Wednesday, October 13, 2010

BARAN

cik jan nampaknya begitu bersemangat berceloteh. mak pula beri tumpuan penuh pada tiap bait kata yang keluar dari mulut cik jan. sesekali cik jan menepuk nepuk lengan mak. mungkin menegaskan apa yang dikatanya pada mak. mak mengerutkan dahi kadang-kadang air muka mak berubah.

aku perhati dari sudut tangga batu tanpa ada marmar cantik menghiasinya. aku capai bola takraw celah tangga merah. aku timang kaki kiri kanan. sesekali aku imbang bola takraw dengan kepala. "masih ada bakat. boleh pergi jauh ni," getus hati bermonolog sendiri.

"angah, minat nak tanam pokok mangga?" jerit mak dari bahu jalan yang baru diturap. "ada benih mangga siam di sponsor ni," sambung mak lagi. cik jan mengangguk tanda mengiyakan apa yang mak beritahu tadi.

aku paling pandangan dari mak dan cik kiah. aku timang bola takraw tinggi-tinggi. aku lonjak keudara dan libas bola takraw sekuat hati. aku geram.

prakkkkkk..pasu bungan bouganvilla cik jan pecah terkena libasan kuat tadi. mak dan cik jan terperanjat. terjegil mata lihat respon pantas aku. serpih pasu seramik yang berderai tak aku endahkan. tanah terabur mengotori kaki lima simen rumah cik jan.

aku masuk kedalam rumah meniti anak tangga. satu demi satu. sampai di anak tangga kelima aku tolehkan pandangan. perhati tepat mata cik jan. semahunya cik jan takut untuk bertentang mata dengan aku. di lemparkan pandangannya pada jalan tar yang hitam kusam.

aku keraskan suara. mata merah beruraat aku jegilkan pada cik jan!



"kalau benih mangga siam tu subsidi dari kerajaan, angah tak nak mak!" aku terus masuk menuju kedalam rumah.





























***

DEMM! APA PUNYA MIMPI LA AKU PAGI NI?

9 comments:

butterflyana said...

aik. marah dgn dape sebenarnye ni?

butterflyana said...

*sape

hehehe

Paan Ovrtd said...

Tak baik derhaka, Fakhrul. Walaupun dalam mimpi. Ingat tu.

Lulz. :p

faqhrule said...

yana:
baca sampai bawah la

faqhrule said...

paan:
aku marahkan cik jan tu, hasut mak aku suruh aku ambik subsidi benih mangga siam kerajaan

Rajuna said...

ala bedal je la rul.
orang memberi kita merasa.
suruh mengundi saya tak mau. haha

faqhrule said...

juna:
kau sorang je nampak ironi mimpi aku ni juna

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

xsokong kerajaan ke beb?