Sunday, May 30, 2010

CERITA KAHWIN

kenduri kahwin kakak sepupu memang meriah. ramai datang. kenduri memang cara orang kampung punya. dari berkampung, pasang kemah, masak sampai seselasi kenduri memang gotong royong. suasana kenduri kampung memang terserlah. dah lama aku tak rasa kenduri kahwin suasana macam ni.

hari tu, aku kena duduk depan. jaga lauk, kemas pinggan dan meja. mak dah pesan awal-awal kena rajin tolong kenduri achek. achek merujuk panggilan pakcik dalam loghat negeri sembilan sebelah kuala pilah. nanti bila kau kenduri, orang rajin-rajin tolong pulak, pesan mak. sebagai anak saudara yang faham dengan udara kominiti masyarakat kampung, aku buat kerja dengan dedikasi. yeah penuh dedikasi.

ramai saudara mara yang datang. ramai juga saudara mara yang jauh aku tak kenal mak tunjukkan. huihh dah besar dah kau ye. dulu kecik je. perkataan biasa yang kedengaran dari mulut mak sedara yang entah berapa lama tak jumpa. dah berjanggut dah kau kan, dulu lari bogel je keliling rumah atuk kau ni, juga kata jiran arwah nenda sebelah pagar rumah pusaka.

aku buat kerja dengan penuh semangat. pinggan atas meja aku letak dalam besen. lap meja kasi bersih. cawan dah guna aku kumpul letak dalam baldi. pingga dah berlambak aku angkat hantar dekat makcik-makcik basuh pinggan. tak menang tangan buat kerja. sekejap, ke dapur reload lauk bawak ke depan. peluh, menjurai dihujung kening.

satu sudut aku perhati mak dan abah berbual dengan sepasang suami isteri. umur sebaya lebih kurang mereka. rancak benar cerita ada ketawa-ketawa kecil. sekejap, mak menuding jari ke arah aku. kawan perempuan bersama suaminya mengangguk-angguk dan senyum semacam. aku buat buat sibuk, angkat kendi tambah air minum, pikul bekas nasi munyak. semua aku buat.

aku tanya mak di rumah setelah selesai kenduri. apa buah butir cerita sampai ketawa bila tunjuk arah aku. menurut mak, itu kawan lama mak, ada kena mengena bau bau bacang juga dengan keluarga kami. nak tahu apa yang buatkan mereka ketawa? ini lebih kurang dialognya:

mak: itu la anak bujang saya. yang nombor 2, sekarang belajar dekat maktab perguruan dekat bangi. tahun depan mengajar la tu.

kawan mak: ouh yang tinggi baju kemeja kotak-kotak tu? hensem! dah ada makwe belum tu agaknya?

mak: setakat yang saya tau dia ni pemalu dengan perempuan. tak ada pulak cerita dia ada makwe. dulu ada, lepastu tak jadi pulak.

kawan mak: saya pun ada anak perempuan baru nak habis belajar dekat universiti. wahh ada peluanglah kita berbesan kan!

mak: haha aa kalau ada jodoh apa salah kan?

(gelak ramai ramai)



lawak ke? aku dengar tak gelak pun. aku mintak diri masuk dalam bilik. pasang lagu grindcore kuat-kuat tanda protes. legan aku letak atas dahi. perlahan mata aku lelapkan. aku lena dengan ketawa makcik tu terbayang-bayang jelas bakal menghantui mimpi-mimpi aku. demm

15 comments:

CHEKGU ALAN said...

xlame ag mkn nasik myk la gua kn
pe ag yg ditggu..sebat jela
ppuan 2 pn dak u
same level la tu
haha

faqhrule said...

ingat senang-senang nak sebat ke? rilek la gua tak desperate nak kawen la. ada kerja dulu yg penting

dark_eky said...

hahaha =D
pndi arr ko lan..
aku pn terpikir perkare yg same gk..
heh..
tp pikir2 blk kalo jd kt aku..
aku pn X gemor..
tercabar kelakian..
haih..
mak bpk mmg cmtue..
tp diorg wat ape pn ntuk kepentingan kite gk..
kekdg tue mgkn terlebey sket..
sabo jer la ye jang..
^_^

faqhrule said...

eky ko bila lagi? hahaha

Shahrul Tanaka said...

dah tiba masanya utk lu kahwin.

faqhrule said...

saruk:
gua bahagiakan mak bapak gua dulu baru gua kawen

qishie said...

yeay!kawen time aku cuti weh..nak join makan nasi minyak gak!

Anonymous said...

sila anta kad kawen kad alamt umah saya okayy. sekian, terima kasihh :)

chocolate90 said...

nanti kawen jangan lupe jemput yek...haha!!!!!

faqhrule said...

HOI BELUM NAK KAWEN LAGI LAHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Faziera193 said...

ohh..still ade lg eh kawen2 yg cmni..
ingtkn da xde da..huhu
papepn, tahniah kalo menjadi...jgn lupe jemput nt..^_^

F. Hanim M. said...

sabar jela..hihi

yoro okino said...

hahahah..
protes yg sngt comel..=P

dark_eky said...

ntah arr..
kalo nk kire hukum kawin aku nie sunat jer..
tunggu bidadari dtg ke riba kot..
hahaha
^o^

qishie said...

hahahahha..takde2...aku doakan jugak!