Thursday, December 23, 2010

AKU LELAKI YANG HIDUP DALAM KENANGAN

pada aku, seseorang yang payah untuk meninggalkan kenangan; baik manis ataupun pahit yang berbekas dalam kehidupannya merupakan orang yang menghargai kenangan itu. ya, biarpun semuanya sudah menjadi kenangan tapi mengambil masa untuk melupakannya atau pada aku mengambil masa untuk menerima hakikat itu; adalah orang yang mempunyai kesukaran menerima hakikat dan ketentuan. bergantung dan terpulang pada cara menghargainya. ya seorang yang retorik barangkali.

aku juga begitu, masih tak boleh hidup tanpa dibanyangi kenangan lama. masih juga belum boleh menerima haikat sebenar yang aku sendiri terpaksa menempuh kehidupan yang berbalam-balam lagi kenangan lama. buatlah apa pun, terdikit pasti ada lintasan-lintasan kenangan lama yang membunuh jiwa sendiri.

semuanya ini gara-gara status KLMJ aku di facebook (KLMJ merupakan akronim untuk KENANGAN LALU MENGUSEK JIWA) satu terma dimana digunapakai bila seseorang individu itu teruk dibadai kenangan lama, yang sadis terutamanya.

***

come on la move on la! "carilah yang lain and move on to ur future..." (komen status FB gua)

mungkin pada orang lain, move on itu hanya semudah yang diucap. tidak pada aku. mulut mengiyakan tapi hati tak ikhlas merelakan pengucapan. macam mana?

klau xblh move on dont disturb others.. (komen status FB gua lagi)

dude, aku tak pernah kacau hidup orang. tambah-tambah bila orang pernah ada hubungan rasa dengan aku. cuma, cara aku 'overtake' mungkin menyakitkan hati. ya kalau kau orang baca status aku di FB memang sesuatu yang menjengkelkan. tapi itu cara aku, cara aku buat kau tibulkan rasa benci dan jelek terhadap aku. dan pada aku, cara itu yang membantu aku untuk hadapi semua ini. ya benda ini suatu yang sukar. ya, aku seorang PSYCHO kan? nice one :)

lepaskan dy dlm pkrn KAMU.... if u love somebody set them free....(last gua copy komen status FB gua)

lepaskan dari dalam fikiran? mustahil pada aku. manusia normal pasti sukar menghadapi saat-saat getir dalam hidupnya. dan saat-saat getir yang berlalu itu akan menjadi suatu kenangan. sejauh mana kenangan itu menjadi sesuatu yang manis atau yang pedih mengguris terpulang pada personal individu itu sendiri untuk mengendalikannya.


aku tanya kau orang kembali. if u love somebody set them free. boleh? aku tidak.




p/s: gua tak pernah paksa lu dalam apa juga lu buat dalam kehidupan lu. dan gua tak pernah paksa lu benci gua. tapi dalam keadaan sekarang terpulang pada lu untuk benci gua. kerana, kebencian lu satu sebab kenapa lu tak boleh terima gua semula. dan pada kaca mata lu dan kawan-kawan lu gua yang jahat ni punca segalanya. baik itu gua terima. dan gua harap satu hari nanti lu dapat rasa macam mana pahitnya rasa terbuang, macam gua sekarang.


Sunday, December 12, 2010

AKU DIA DAN LAGU

"rul, pilihkan abang nombor 3. volume kasi kuat sikit eh," kata abang safuan. dia lebih mesra dipanggil brader lenthok dikalangan kaki-kaki takraw tempat aku main. brader lenthok capai mikrofon. "test, test 1 2 3," parau suara brader lenthok mencuba sistem bunyi. muzik pun bergema dalam ruang bilik yang boleh memuatkan 8 orang saiz besar dalam satu-satu masa. pengahawa dingin memang terbaik, suhu sejuk mengudarai ruang malam bilik dengan alunan seleksi lagu-lagu pilihan. malam itu, empat orang ahli kelab sepak takraw air hitam berentap dalam gelanggang yang berbeza dari arena sepaktakraw; karaoke.

brader lenthok mengalunkan lagu pilihan dengan penuh perasaan. tiap bait lirik yang terpapar pada layar, disebutnya dengan nahu yang betul. tiada sumbang tiada cacat cela. kerja mekanik, tapi suara macam penyanyi shahir af 13. seleksi pilihan brader lenthok semuanya rock cintan. semuanya mendayu-dayu tapi memang sedap dilayan.

selesai brader lenthok menyampaikan lagu terakhir, dia duduk disebelah aku. rokok dinyalakannya dan dipepis dihujung bibir tebalnya. "rul, kau tau apa beza lagu dulu dan sekarang?," tanya brader lenthok dalam nada serius. pandangan matanya jauh dilemparkan pada keindahan pekan bahau yang mati malamnya.

"hmm muzik dan melodi barangkali? hmm entahlah bang, banyak beza." aku jawab persoalan brader lenthok. "bezanya pada lirik. melodi itu improvosi, ikut perkembangan. tapi bab lirik itu yang ketara," jawabnya ringkas. sesekali asap putih rokoknya mengganggu aku untuk terus fokus pada buah bicara malam itu.

"grup dulu-dulu, senang cerita orang lama lirik dia mendalam rul. makna dia tersirat. kau boleh berfikir apa yang cuba disampaikan. tak macam grup sekarang, terlalu direct. kadang-kadang tak tentu apa sebenarnya cerita sebalik lagu yang disampaikan," ulas brader lenthok.

"dengar ni, " Hujan... bagai mengundang nestapa,Titis airnya,Bersama deru tangisanmu...(visa - dalam gerimis) cuba kau fikir apa yang dia nak sampaikan? macam mana dia gambarkan emosi dengan persekitaran? puitis tak? makna dia pun mendalam kan," kata brader lenthok serius. aku mengangguk, mengiyakan bait-bait lagu yang dinyanyikannya.

"okey dengar yang ni pula rul, Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu, Wajah-wajah duka pun hilang, Jika tersua lagi mungkin aku menangis, Menahan getaran hati yang musnah (sons of adam - memori duka). cuba tengok macam mana dia gambarkan dia punya sedih dengar perpisahan? dia kaitkan malam dan rasa pilu dia macam mana rul? macam mana dia tahan hati dia yang luka parah? puitis kan?" tanya brader lenthok dengan serius. rokok dibuang dari bibirnya.

"budak sekarang dengar bunkpace. apa benda? muzik sedap, lirik sedap. tapi kejap saja ada dalam minda, lepastu pergi menghanyut entah kemana kan? itu sebab lagu dia tak ada sentimental value. tak tinggalkan kesan pada yang dengar rul!" "macam budak sekarang lah, nak sedap sekejap saja, lepastu buang terus. tak ada rasa yang mendalam budak sekarang ni rul!" bersungguh nadanya kali ni.

"kau pernah putus cinta kan rul? aku tengok kau meroyan dalam facebook tu kan? abang nak tanya, mana lagi kau tersentuh, bila kau dengar Fotograf- jangan kau ucap selamat tinggal dengan Shahir kebahagian dalam perpisahan mana lagi buat kau rasa nak meraung?" anak matanya menjegil tepat pada muka aku. "fotograf bang," ringkas aku balas soalannya. "haaa kau sendiri tau kan rul!" kata brader lenthok sambil menepuk bahu aku.

betul kata brader lenthok. lagu lama memang banyak meresap dalam jiwa kalau layan betul-betul. kena pula dengan situasi yang kita hadapi. bagi aku bergantung juga dengan susana persekitaran kita. kalau kita dibesarkan dengan kultur muzik pop melayu, tak mustahil memang jiwa pop melayu kuat dalam diri. begitu juga kalau kau dibesarkan dengan kultur muzik barat, mungkin pada kau muzik barat lebih nilai sentimentalnya bukan? tepuk dada tanya selera.


kami beriringan ketika menuju ke keretanya untuk pulang. banyak cerita kisah dan lagu brader lenthok malam tu aku kutip. dia ni dulu pun rockers putus cinta. nekad membawa hati yang luka menjadi mekanik kereta di pekan mahsan. kalau main sepaktakraw, dia punya servis tapak memang bahaya bhai!



"bang sebenarnya saya putus cinta lebih meroyan kalau dengar Rossa - Hati yang kau sakiti dengan aku bukan untukmu" aku jawab dalam hati.

Thursday, December 9, 2010

AZAM DUNGU(n)

menulis entri tanpa ada asas isi yang mahu dicoretkan umpama mengeteh sambil berbual pada hakikatnya sedang mengantuk. neslo panas dihirup pelahan-pelahan dari hujung mulut, letak cawan sambung berbual, namun mata mengantuk sehingga tak tahu apa buah butir yang diucapkan keluar dari mulut.begitu juga aku. sendiri melayan keresahan malam-malam cuti dengan insomnia paras terkawal. mengantuk mata bila ayam dah mula berkokok. tapi bangun masih awal. masih boleh mendispilinkan waktu bangun sendiri tiap pagi. yeay!

saban tahun, bila tiba tahun baharu maka berbondong-bondong yang akan berhajat memperbaharui azam. tak kiralah tahun hijri atau tahun masehi. pasti ramai yang mula yang menanam azam. seakan suatu trend untuk menanam azam tahun baharu bukan? kau orang ada simpan azam? tercapai azam kau tahun lepas? azam tahun apa cerita? sudah rangka-rangka azam? bagus pada yang optimis dalam menuhi aza tahun baharu. pastinya tiap yang diazamkan itu, diusahakan sebaiknya bukan? atau tidak lebih cuma sekadar memenuhi dinding facebook dengan azam-azam yang bakal hanya tinggal cerita? kah kah kah

jangan tanya aku tentang azam. aku sendiri tidak mempunya azam tahun baharu. aku tidak seperti kamu-kamu yang mempunyai azam-azam hebat untuk kau sendiri gapai. cukup aku ungkapkan azam aku ingin menjadi lebih baik dari aku yang dahulu. memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari apa aku adanya sekarang. menjadi diri sendiri untuk lebih matang dan lebih tabah mengahadapi hidup sekarang.

yeah. tahun ini tak ubah umpama tahun malang berbadai masalah bertubi melanda. dan seperti yang selalu dan kebelakangan ini entri banyak tertulis adalah berkaitan kekecewaan diri aku sendiri. kekecewaan terhadap persekitaran yang kadang kala menjadi penghukum yang tidak adil kepada mahkamah dunia aku sendiri. sistem judisari berat sebelah dan tidak memberikan ruang untuk hujah bela diri. dah malas nak ulas nanti ada yang melenting hentam balik dalam blog dia.

lantaklah. apa yang kau orang azamkan, aku harap kau orang mampu tunaikan. gapailah selagi mana kau mampu capai. azam yang sudah kau sedia sangkutkan pada dahan angan yang tertinggi, gapailah. itu azam kau. bagai mana hendak kau gapai. guna galah buluh? tangga kayu? atau tebang dahan angan-angan, semuanya terserah pada kau. bagaimana caranya, sendiri kau putuskannya.

aku? tidak ada azam yang nyata. semuanya berbalam-balam cahayanya. tak usah pedulikan aku. terus melangkah jauh gapai apa azam yang kau nyalakan. jatuh bangun aku, tak perlu peduli kerana aku masih mampu berdiri menggenggam azam yang terkadang membara dan sekejap-kejap suam-suam kentalnya.

Friday, December 3, 2010

MONOLOG LELAKI JAHAT

kau masih ego. provokasi pada tiap entri cuma menzahirkan ego yang terbungkam lama tersimpan. menulis semula coretan yang pada hakikatnya menceritakan perihal kekecewaan sendiri terhadap seorang yang pada kau tak lebih dari cuma seorang penipu bukan?

baik,

letakkan kesalahan semuanya pada jembalaku yang ini. berat mana pun salahnya, keji manapun dosanya semua aku akui. aku mengakui kesalahan aku dan aku tidak menafikan, tidak sesekali menafikan kesalahan yang pada kacamatamu itu suatu yang maha besar! DOSA padamu bukan? sekelian kalinya aku mengakui khilaf sendiri yang menjahanamkan semuanya. menjahanamkan kepercayaanmu, kejujuran dan apa juga panggilan pada setiap perilaku baik yang mendefinisi makna sebuah pengkhianatan.

aku penipu dan aku pengkhianat sebuah erti kepercayaan. kejam? atau sadis?

setuju?

kau boleh mengukir senyum bila mana membaca hujah bela teman-teman yang ada disekelilingmu. membondongkan semua kesalahan atas bahu tak beralas dengan apa-apa hujah bela diri. mudah menghukum bukan? tanpa ada peluang, hukuman mandatori tersabit terus dalam perbicaraan yang kau sendiri jadi hakim dan teman-temanmu menjadi jurinya.


puas? kenapa tidak reveal sahaja aku dalam tiap entri kebencianmu? pampangkan saja foto aku tanpa belas sebagai tanda protes mu. ketepikan rasa kemanusiaan, biarkan semua orang tahu siapa aku pada kau sebenarnya.

tak ubah seorang penipu besar, pengkhianat sebuah perhubungan atau paling jelas;


lelaki jahat yang tidak akan pernah layak menjadi pemilik mu kelak.


nyatakan saja. naahhh.. tak perlu ada sedikit rasa kasihan.

tak perlu.

Wednesday, December 1, 2010

KELAS BAHASA

tiba-tiba aku terasa nak buat kelas mari belajar bahasa negeri sembilan. ini semua dek kerana perbualan dengan bos tempat kerja sekarang yang rata-rata medium komunikasi perantara adalah bahasa daerah atau dialek negeri sembilan. okey, kita mula dengan perkataan-perkataan mudah dahulu. tak perlu banyak cukup sekadar tahu makna, sebutan dan contoh ayat.

1) bontuih (bon-tuih)
makna: kekenyangan akibat minum yang banyak. kenyak dek kerana air.
contoh ayat: "umangaih, osah bontuih den dibuek eh. nek moyang sodap air melikai dibuek kek uwan ongah kau" kata pak karim.
makna ayat: "fullamakk.. kenyang air aku dibuatnya. amat sedap air tembikai yang dibuat oleh nenek ngah kau," kata pak karim

2) monyungkam (mo-nyung-kam)
makna: terjatuh / jatuh tersembab dengan keadaan meniarap.
contoh ayat: mail kobau menyungkam dalam bolukar semalam sobab ditebong ea dek kobau!
makna ayat : ismail kerbau jatuh tersembam dalam belukar akibat ditanduk oleh seekor kerbau semalam.

3) monteghreh (mon-tey-rgheh)
makna: kekenyangan melampau (merujuk perut sesorang)
contoh ayat: tu la deh perghangai eh! dah monteghreh porghut eh, monjalar la lolap dopan tibi!
makna ayat: itu la perangainya! dah kenyang sangat, tidur depan televisyen.

4) monchiyeh (mon-ci-yeh)
makna: memercik / tepercik /terbit (merujuk cecair halus keluar dari ruang roma)
contoh ayat: osah rajin eh ahmad durrah tu, tongah paneh pun ghajin dio moghembeh kobun eh. tengok la ta ha, menchiyeh poluh eh!
makna ayat: sungguh rajin ahmad durrah itu, sudahlah rajin, baik budi pekerti, kacak bergaya, rajin dia mencangkul kebunnya walaupun tengah panas. tengoklah peluh yang menjurai-jurai keluar dari tubuhnya yang gagah itu.

5) nek Jondo (jon-doe)
makna: nama orang / seorang nenek dipanggil jondo
contoh ayat: nek jondo tu bukan jando! kok kau panggey dio jando, maun bincut dahi kau yang jondul tu!
makna ayat: nenek jondo itu bukanlah seorang janda. kalau kau panggil dia janda, boleh benjol dahi kau yang jendul itu!


okey. cukup 5 dahulu. sila salin dalam buku perbendaharaan kata masing-masing. dan cuba guna-pakai dalam perbualan seharian. anda mungkin sedikit kekok, namun semuanya pasti baik saja jika kamu rajin berlatih.

*p/s:
segala contoh adalah rekaan, tiada kena mengena dengan hidup atau yang sudah meninggalkan anda. :P