Friday, May 27, 2011

BUKAN HAK MUTLAK

apa juga pemberian allah s.w.t kepada kita, itu nikmat namanya. ya apa sahaja. rezeki, kesihatan, kecantikan rupa paras, kesenangan harta benda, apa jugalah kelebihan yang diberikan pada kita itu namanya pinjaman. nikmat sementara dari yang empunya segala kenikmatan. kesedaran terhadap nikmat yang diberikan kepada kita itu suatu yang mustahak. tapi berapa kerat dari kita yang sering lupa ini, mengakui dan menyedari nikmat itu hakikat nyatanya cuma sekadar pinjaman.

katakan seorang lelaki; tiada apa langsung kelebihan akademik. kemahiran pun tiada apalah sangat. nah didepannya diberikan satu pekerjaan oleh seorang yang budiaman. dan, hasil kerjanya pun diiktiraf hingga menjadi satu fenomena dasyat dan diangkat menjadi suatu hasil karya yang hebat. gajinya lumayan, namanya pun mendadak gah besar. kemudian mendabik dadanya berkepak sayapnya berjalan. angkuh menutup hati nuraninya.

atau seorang perawan cantik. mulus kulitnya, cantik rupa parasnya. baik bahasa serta perangainya. mahu dijodohkan dengan seorang lelaki pilihan keluarga. besar kerjanya, besar keretanya, besar gajinya. nah, mula meriak takbur. pada sang perawan, jejaka bakal jodohnya adalah paling baik. meluahkan rasa cara dia dan bakal jodoh adalah cara terbaik dalam menjalin perhubungan meniti fasa baru dan menafikan cara orang lain. bermegah-megahan dengan apa yang sedang dimiliki.

cuma sekadar beberapa contoh mudah ok.

tidakkah kita sedar? semuanya itu bukan kepastian, sebaliknya cuma kemungkinan? tidakkah kita sedar semua itu bukan hak mutlak, sebaliknya cuma nikmat pinjaman sementara. bila-bila sahaja nikmat pinjaman itu ditarik balik. sejauh mana kita sedar yang masa lepas itu sejarah dan masa depan itu suatu yang misteri? tiada yang pasti bukan?

seharusnya kita bersyukur dengan kurniaan tuhan yang sementara. bukan berdabik dada.

bukan nak kata apa, kadang-kadang kita disekeliling ini pun mencebik benci, bukan?


daa....

p/s: ingatan untuk diri gua sendiri juga. ;)

7 comments:

dark_eky said...

btul3..
tue seamua rezeki masing2..

dobot said...

Intro macam P.Ramlee cakap dalam Ahmad Albab. Hee. Kuat terus ye chegu! :)

✿ milly molly ✿ said...

dlm contoh pn sempat KLMJ ye u. hmm

sharamli said...

em.yela

yoro okino said...

selmat hari guru!xsempat nak wish ag..=P

Rajuna said...

bedal je la rul..apa nak buat. redah terus..

faqhrule said...

eky:
:) betul kan?

fifa:
nak kuat macam fifa gak ;)

amy:
mana ada KLMJ la

maksu:
eleh :P

yoro:
terima kasih ya ;)

jun:
aku redah je ni jun