Wednesday, November 23, 2011

MUSIM

ada nada cemas terpancar pada riak anak-anak lelaki yang 38 orang sekempulan itu. degup jantung berdetak laju. tidak seorangpun antara mereka yang tidak cuak dengan situasi yang dialami. cumanya, ada dua tiga kerat yang cuba menenangkan diri, bibir mulus terkumat kamit dengan ayat-ayat qalam quran; menenangkan hati.

diluar, pelbagai cerita. bermacam bunyi cereka yang dituturkan tiap yang ada. makcik dengan makciknya, pakcik dengan pakciknya, yang remaja dengan remaja dan anak-anak kejar-kejaran tanpa ada rasa seperti yang 38 orang ramainya anak-anak didalam sana.

berdiri seorang urusetia dengan sehelai kertas ditangan. dibetulkan songkok tinggi gaya pemuda parti politik sokong kerajaan. dibacanya nama satu persatu anak-anak yang 38 orang tadi. kesemuanya dibahagi kepada empat kumpulan. kuat dan jelas tanpa ada sebarang celah suara; kesemuanya tekun mendengan pengumuman urusetia tua tadi. habis nama terakhir disebut, suasana ruang menunggu hingar dengan suara hadirin dan hadirat yang ada disitu. penama-penama yang disebut tadi bingkas bangun beratur dalam barisan dan bergerak ke bilik kumpulan masing-masing. tiap seorang diberikan nombor giliran. kemudian semuanya duduk diam. debar. jantung berdegup laju.

seorang pak tua dengan gaya pandai agama datang berdiri dihadapan anak-anak itu. mula bicaranya dengan pujian kepada allah taala dan rasulnya. disambung dengan ayat-ayat suci al quran panjang. kemudian, ditiupnya kedalam sebuah jag air besar lalu dituang dalam cawan kecil dan diagih-agih kepada anak-anak tadi. jangan lupa bismillah dan selawat! ingatan pak tua.

zizul kareem. nama pertama dipanggil, (dia anak manja keluarga). dipimpin oleh bapanya masuk kebilik nombor 2. gaya langkahnya longlai. erat bahunya dipimpin ayah kesayangan, acik kareem. yang lain cuma mengekor mata memerhati susuk longlai itu masuk kedalam bilik. kemudian pintu tertutup rapat. kadaan kembali sunyi. tiada satu suara yang memecah ruang legar menunggu giliran.

"TOLONGGGGG! SAKITT! TAK NAKK!! AYAHHHH TOLONG, ARGHHHHH. TAK NAKK. SAKITTTT!! JANGANNN TOLONGLAH TAK MAHU! SAKITTTTT. AARGGGHHH."

zizul! itu suara zizul! tidak lagi kedengaran! gamam semua yang berada diruang legar. pecah hening dengan tempikan kuat dari bilik tadi. semuanya tertumpu pada bilik zizul tadi. apa yang dah jadi? ada anak-anak tadi yang masih menunggu dengan debar berpegangan tangan. erat genggaman pada ibu dan bapa yang menemani disisi. ada percik peluh terbt dihujung kening. takut.

pendingin hawa yang tadi sejuk dirasa bahang sekitarnya. zizul didalam apa keadaan tak siapa tahu. semuanya ingin bertanya, semua curiga apa yang sedang jadi. inilah yang paling dityakuti oleh anak-anak tadi. mimpi ngeri yang tadinya didamba kini menjadi nyata.

"itu tak lain. kalau tak pisau dia tumpul, mesti dia punya liat. itulah orang tua-tua dah pesan jangan makan kulit ayam banyak-banyak. ha merasa la kau orang semua kejap lagi. kapak entah apa dia pakai karang," suara garau dari belakang. tak ada seorang dari anak-anak tadi menoleh.


*******

musim cuti sekolah tiba lagi. tiap anak anak lelaki pasti akan melalui satu peristiwa bersejarah dalam hidup menjadi lelaki dewasa.

Wednesday, November 16, 2011

BINTANG



bila rasa hati gundah. terkenang kamu. akan selalu aku raba rusuk kiri. terdetik juga, engkaukah pelengkap hidup, atau kita cuma ditakdir hanya untuk setakat ini sahaja. adakah aku pembahagia hidup kamu, atau bukan layak aku untuk berada ditempat itu.


Monday, November 14, 2011

OBSESI

sekarang ni waktu maghrib di johor cepat masuk waktunya. dalam 6.50 dah azan, jadi aktiviti petang gua dianjak jadualnya. kalau dulu turun gelanggang takraw , 6.00 petang sekarang ni 5.30 dah mula main dah.

cumanya, keadaan dan faktor cuaca hujung tahun ini monsun membataskan kegiatan sukan paling gua cintai ni, jadi kebarangkalian hujan petang sangat tinggi. tengahari panas bukan main, 5.30 berderau basah jalan dengan titisan hujan lebat. tidur lepas waktu asar memang tak lah. dari kecil gua diajar jangan tidur lepas asar.

jadi waktu terluang gua isi dengan maraton menonton drama melayu. yang paling terbaru gua sedang layan drama Tentang Dhia. OK fine! sebelum ni pun memang gua layan drama melayu slot akasia (slot maghrib) Nora Elena dengan Kasih Alian memang gua layan okey! kehkehkeh


kan ke lawa macam tu. eh dah nak mula dah ni. kena pulak musim hujan sekarang ni memang...... haih!

Monday, October 24, 2011

RM50 - RACUN BOLA SEPAK MALAYSIA

semalam setelah bermesyuarat semalam, (FAM) jawatankuasa pertandingan tempatan FAM menetapkan pentas final adalah stadium shah alam dan harga tempat duduk berharga rm50. ini suatu berita yang menggemparkan! tak pernah abad dalam sejarah bola sepak malaysia, tiket final mencecah RM50! gua melihat isu harga tiket final piala malaysia 2011 bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh. ketelusan FAM dalam memperjelas isu ini amat dituntut.

pemilihan stadium shah alam juga merupakan isu pokok dalam cerita panas final piala malaysia 2011. kalau final lepas 2010 kelantan bertemu negeri sembilan tiketnya cuma Rm30. dan kapasiti stadium yang besar dan selesa. main di stadium lebih kecil kapasiti dan harga tiket rm50. apa rasionalnya?

memetik kata-kata dari Kelab e-penyokong Bola Sepak egeri Sembilan;
kenaikan harga tiket final piala malaysia 2010 tahun lepas digembar gemburkan oleh FAM untuk menanggung kos penyedian kemudahan dan keselamatan di stadium bukit jalil akan tetapi pada hakikatnya kemudahan seperti surau dan tandas masih di tahap menyedihkan dan mercun masih berleluasa.



dari Ultras No9ori;

friendly skuad bawah 23 menentang NEPAL tiket berharga RM20!! main petang... tiket final PM2011 RM50...dan ini bukan kali pertama harga tiket melambung sejak Malaysia menjadi juara AFF Suzuki Cup..dan yang pasti..FAM hanya taw mencari keuntungan.. final di stadium paling teruk dan tiket paling majal dlm sejara


pendapat peribadi gua, harga tiket rm5 sangat tidak berpatutan. lokasi final juga tidak sesuai. bayangkan peminat terengganu yang datang dari jauh terpaksa menambah kos untuk menyokong pasukan mereka. rungutan rakan-rakan dari terengganu terpaksa membelanjakan hampir rm300 menampung kos untuk ke shah alam untuk final piala malaysia.

stadium shah alam yang dilihat dari kondisi padang sewaktu separuh akhir antara selangor menentang terengganu amatlah berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. FAM berjanji untuk membaik pulih stadium sebelum final berlangsung. tapi sejauh mana kesan baik pulih itu bertahan? dengan lampu limpah yang juga turut menjadi rungutan peminat bolasepak tanah air.

sikap FAM yang sebegini sebanarnya bakal menghancurkan rasa percaya peminat bola sepak tanah air kepada persatuan bola sepak yang paling tinggi dalam negara. secara tidak langsung sikap FAM ini sebenarnya membunuh industri bola sepak tanah air. bayangkan peminat dah mula datang stadium semula untuk menyokong pasukan mereka beraksi. lihat saja bila pasukan kelantan beraksi, penuh stadium dengan lautan red worrior. di paroi tempohari, gua sendiri merasakan satu aura baharu dalam bola sepak tenah air terutamanya di Negeri sembilan bila mana orang ramai kembali menonton bola sepak tanah air.

jangan mimpilah jika mahu melihat pasukan negara kita gah di mata dunia jika FAM sendiri tidak menjaga tulang belakang bola sepak negara kita. tanpa penyokong siapalah FAM? jangan mimpilah nak naikkan rangkin pasukan kita jika harga tiket makin naik!


memetik kata Tony Fernandes;

"Terdapat terlalu banyak penglibatan kerajaan dan ahli politik dalam sukan dan saya rasa ini adalah antara kelemahan kita. Ia sepatutnya dikendalikan oleh profesional, yang 100 peratus komited terhadap sukan ini,"



Sunday, October 23, 2011

KALAH TAPI TETAP OPTIMIS

gua tarik kerusi plastik merah. duduk berhampiran dengan layar putih kedai tom yam Noi. kelihatan setiap meja penuh dengan pelanggan yang rata-rata pada hemat gua semuanya peminat bolasepak inggeris. gua pun sebenarnya bukan peminat setia bola sepak yang tahu perincian data dan fakta kelab kesayangan, cumanya meminati Manchester United semenjak bangku sekolah rendah. gua masa darjah lima beli fabric dye merah cat belakang baju dengan nombor sebelas, GIGGS gua tulis. bangga tiap kali kelas pj gua pakai. padahal gua bukan hebat mana main bola.

satu gol kena. ramai yang bersorak riang. tidak kurang kata-kata pembakar rasa. baru gua perasan, malam ni ramai pembenci Man United. gua hirup nescafe panas perlahan-perlahan. rasa panas pahit nescafe kelat gua telan, begitu juga cacian maki dari pembenci-pembenci tadi gua telan biarpun pahit. dalam hati gua cakap "lu orang tunggu kejap lagi, kalau gol gua sorak kuat-kuat!"

gua tetap optimis, dengan keyakinan pasukan kegemaran akan bangkit gua terus fokus biarpun gua sorang-sorang dikelilingi para pembenci setia Man United.

dan pendek ceritanya Man United tumbang buat kali pertama, lebih perit tumbang di laman sendiri dengan defisit gol yang jauh. gua tetap optimis. pasukan kegemaran pasti bangkit dari kelekaan perlawanan akan datang.

"Padan muka Manchester woi! lunya kena belasah!" ada suara sumbang menjerit dari belakang. gua tak menoleh melihat arah mana datang suara pembenci. "apalah kalah tempat sendiri! macam power sangat aritu! setakat Chelsea dengan Liverpool boleh la!" makin pedas! gua diamkan saja. gua bayar air gua.

"tengok macam City malam ni. semua main smooth je! passing cantik, defending terbaik, goal pun boleh sumbat banyak!" menjadi-jadi pulak pembenci ni menjerit-jerit!

"City menang, tengok rekod game diorang, KONSTEN je!"

gua bangun, gua gelak kuat-kuat. gua lalu sebelah tuan punya suara benci tadi. gua kenal mamat ni, kawan sama-sama sekolah dulu.

"bro KONSISTEN bukan KONSTEN!"

kah kah kah. gua gelak kuat, sakit hati gua tadi sikit terubat dengan keceluparan makan tuan mamat ni tadi.

KONSTEN PUN KONSTEN LAHHHHH. KAH KAH KAH!


Monday, October 17, 2011

DERAU RASA IKHLAS

semampu mana kita untuk terus-terusan berpura dengan hati dan diri sendiri?

atau selama ini ;

keihklasan yang wujud cuma ikhlas pada lisan, tidak hati dan perbuatan? terpaksa atau kenara bersandarkan pada suatu yang kita harapkan tidak akan terlepas dari gengaman dan keihklasan itu cuma dan sekadar pada lisan. dan dihati siapa tahu; perbuatan terzahir cuma lakonan?

semalam keyakinan itu penuh, sebentar tadi ia jadi keliru dan harapannya esok tidak ia menjadi ragu-ragu.

Thursday, October 13, 2011

GANGSTERISME


gua dituduh gangster sekolah. gua bengang. imej sebagai guru kesayangan disekolah tercalar sudah akibat satu khabar angin yang menjadi buah mulut sekolah.

mungkin semenjak kebelakangan ini terdapat kes-kes yang melibatkan salah laku murid yang dirujuk kepada gua yang terlibat secara tidak langsung dalam jawatankuasa disiplin murid. mungkin akibat dari denda atau hukuman yang dikenakan menyebabkan gua dilabel gangster.

gua boleh tahan kalau tak puas hati datang jumpa gua balik, yang gua tak sedap bila pakai surat buat aduan rasmi.

gua tengah hangin. lu orang baca sini.


p/s: hehe jangan marah aa.

anak murid gua mengadu. kebetulan antara genster kelas dia tu nama sama dengan nama gua. mencemarkan nama persatuan fakrullah sedunia betul la budak ni!