang. ini manisfestasi kami. anak muda lepas SPM 2005.

botak bancuh sebatian kimia, yang aku nampak dia letak air. kata botak tindak balas hidrogen dengan oksigen bila bertemu sulfur carbida dia cepat bertindak balas. entah betul tidak, aku sendiri tak tahu. aku tak minat kimia. aku orang sains sosial! lepas tu tak semena bergas-gas wap keluar dari bekas bancuhan. cepat-cepat botak masukkan dalam pelancar.
aku nyalakan api pada hujung rod pelancar. aku serah pada udin. memang dalam tugas udin nak sangat jadi pencar pertama serangan ini.

udin masih terketar bila tangannya menyambut rod pelancar. ada mata menjegil merah tanda bengan dengan tindak tanduk udin yang berubah. "cepat la cucuh! lambat karang dah tak power!" jerit alip. seraya terus berlari cari perlindungan. bila alip dah berlari, aku dan yang lain turut menyorok belakang pohon nangka besar.

"CUCUH CEPATTTTTT" jerit botak. udin dekatkan punca api dengan pelancar yang dari tadi berwap-wap gas keluar.

"BBBBBBBBOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMBBBBBBBB"


memang letupan pertama menggegar puncak bukit malam tu. aku terasa angin dari letupan pertama tu memang berdesing telinga. udin terduduk, bagai terperanjat dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi. tangannya masih memegang rod pelancar.

"botakkk. settingggggg!!" jerit alip. botak bergegas buat campuran baharu. alip rampas rod pelancar dari udin. aku dan nasir masih tak keluar dari persembunyian. "Dah!" jerit botak. letupan kedua, makin kuat. seterusnya berlaku banyak lagi letupan dan gegaran kuat. memang malam itu bukit serting menjadi saksi penentangan lima anak jati serting yang berontak.

kemusnahan, tak tahu dekat mana. tapi tiap kali ada letupan baru terdengar ada jeritan orang kampung. maafkan kami bukan niat kami. kami cuma melancarkan intifada! penentangan terhadap sistem yang menindas. kami anak muda felda ang berwawasan. tak hanyut dengan dunia rempit tak kemana! melepak tak tentu hala. kami jiwa reformis!


BERSAMBUNG...

PROTES






sebagai salah satu tanda protes terhadap keadaan depress sekeliling aku, aku nekad buat macam ni. biarlah apa orang hendak kata, katalah. mulut orang. hakikatnya orang tak pernah mahu ambil tahu pasal diri aku. orang tahu kritik, orang tahu cerca, hakikatnya aku sendiri yang tanggung. tak perlu tunjuk simpati sebab akhir cerita, aku tetap sendiri. ya ini tanda protes. manifestasi terhadap depress yang sedikit demi sedikit mula membunuh hidup aku.