semuanya sebab aku baca blog amy. dan idea untuk tulis entri pasal trivia waktu persekolahan dulu tu macam membuak-buak pulak. pasti memang banyak cerita zaman sekolah yang aku, kau mereka lalui bukan. macam-macam ragam macam-macam kaarenah bukan? baik aku cuba senaraikan apa peristiwa seronok yang aku ingat pasal zaman persekolahan dulu.
1. masa tahun satu (1melur) aku sangat fobia dengan seorang cikgu bahasa inggeris. teacher zuraidah nama dia, tu diaa punyalah garang. pembaris kayu sedepa tu dia rembat budak tak siap kerja sampai patah pembaris panjang tu! ada satu kisah dia rembat kawan aku, nama dia zaki. zaki ni kategori murid lemah la. masa tu peperiksaan akhir tahun, bila pungut kertas ujian si zaki punya kertas tak ada. lepas ujian esoknya baru perasan. boleh pulak kertas ujian bawa balik rumah minta mak dia tolong buat. bila teacher zuraidah ni tahu, apa lagi dia pelupuh si zaki ni depan kelas. orang lai pucat lesi seriau dengan insiden tu.
2. tahun dua.(2 aminudin baki) masa tu sekolah petang. aku pernah kena hantuk dengan mak dekat pokok kelapa sebelah rumah. sebabnya? selamba balik dari sekolah aku cakap "mak tadi masa ujian matematik kan angah tak jawab dua muka surat belakang tu," cepat je tangan mak aku sampai. dicekaknya belakang kepala aku, dihantuknya dekat pokok kelapa. hahaha sampai hari ni kalau mak cerita dekat anak sedara pasal belajar, mesti cerita ni mak ungkit balik!
3. tahun tiga. sekolah petang jugak. masa ni masuk kelas depan balik. (3 zaba). zaman ni aku jadi ketua pengawas petang. perhimpunan aku la yang bagi arahan. tangan angkat! tangan jatuh! senang diri, jaga sedia! ketua pengawas petang bhai! jangan buat hal dengan gua! biasalah bila jadi ketua pengawas, adalah adik-adik tahun 2 yang minat. bagi suratlah, bagi bunga lah. paling best aku dapat hadiah dari secret admire. sabun 3 buku dalam paket tu, dia balut dengan kertas minyak kaler coklat tu. hahaha sampai hari ni aku ingat! budak tu pun dah kahwin anak dah 3 skarang!
4. tahun 4. (4 zaba) sekolah pagi balik. masa ni aku tak berapa ingat sangat apa yang seronok. cuma kali pertama aku tengok public canning dekat sekolah. kes curi duit cikgu. dapat tangkap; perempuan. mengaku bersalah. masa perhimpunan hari khamis budak sesi pagi berhimpun sekali dengan sisi petang pukul 1.00 tengah hari panas terik!. budak perempuan tu berdiri dekat atas pentas, buat pengakuan, pilih rotan dan piapppp piaaappppp piaaaaaaaaaaapppppp. sadis jugak masa tu. tapi insaf jadinya!
5. tahun 5(5 zaba). masa ni aku ingat kelas tepi tandas perempuan betul-betul depan tangga naik bilik guru. dekat dengan kantin. tahun 5 mula nak jadi remaja kot. masa ni aku dah mula minat dengan budak perempuan. adalah seorang dua yang aku minat. budak kelas sendiri. tapi yang melayan ada sorang budak tahun 6, liza nama dia. lawa. tapi tak berani nak terus terang. masa ni gua beranikan diri tulis surat cinta. tulis ayat bunga-bunga sikit, letak bedak pastu bila hujung surat tu siap tulis "sorry tulisan tak cantik, tangan sakit." mana entah liza tu sekarang lama tak jumpa dah.
6. tahun 6(6 zaba). aku ketua pengawas sekolah bhai! ketua murid! hahaha untungnya jadi ketua pengawas ni, kalau ada aktiviti luar macam kem ke, perkhemahan ke, pameran ke, kursus ke, ketua pengawas la yang kena ajak pergi dulu kan. tapi paling aku ingat masa tahun 6 ni aku jadi paranoid dengan cikgu matematik. Hj zaidi nama dia. bagi latihan tak hengat punya banyak! lepastu denda nauzubillah punya seksa. aku ingat lagi macam mana satu kelas kena jalan itik satu kawasan sekolah! gila kappa? lepas jalan itik, semua orang kejang peha! sebabtu tiap kali waktu matematik aku akan pastikan cikgu zaidi ni datang ke tak. jadi paranoid dengan dia ni. selalu marah aku, siap sekeh kepala aku! tau la aku tak berapa sangat dengan matematik nih! dan UPSR pun dapat 4A 1B matemtik la B tu.
tapi alhamdulillah semua tu jugak buat aku jadi orang hari ni. terima kasih pada guru-guru yang pernah didik aku. semoga allah yang balas jasa dan budi cikgu-cikgu semua.
ni masa menteri besar nak rasmikan sekolah, punya la dah bertahun guna baru nak rasmi. awek-awek dalam gambar semua dah berjaya. ad cikgu, ada jurutera, ada doktor gigi, ada belajar dekat luar negara, ada bakal peguam, ahli zoologi pun ada.
okey sekarang carik mana satu gua. ni saja gambar masa tahun 5 aku ada. itupun seorang kawan tag dalam facebook.
sila klik pada gambar untuk lebih jelas. bukan main teka je! (gua marah)

19 comments:
mcam yang row ketiga,dua dari kanan. macam ada iras2 skit dgn abg jang.. betul tak? hahah
1.b0leh tahan ganas jugak teacher zuraidah ni
2.patut la kepala keras semacam je sekarang..keh3
3.kah3..pesen apa la bagik adiah camtu.maksu penah dgr 0rang kasi adiah pen letak dalam k0tak c0lgate je.
4.ganas jugak budak p0mpuan sek0lah chegu..haih..
5.liza p0n dah kawen gamaknya
6.matematik la best..eh..
kesimpulannya darjah 3 4 5 6 baru chegu d0k kelas depan2..keh3
2 dari kanan jugak..
ini entri jujur?
Matematik laa ebst chegu oii. HAHA. Tapiii, yang tak tahan. Masa jalan itik. Org pun pernah kena kott. Satu kelass, sebab kerja rumah semua tk siap, pas2 boleh selamba tenang main bola sepak kat padang masa pelajaran tu.. Huuuu.
Tkde dulu, tkde sekarang, kan?
:)
sy nk ngorat ketua pngawas tu.boley?
nik:
salah
maksu:
tahun satu kelas depan jugak sebelum tukar nama kelas. tahun dua kelas no2.
tetttttttttttt...salah!
fifa:
pandai pun fifa. mesti pandai main bola ni kan?
along:
tak boleh hahahaha :P
0k.4 dari kanan.
ha3
barisan paling belakang, dua dari kiri! Kan kan?
hahah terkenang zaman skulah. yg penting u mmg pandai. i da mmg budak nakal masa skulah lg :)
thanx krna myahut cabaran :P
nice entry!!
nk teka. nk teka!
is it 4 dari kanan..
sbb cm cute je
hehehe
kagummmmmmmmmmmmmm
maksu:
yakin dengan jawapan anda?
khaleeqa:
salahhhhhhhh...
KC remoje:
pandaai? tak lah i biasa-biasa je
amy sai:
yakin je jawapan u sai
nanad:
abg jang lama tak wakil maktab dalam KAGUM. :P
betul x?
JAWAPANNYA BERDIRI BARISAN BELAKANG 4 DARI KANAN.
PARA PEMIENANG SILA TUNTUT HADIAH ANDA.
:P
nak adiah kucing sek0r
maksu:
eleh kata tak suka kucing
yes! hehe.
sok nak aiskem Mcd dua ye ^^
aku masih terkenang jalan itik itu..ohohoho
HAHA..
nice entry.
aku pon dapat klass 5 zaaba tepi toilet depan tangge ke bilik guru..dekat sangat dgn kantin.haha
aish..kenangan sgt.
tapi aku rase aku tak sempat nak merase ko jadik ketua murid kami la.
Post a Comment