tiada lebih indah untuk seorang guru pelatih bila tamat pengajian 5 tahun dengan repotasi baik serta mendapat penempatan untuk memulakan perkhidmatan. seletah beberapa bulan berchenta menunggu jawapan pasti mengenai perihal penempatan guru siswazah terlatih, dan beberapa hal dengan campur tangan tangan-tangan politik dalam hal penempatan ini, akhirnya semua persoalan terungai. jumaat 29 januari 3.00 petang keputusan keluar secara dalam talian!
aku sesungguhnya berdebar dengan keputusan yang bakal aku lihat. seperti yang dipohon sewaktu borang penempatan diedarkan, negeri selatan jadi pilihan utama diikuti tanah tumpah negeri sendiri. asbab utama pilihan pertama negeri selatan kerana aku rencanakan jodoh dengan orang selatan. bila umur sudah menjangkau dewasa ini, tak ada lagi rasa nak main-main lagi. mula memikirkan masa depan!
tup-tup. kisah cinta menyayat hati pun terjadi. cinta tak kesampaian tergantung tanpa ada apa-apa keputusan yang jelas. cuma status hubungan dalam facebook sahaja berubah. tak apa. cuma yang bermain di benak aku ketika itu hanyalah apakah kuat aku untuk meneruskan hari-hari jika aku dipanggil berkhidmat kesana - selatan tanah air. asalnya tujuannya dulu biar dekat, senang. tapi bila semuanya bertukar nestapa? apa perasa nya? kelat pahit tak tertelan!
itu yang aku hadapi sekarang. berbelah bahagi dengan pelbagai campur rasa! gembira sudah ditempatkan. kecewa bakal berada di selatan tanpa ada yang tersayang juga iya! bercampur baur. kalau dari awal tahu begini jadinya tentu-tentu aku lagi gembira duduk mengajar anak bangsa tempat aku sendiri. ssireh pulang ke gagang, bagai belut pulang ke lubang!
hakikatnya lah kan, situasi aku sekarang ini; ada gusar sebalik kegembiraan ini. aku bakal jadi warga johor, tapi aku gusar betulkah apa yang aku pilih ini? atau cuma memperjudikan nasib dan masa depan kerana perasaan yang tak pasti.
aku titipkan yang ini bersama. hanafie warrent punya penghayatan dalam tiap-tiap bait kata yang dia nyanyikan memang terkesan. dengarlah baik-baik.
oh satu lagi. sayang, gua tak lagi jadi pengintip setia blog lu. maaf ya!
11 comments:
seletah!
nasib la ko dapat johor.. selamat berkerja 7hari seminggu ye =)
maksu: memang king of typo
ada: haha tak kesah la janji dah posting. kampung n9 je. cuti 2 hari pun gagahkan jugak balik kampung
perkh!! lagu ni mmg sentap hati laaaar....
Nanti jumpa ya! Kita pun warga Johor yang tak bertauliah ni haa. Wuwuwu
alah balik kmpung tiap weekend pun boleh...hahaha..
ikanonymous: amacam sentap tak?
fifa: ouh segamat kan?
kak anem: hehehe kalau dekat tiap2 minggu nak balik
finally kan..
selamat datang punk.
selamat datang dalam sistem sebenar.
Post a Comment