Wednesday, October 6, 2010

DIARRHOEA

bila aku buka mata, aku atas katil wad. tiada orang. tiada pesakit, tiada misi cantik denyut berdarah hidung pun dalam wad. langsung seorang tak ada. aku pandang katil sebelah, pun kosong. setahu aku malam semalam ada pesakit. tak tahulah sakit apa. aku lihat dia masih berselubung masa aku bangun solat subuh tadi. mungkin sudah meninggal atau dah boleh keluar agaknya. matilah aku! semuanya dah berakhir. terbayang kena bedah sekejap lagi!

aku cuba bangun, tapi tak larat. perut memulas-mulas, senak sangat. aku pandang keliling, cari punat nak tekan panggil misi datang. mesti misi berdarah hidung datang layan. boleh juga nak mengada-ngada. paling kurang boleh minta add di facebook.

aku pun hairan kenapa aku masih dalam wad, aroma ubat seperti dalam hospital tak tercium langsung. mungkin sebab dek hidung aku tersumbat. bila bangun pagi mesti bersin punya. lepastu mula berair. demmit resdung!

aku makin buntu. aku capai jam tangan, 9.11 pagi. semuanya sunyi sepi. seolah tak ada orang dekat sini sekarang. perut masih memulas, senak. sakitnya tuhan saja yang tahu. ke tandas dah beruang alik. sampai sudah tak larat subuh tadi. pedih hujung tempat nyahtinja tu masih terasa. panas seperti makan nasi berkuahkan sambal cili merah tanpa masak.

ubat tak ada. pemalas punya doktor. misi pun tak datang jenguk, aku punya sakit nak mati tak ada orang endah langsung. kalau aku keluar wad ni mesti aku saman punya, biar keluar sukat khabar yang hospital ni layan teruk pesakit. bila menang saman, ada duit banyak baru boleh mengorat awek-awek denyut berdarah hidung!

jauh sangat merawang ni.

penyudahnya aku capai losyen mustajab halia dunia herbs. atas tu ada tulis; beik untuk kembung perut, membakar lemak, sesuia untuk wanita lepas bersalin dan baik untuk sakit perut dan melegakan senggugut. kira ni sapu untuk legakan sakit perut. cretttt. losyen putih atas tapak tangan. sapu lebih kurang atas perut yang 'six pack' ni. rasa panas sikit, tapi sakitnya makin lega. kalau macam ni tadi lagi dah aku sapu. nak harapkan doktor dengan misi denyut sampi bila entah nak datang.


eh, dekat wad pun boleh jumpa losyen mustajab pati halia ke? wad apa ni? aku lari ke pintu wad. cari informasi dekat pintu. ada tertulis situ;

B301


demmm!

gua dekat bilik hostel rupanya. ingatkan dekat wad hospital pakar.



oh lupa, patutlah lah gua tak pergi kelas hari ni!

7 comments:

syafiqxsaifullah said...

sapu lebih kurang atas perut yang 'six pack' .whahaha

Paan Ovrtd said...

Setan! Pemalas! Siap kau lorong nanti!

faqhrule said...

syafiq:
laaa kata hardcore tough guy NYHC!

paan:
pemalas baru true kan?

F. Hanim M. said...

byk cantik ko punye wad ye jang...
hehe

faqhrule said...

kak anim:
hehehe wad ni tilam dia dabel tau

chekgu alan said...

peraturan hostel:
ketua blok wajib bertilam dabel

Nurul Kornain said...

lehla jadi model cam nora danish. "lihat perut six pack saya. tiada masalah utk kembung perutlagi. terima kasih losyen pati halia mustajab"