Friday, August 19, 2011

KAD RAYA


hari lebaran bakal menjengah tidak lama sahaja lagi. hari kemenangan buat setiap muslim dalam bulan barakah dan cabaran dalam mentarbiyyahkan diri untuk menjadi muslim yang baik dengan pelbagai amalan yang dilipat gandakan. semoga beroleh keberkatan dan istiqamah dengan apa yang dikerjakan.

persiapan raya juga bagaimana? aku masih belum ada langkah untuk persiapan raya tahun ini. yang cuma sudah disediakan sepasang baju melayu putih mutiara untuk majlis pernikahan raya keempat nanti.

suatu hal yang mencuit hati aku dalam pening memikirkan hari besar yang bakal tiba nanti adalah perihal kad raya. tradisi lama menyampaikan ucapan raya dan juga medium perkhabaran serta kemaafan yang makin hilang ditelan arus modenisasi.

teknologi hari ini menghakis budaya ini - hipotesis aku sendiri. oh, baru-baru ini aku dikejutkan dengan sebuah kad raya yang diberikan oleh seorang anak murid. suatu yang buatkan aku tersenyum sendiri. kad raya biasa-biasa saja, tak ada lagu dan lampu elektronik bila dibuka.




yang dapat duit raya tu aku tak tahan. ni amaran ke sindiran ni?

Monday, August 8, 2011

LEMBANGAN : CIKGU FAKHRUL GARANG!

aku melangkah tergocoh-gocoh ke dalam perut kelas 4 gigih. ada anak-anak yang tertebaran bebas melakukan aktiviti biasa bila guru lewat masuk ke dalam kelas. bila nampak susuk tubuh kurus tinggi dan kacak lebih kurang ini, mula menyusup macam tikus nampak ibu kucing garang. pandai pula senyap, pandai pula duduk buka buku dan buat muka tekun mentelaah buku kajian tempatan tahun empat.

"maaf, cikgu terlambat. baik, keluarkan peta lokasi rumah yang cikgu suruh siapkan minggu lepas," suara serius. mata merenung tepat mata-mata anak-anak yang mula mengalih iris mata tak mahu bertentang. takut ada mata yang tewas dengan mata buntang cikgu fakhrul yang garang!

ada yang laju-laju berpaling pada beg di belakang badan. cekap meraba beg dan terus buka buku kajian tempatan dan dibuka luas-luas tugasan peta lokasi rumah masing-masing ke sekolah. aku berjalan untuk periksa kerja anak-anak ini. kerja klise guru periksa kerja rumah.

"siapa tak siap? mari sini! dah berapa minggu punya kerja ni? minggu lepas cikgu bagi peluang siapkan, masih lagi takat ni! apa nak jadi ni? suka ke cikgu marah, rotan-rotan semua ni haaa?" aku marah.

"PANGGGGG.." aku hempas meja dengan buku rancangan mengajar. makin menikus anak-anak ini. yang tidak siap ada mula yang bergenang air mata jernih. tunggu masa gugur berlinang di pipi suci mereka. "ha awak ikmal, jangan nak menangis!!" aku tempik bila ikmal mula berjejeran air mata. niat aku cuma untuk beri peringatan supaya tidak ambil mudah dengan latihan bawa pulang yang diberikan.

"saya beri amaran terakhir! empat orang ni, azman, firdhaus, ariff dengan ikmal, esok saya nak tengok kamu hantar buku. kalau tak hantar, siap kamu semua!" amaran aku keras. pendek dan nyata.

pelajaran hari itu diteruskan. episod kerja tak siap, aku tinggalkan pada muka surat lepas buku teks. aku buka tajuk baru dengan nada yang baru, ceria seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. tajuk hari ini bentuk muka bumi negara kita. sesi pengajaran dan pembelajaran lancar.

"sebagai penutup, sekali lagi sebutkan bentuk muka bumi negara kita, okey iffah sebut," arahan untuk murid-murid untuk ingat kembali apa isi pelajaran yang dibelajari hari ini. iffah, aiman haziq, alya, yusri, nurin semua sebut dengan betul.

"ha yang tak siap keja tadi, bangun!! sebut empat bentuk muka bumi negara kita!" keras sikit arahan untuk mereka-mereka tak siap kerja. azman, firdhaus dan ariff lancar menyebutkan semua empat perkara penting isi pelajaran hari ini.

ikmal punya giliran.


"aaa.. aaa bentuk muka bumi negara ada empat," dalam nada pelatnya.


"satu. tanah tinggi,"



"dua. tanah paammaahh,"



"tiga. pinggir laut,"



"empat. aa aa aa.... lembaa...."


"lemba apa lemba?" aku mencelah sambil buntangkan mata. apa satu lagi?



ikmal terus menjawab.



"LEMBANGANG,"



satu kelas berderai ketawa. aku tahan ketawa, gigi pun tak nampak. tapi kecundang, terburai juga ketawa. aku palingkan muka.

"dah! cukup! semua duduk, hari khamis saya nak tengok kerja hari ini!" kata aku sambil keluar kelas.


dalam perjalanan aku tertawa kecil sendiri, terkenang telatah anak-anak yang aku didik ini. semoga allah memberkati ilmu yang mereka pelajari.

berderai juga ego marah aku hari ini dek ikmal pelat.

LEMBANGANG ye? hahaha

Thursday, August 4, 2011

HAIL TO MASTER KLMJ!


Azaruddin Paiman a.k.a Din Akar bukan nama asing dalam scene KENANGAN LALU MENGUSIK JIWA (KLMJ), (sila like grup ini di facebook) beliau inilah paling master. beliau adalah antara 3 orang admin KLMJ yang aktif dengan status-status tajam dan padu tepat ke muka bekas kekasih.

gua berpeluang jumpa dengan dia di kediamannya di seelong, senai. johor. pandai masak, pengemas. menyayangi haiwan dan mempunyai hobi yang unik. ada blog hebat. menulis sebagai penulis jemputan dalam beberapa bahan tulisan bukan arus perdana.

paling penting;













MASIH BUJANG DAN MENCARI TEMAN HIDUP.

TANDA

lu: awak tahu tak apa tanda hari nak hujan?

gua: cuaca mendung

lu: memang lah, maksudnya hint atau clue lain kalau hari nak hujan tapi cuaca tak mendung?

gua: ermm tak tahu.

lu: tanda hari nak hujan, ada burung layang-layang terbang keluar banyak sangat.

gua: ouhh iye ke?

*

**

***

****

*****

******

*******

********

*********

**********

gua: awak tahu apa tandanya rindu?

Tuesday, August 2, 2011

SAHUR PERTAMA SANG PERANTAU SEPI

Tadi pagi pukul 5 tepat penggera jam berbunyi. dikejut manja supaya bangun untuk siapkan diri bersahur. perjalanan jauh dari serting, kampulng halaman ke kangkar pulai masih memberat dibahu dan belikat pinggang. rasa kelopak mata dihempap batu bata kerana payah benar hendak dibuka luas. anak mata coklat amat kecil irisnya. seksa!

gagahkan juga kudrat untuk terus bangun. dek memikirkan bekalan makanan yang mak bungkuskan dengan penuh kasih sayang ibu terhadap anak bujangnya yang kacak, yang merantau jauh ke negeri orang, aku gagahkan jua untuk bangun bersahur.

longlai kaki melangkah menuruni anak-anak tangga rumah sewa yang tidak berapa lama akan aku tinggalkan. perlahan menuju ke dapur. dalam gelita gelap tanpa sebarang sinaran kalimatang didapur, tangan merayap meraba suis.

KTAK (bunyi ON suis)

mata tertumpu pada bungkusan makanan. perlahan aku ambil nasi putih dalam bungkusan serta lauk ayam masak merah. kuah gulai tertinggal. tak apa, getus hati. masih ada sambal tempoyak penambah rasa.

teh o bujang jadi peneman nasi tanpa kuah. kira tercekik nasi bersama lauk di kerongkong, adalah air teh aku bilaskan nanti.

aku kepal-kepal nasi. cubit peha ayam dan aku lalukan isi ayam pada sambal tempoyak. ada kesan merah hijau cili pada kuningnya isi durian -sambal tempoyak. aku hayun penuh ikhlas dan gemalai suakan pada mulut. air liur mula kecur dengan pembuka rezeki dini pagi hening itu.

"allahuakbar, allahuakbar...."

azan? getus hati kehairanan. biar betul baru pukul 5 azan subuh dah berkumandang! aku pandang nasi dan lauk di hujung jari tangan kanan. air mata mula bergenang. aku letakkan semula nasi dengan lauk dalam pinggan. sambil merenung hampa hati merungut kesal. "kesian kat mak, penat-penat mak bungkuskan lauk. sekali aku lambat bangun sahur. mak, maafkan anakmu yang jauh di rantau," monolog hati sendiri.

bunyi azan mengiringi aku yang kecundang sahur pertama kali sebagai perantau sunyi.

aku amati tiap baris azan yang dilagukan. merdu. pernah dengar azan p.ramlee dalam cerita semerah padi? sayu dan syahdu. ha macam tu lah azan dia.

eh kejap! kenapa azan subuh dia tak ada 'assolatuhairumminannaum'? ya. aku memang betul pasti. haa betullah! tak ada!

ni dah sah azan kejut orang sahur.

teguk air teh o. lancar sahaja aku suap nasi dengan lauk makan sahur pagi tadi. alhamdulillah. kenyang. terima kasih mak atas bekalan makanan yang tak pernah mengecewakan anak bujang mak yang kacak, baik hati, lemah lembut dan hormat orang tua ni.

memang dekat sini akan ada azan dalam pukul 5 pagi. kejut orang sahur gamaknya. penanda waktu imsak aku pulak, bila dah mula dengar orang masjid mengaji. dalam sepuluh minit kurang lebih, azan subuhlah!

***

tak masalahnya sekarang dah pukul 2.30 petang. bulan puasa sekolah habis 12.35. bila hujan nak berhenti? sejuk duduk dalam makmal pendingin hawa ni. perut pun lapar mata pun mengantuk. ni semua buat senang-senang pahala puasa aku kurus kejap lagi!

Monday, August 1, 2011

IRAS

kami duduk di atas empuknya hamparan sofa sambil menunggu mata kantuk sebelum masuk tidur. sambil santai melayan mata, kami tatap album gambar lama yang kandungannya ada aku segambar dua disitu.

satu per satu gambar diselak. tiap satunya pasti aku ceritakan apa cerita sebalik gambar. peristiwa apakah atau siapa yang berada dalam gambar. panjang lebar hurai cerita sebalik gambar. ada lucu cerita sebaliknya juga ada cerita serius dan tak kurang yang meruntun rasa bila ada kenangan disebalik gambar yang dirakam.

hinggalah satu bahagian, dimana kelihatan susuk tubuh manusia lelaki kurus putih tinggi. awal menghampiri umur dewasa. meninggalkan saki baki umur belasan sebelm menginjak ke usia berangka dua dihadapan umurnya. rambut sisir tepi. ada lentuk remos berombak bahagian hujung rambut depan. ada kumis halus remaja menghiasi atas bibir sucinya itu. ok itu gambar aku sewaktu baru tamat sekolah menengah.

"gua kacak bukan?" tanyaku seloroh.

"kacak? kah kah kah. tak pun!" balasnya dengan ketawa kejam. "eh tapi kan, lu ada iras macam..." kata-katanya tergantung dengan satu persoalan. iras siapa aku ketika umur baharu 18 itu?

"siapa?" aku gesa jawapan pasti. "nabil? kaer azami? dah ramai cakap dah," aku terangkan. memang aku degelar cikgu nabil oleh anak-anak murid disekolah. akak kantin panggil aku cikgu kaer. ceh, dua-dua tak boleh pergi dia punya perumpamaan! tapi aku layankan saja.

"cakap, iras siapa?" aku gesa lagi. jawapan belum terbit sikit pun dari mulutnya.

"erm, macam......." berhenti panjang.





"STEPHEN CHOW!"







aku hairan. bingung sekejap. ada iras cina ke muka aku ni? pfffttt!