aku cuba menjadi jujur. meluahkan perasaan terpendam secara berterus terang, melukiskan gambaran rasa hati pada kanvas yang warnanya terang dengan tona jujur dari hati. mengungkapkan kata rindu yang terang. tanpa ada kias bahasa aras tinggi, dan kira aku, kanak-kanak kecil pun tahu makna nya.
tapi bila rasa jujur ini diragui. ada detik curiga sebalik satu rasa ikhlas yang aku zahirkan, baik, aku berhenti untuk menjadi jujur dengan rasa hati aku sendiri. aku tanamkan segala rasa yang terdetik. aku pastikan agar tiada cambah-cambah rasa yang akan diragui ikhlasnya bila aku luahkan.
hakikatnya, rasa rindu ini, aku sahaja yang rasa dan aku sahaja yang tahu. dan kau takkan pernah rasa apa yang aku rasa sekarang.
rasa rindu.
6 comments:
perasaan kita..kita sendiri yang rasa..
0rang lain xdapat rasa walaupun kita cuba terangkan apa yang kita rasa..
emm
your feeling never fades kan,. bangga la kalau jadi die..
but,. if only she knows. i do pray for it..
@maksu
setuju dengan maksu. tapi mesti mahu kan, orang yang kita rindu itu tau yang kita rindu dia?
kan?
@amy
macam u jugak kan? ur Z tu, miss do damn much la ape la
sangat-sangat mahu!!
alhamdulillah chegu. rasa rindu masih bertamu. jgn jadi hati kering okay.
so, itu mmg u la! ceh
Post a Comment