Saturday, May 7, 2011

MENTARI JINGGA UFUK TIMUR

alkisah malam minggu yang lepas aku diculik oleh adik beradik satu kelas masa belajar di maktab dulu. kakmi, kak mas dan che yam. ya, aku seorang saja teruna belum berpunya. mereka-mereka itu sedang berkira-kira untuk melangkah ke fasa baru. (tangan ke dada, mata pandang atas). asal cadangannya mahu keluar pergi makan-makan dan lepak-lepak menghabiskan sisa-sisa malam minggu untuk sedikit acara santai setelah penat bekarja. (ceh!)

kami berempat sahaja dari keseluruhan ahli kelas yang dihantar berkhidmat di johor ini. untungnya mereka bertiga ini satu daerah - pasir gudang dan cuma aku seorang dicampak ke kulaijaya.

dari cadangan asal hanya mahu lepak-lepak, cadangan berubah untuk pergi ke pantai menyaksikan matahari terbit di pantai desaru. dan dini hari itu, kereta baharu meluncur laju ke destinasi asing bagi kami berempat.

DESARU.

layan gambarlah. gua mana reti tulis ayat bunga bunga ni!


pasir pantai yang cantik bersih.




gua, kak mi, kak mas.



cantik matahari naik dekat sini.


okey, benda ini pelik sikit. dia macam pasir yang keluar dari dalam pasir. nak cakap macam mana pun tak tahu. tapi nampak macam pasir berak keluar pasir. ah lantak lah! gua mana tau! lu orang pergi tengok sendiri.


amacam gua? okey kan? buat muka macam ayu-ayu je.


batu karang tengah-tengan pantai. air laut jauh ke tengah lagi masa ni. kalau buat photoshooting perkahwinan, gua jamin memang terbaik dia punya panorama.



masa ni baru pukul 6.40pagi tapi dia punya terang macam dah pukul 7.



dan, kami germbira seronok dan tak cukup tidor sebab semata nak tengok ciptaan tuhan yang cantik macam ini.

haa tu dia matahari mula nak memachor!


sebenarnya susunan gambar ni dari bawah ke atas. gua malas nak susun. banyak lagi gambar, yang ni rambang gua kasi tampal sini.

gua nak sambung tidur. babai ;)

4 comments:

Anonymous said...

Huaaa... Tade kredit ke tuk gua yg mek pic cantek2 kt atas neyh?? _cheyam_

faqhrule said...

ok kredit untuk cheyam atas gambar dari henfon dia yang canggih tu, boleh? :P

Maisya Tahir said...

fuiyoo..dah ad kete baru nampaknya..hehe
desaru mcm cantik pulak pagi2

diba said...

nice gk pmandagn dye.