Monday, January 31, 2011

ANGER IN EGYPT





kita ni bangsa ambil peduli ke tidak?




mungkin ramai tahu situasi yang berlaku di mesin sekarang. chaos dan anarki. revolusi sana sini. pemimpin degil tak mahu turun tahta. rayat berontak, rusuh bakar kucar kacir semuanya. ketakutan dan kemusnahan berlaku.

atau ada segelintir yang masih tidak ambil pusing keadaan di mesir. "ah negara gua rilek je" mungkin itu yang terdetik pada minda mereka. atau ada yang lebih pentingkan cerita kerajaan perikatan menang besar di suatu tempat yang TENANG. "ah dah menang, banyak la dapat pembangunan, mesin apa ada sangkut paut!"

atau ada yang masih tak kisah tentang perihal saudara-saudara kita di mesir sana. lebih kisahkan "harga minyak naik ni sebab kerajaan nak kurangkan subsidi ni, bagus ni. kita mesti pilih!"

hakikatnya, negara mesir sana sedang bergolak teruk dan ada rakyat negara kita yang sedang ketakutan berada disana. harapan aku biarlah ada usaha kita dalam membantu saudara-saudara kita di mesir sana. cuba ambil peduli sedikit, paling kurang doakanlah kesejahteraan dan keselamatan mereka disana. harap tiada yang menjadi korban.

p/s: ini rentetan entri seorang sahabat gua disini : QISH dan di FB

Saturday, January 29, 2011

APA LAGI EK?


aku sudah perlahan-lahan cuba menelan hakikat yang aku terpaksa menjadi warga johor tidak lama lagi. teruja? agak teruja tapi tak sampai melompat kegirangan. yah, ada gusar dalam hati masih menggugat rasa ini. perisapan mental dan fizikal sekarang sedah ditambahbaik. apa lagi yang kurang ek? songkok tinggi dah ada. baju melayu teluk belanga pun dah ada. zapin? menari tak tahu, tapi zapin datuk temenggung nyanyian dato m.daud kilau tu aku boleh nyanyi lagi. tempe? makan. nasi beryani? favret! lontong? gemar sekali! nasi ambeng? jarang tapi suka! pecal? aku bedal rata-rata menu masyarakat johor!

apa lagi rasanya yang kurang pada aku untuk menjadi orang johor agaknya ek? hah! orang johor suka cakap ek, ek?


semua orang mengharapkan yang terbaik ek? kalau boleh aku pun mahu jadi yang terbaik. ek?

Friday, January 28, 2011

DUGAAN PASTIKAN MELANDA WALAUPUN TANPA DIUNDANG

tiada lebih indah untuk seorang guru pelatih bila tamat pengajian 5 tahun dengan repotasi baik serta mendapat penempatan untuk memulakan perkhidmatan. seletah beberapa bulan berchenta menunggu jawapan pasti mengenai perihal penempatan guru siswazah terlatih, dan beberapa hal dengan campur tangan tangan-tangan politik dalam hal penempatan ini, akhirnya semua persoalan terungai. jumaat 29 januari 3.00 petang keputusan keluar secara dalam talian!

aku sesungguhnya berdebar dengan keputusan yang bakal aku lihat. seperti yang dipohon sewaktu borang penempatan diedarkan, negeri selatan jadi pilihan utama diikuti tanah tumpah negeri sendiri. asbab utama pilihan pertama negeri selatan kerana aku rencanakan jodoh dengan orang selatan. bila umur sudah menjangkau dewasa ini, tak ada lagi rasa nak main-main lagi. mula memikirkan masa depan!

tup-tup. kisah cinta menyayat hati pun terjadi. cinta tak kesampaian tergantung tanpa ada apa-apa keputusan yang jelas. cuma status hubungan dalam facebook sahaja berubah. tak apa. cuma yang bermain di benak aku ketika itu hanyalah apakah kuat aku untuk meneruskan hari-hari jika aku dipanggil berkhidmat kesana - selatan tanah air. asalnya tujuannya dulu biar dekat, senang. tapi bila semuanya bertukar nestapa? apa perasa nya? kelat pahit tak tertelan!

itu yang aku hadapi sekarang. berbelah bahagi dengan pelbagai campur rasa! gembira sudah ditempatkan. kecewa bakal berada di selatan tanpa ada yang tersayang juga iya! bercampur baur. kalau dari awal tahu begini jadinya tentu-tentu aku lagi gembira duduk mengajar anak bangsa tempat aku sendiri. ssireh pulang ke gagang, bagai belut pulang ke lubang!

hakikatnya lah kan, situasi aku sekarang ini; ada gusar sebalik kegembiraan ini. aku bakal jadi warga johor, tapi aku gusar betulkah apa yang aku pilih ini? atau cuma memperjudikan nasib dan masa depan kerana perasaan yang tak pasti.


aku titipkan yang ini bersama. hanafie warrent punya penghayatan dalam tiap-tiap bait kata yang dia nyanyikan memang terkesan. dengarlah baik-baik.



oh satu lagi. sayang, gua tak lagi jadi pengintip setia blog lu. maaf ya!

Sunday, January 23, 2011

MONOLOG RINDU TAK SIAPA PEDULI

mungkin pada satu saat nanti, bila tiada semua menemani, kau akan mengerti bagaimana rindu itu bentuknya. bila satu masa nanti, bila tiada yang menyayangi, kau akan mengerti bagaimana ukurannya rindu. dan bila suatu detik, rasa kosong menghuni naluri cintamu, akan kau tahu bagaimana rasanya merindu.

aku masih seperti dulu hidup dimamah kenangan lama. belum ada padamnya nyala api kecewa yang sentiasa membentuk bayang-bayang dibalik cahaya hari-hari mendatang. masih lagi aku melangkah dalam lagu-lagu derita. lagu duka masih terngiang pada kotak lelagu kehidupan. belum ada hentinya dan seperti ianya dimainkan dalam mood yang berulang-ulang.

sungguh, disaat aku menyatakan aku merindu; pada diri sendiri, cuma yang berbisik pada kerinduan ini cumanya satu angan-angan. angan-angan yang hilang bersama kepul-kepul khilaf yang menghancurkan semuanya. sungguh aku bukan seorang maksum yang terpelihara dari melakukan khilaf dan dosa. dari kerana itulah, setiap kerinduan yang datang menjengah kenangan lama, aku tanamkan jauh-jauh dilapang dada ini. aku kambus setiap rasa rindu dengan ego-ego tepu yang terkadang larut dalam rintih merindu. tak apa, ego ini akan aku pupuk biar padunya membatas perasaan yang satu ini; rindu.

dan pastinya, monolog rindu ini cuma bicara sebuah rasa rindu yang tak terluah pada senjata tidak bertulang. medan inilah tempat aku zahirkan rasa rindu; cuma rasa rindu. rasa bukan aksi! dan sesungguhnya aku percaya bahawa;

*

kalau perih,

**

sakit,

***

sedih,

****

nestapa,

*****

di ombak rindu sekali pun;

******

TAK SIAPA PEDULI.



kan?


Thursday, January 20, 2011

PENULIS BLOG LETAK GAMBAR GAYA MULUT ITIK DENGAN ENTRINYA

baik. aku tergerak untuk menulis entri ini bila terbaca satu entri dari blog Zara. Zara ini seorang teman yang menjadikan aktiviti menulis blog sebagai satu dari aktiviti rutin dalam kehidupannya. aku pun kadang-kadang hairan macam mana dia boleh ada idea yang bernas dalam entri-entri dia. tak pernah kering idea ke? hahaha. kenal sudah agak lama sebelum follower blog dia cecah 3000 orang lagi. aku gelar dia Cikgu Mata Hitam (CMC) dan dia gelar aku Cikgu Mata Choklat (CMH). cukup? nak tau lagi jengah blog dia, kalu tidak pun tambah kenalan FB kau dengan Zara ni, dan kenal dia sendiri.

apa yang menarik aku untuk menulis entri ini adalah persoalan dari entri; Mana Kau Lihat - Identiti Penulis Blog Atau Hasil Penulisannya? satu persoalan yang seronok untuk kita yang baca dan tulis blog ini fikir-fikirkan. pada aku, menulis blog merupakan satu keturajaan untuk berkongsi sesuatu dengan pembaca. tidak kisahlah apa pun intipati tulisannya, dakwah, peribadi, ilmu, politikal, bisnes, fitnah hatta bahan pornografi sekalipun macam-macam cara dan gaya tulisan boleh kita jumpa. berbagai cara dan cerita boleh dikutip dari segenap pelusuk blog yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. berlambak-lambak! kau tak perasan ke sekarang?

kau sebagai pembaca blog. tulus dari hati aku mahu tanya. apa yang kau cari dalam blog yang kau baca? informasi atau sensasi, identiti penulis atau intipati tulisan atau sekadar 'blogwalking' dan follow blog tanpa ada 'follow-up' ataupun cuma singgah pada blog orang lain, pergi ke choutbox dan tulis begini "hai blogwalking, i dah follow u. u follow i back tau!" (mencebik lidah!) atau kau mempunyai pengikut blog yang ramai atau kau mengikuti satu blog ini, tapi sekadar memenuhkan ruangan follower tak pernah ambil peduli dengan entri atau apa jua perihal penulis blog tersebut? kita yang bagaimana?

atau, identiti penulis blog yang mempunyai rupa paras menawan cantik dan mempersonakan dan banyak gambarnya dalam setiap entri. isi apa yang ditulisnya tidak pernah sebutir pun di ambil pusing? seperti kata Zara dalam entrinya "Sebagai contoh, ada yang asyik membaca blog seseorang itu disebabkan tuan punya blog seorang yang dikenali dengan paras dan penampilan yang menarik walaupun gaya penulisannya sedikit membantu menaikkan lagi sahamnya di mata pembaca. Padahal, isi kandungan serta gaya penulisan itu sebenarnya adalah hak milikan penulis lain yang tiada nilai komersial dan kurang menarik." nah ambil masa renungkan tiap frasa pada perenggan ini!

kalau dengan membuat aksi mulut itik dengan aksi fotogenik boleh mengumpan pembaca untuk melekat membaca blog, aku rasa mahu cuba begitu juga. apa tujuan kau tulis blog? sudah tentu mahu berkongsi tentang apa jua tentang kau mahu kongsikan dengan pembaca bukan? menjadi blog pilihan untuk dibaca atau mempunyai follower ribu-ribu dengan setiap entri yang dikomen berderet-deret merupakan bonus dalam menulis blog. setuju? atau menulis blog dengan bahasa yang sinikal lucu dan sarat dengan kritik sosial yang membina dalamnya. semuanya variasi. paling tidak pun, tulis blog dengan bahasa sms, rojak dan carca marba tapi pasarannya adalah gambar-gambar yang turut dikepil bersama entri. gaya mulut itik terutamanya. kah kah kah pelbagai dan bermacam ragam.

senang ceritalah, selera kita berbeza-beza. macam roti canai! ada orang suka makan roti canai dengan kuah kari, ada suka kuah dhal, ada yang suka banjir, ada suka dengan susu dan ada yang suka roti kosong tanpa ada cicahnya! begitu juga dengan blog. cuma, semuanya berbalik pada diri kita sendiri dalam membaca dan menulis blog. dasarkan semula atas tujuan apa kita menulis dan membaca blog? mana yang kau suka? terpulang.




***

p/s: aku punya lembab sekarang payah betul nak tulis blog dalam nada ilmiah. teruk betul dalam mengupas isu dengan baik. idea pun tumpul. huh. aku kecewa dengan gaya aku tulis blog sekarang! serius!

Sunday, January 16, 2011

CINTA HATI BARU


sementara belum ada modal untuk update yang enak untuk dibaca dan difikirkan oleh pembaca. aku rasa yang cukup indah aku kongsikan di medan ini adalah cinta baru yang aku temui. baru saja menjengah kehidupan baru aku.

melangkah hari-hari yang mendatang tanpa ada orang tersayang disisi bukanlah suatu yang sukar untuk dihadapi. kerana cinta yang datang adalah anugerah tuhan yang sangat indah. cinta tak semestinya kepada manusia-manusia tapi juga pada makhluk-makhluk tuhan yang berjiwa. semuanya terserah pada bagaimana kita harmonikan rasa cinta yang diciptakan itu.

okey ini cinta baru aku. bukan aku sahaja. cinta aku dan famili seluruhnya.



cinta baru aku. ini dia;

FREDDY SUJATKO atau FRISCO nama dia. mak yang ambil dia bila mak kemas laman rumah pagi-pagi dengar suara dia mengiau. mungkin ditinggal ibunya. masa mak ambil, badanya menggigil dan mungkin lapar.

nama frisco abah yang beri. sebab abah selalu tonton sinetron petang-petang. frisco ni watak antagonis dalam sinetron tu, tapi sungguhpun macamtu ada baiknya juga frisco ni. jadi disebabkan si kenit perut boyak ni kuat mengiau dan suka berlari sana sini, satu family pun gelar dia firsco. jadinya rumah ni dah ada 3 ekor kucing jantan yang dipelihara. chuie, khateep dan terbaru frisco.

chuie dah jadi abang kawasan area rumah aku. muka memang samseng habes. kucing-kucing adik2 memang tak berani angkat muka dengan chuie. yelah abang kawasan kan! si khateep mula nak jadi mat rempit! asal malam je keluar. siang bantai tidor. dengar cerita ada awek dah sekarang. aku harap frisco tak terjebak dalam arena sesat macam abang-abang dia ni.


frisco beramah mesra dengan khateep.



geletek sama dia!


mengendap!



badan je nampak kecik dia ni, tapi perut dia! subhanallah boyot! macam mak kucing bunting! hahaha



mata stok nak buntang je dia ni!



untuk gadis-gadis cantik luar sana, abaikan urat-urat betis gua yang mengghairahkan! fokus pada cinta baru bawah itu! FRISCO



pantang lepas, memang laju dia lari!



seibuk mengemaskan bulu.



muka comot Frisco masa mula-mula jadi anak angkat famili gua.



muka comot Frisco baru lepas minum susu!

Wednesday, January 12, 2011

PITMOS LATVIA, SEEDLING TRAY KOREA, BENIH CAMBAH TEKAM

mungkin ada yang bertanya kemana aku hilang lama tak update blog, tak ada entri baru atau mengomel pasal rumah blog aku sudah bersawang tak berjaga dengan teliti. sebenarnya aku tak ada banyak idea yang bernas untuk aku coretkan disini. kalau cerita hampa kecewa dendam memang berduyun aku boleh cerekakan tapi tak apa aku simpan dulu.

semenjak hampir sebulan lebih menamatkan pengajian sambil bersabar dengan perihal penempatan guru baru, aku isi masa terluang dengan kerja di sebuah nursery kelapa sawit disini. kerjanya tidak terlalu berat tapi kadang-kadang cukup membuatkan otot-otot badan bekerja keras dan pasti malamnya badan akan bersa sengal-sengal.

nursery sawit yang aku buat sekarang, cuma ada satu seadanya di felda seluruh malaysia ni. selalunya di nursery sawit, benih-benih sawit ditanam secara manual atau guna kaedah konvensional. bezanya tempat aku kerja, benih-benih sawit ditanam guna kaedah semi-hidroponik. bezanya dengan kaedah ini, pertubuhan benih sawit lebih cepat dan menjimatkan ruang. banyak lagi lah kelebihan tanam sawit guna kaedah semi-hidoponik ni.

menurut pengurus merangkap bos aku, projek yang diusahakan ini merupakan satu projek berprofil tinggi. modal untuk menyediakan rumah semaian sudah rm200,000. medium semaian pulak semua import. pitmos dari Latvia (sejenis rumpai laut), seedling tray dari Korea. benih sawit cambah je dari Tekam, Pahang.




inilah tempat aku kerja. masuk pukul 8 pagi. rehat 12.00-2.30 petang. 2.30 sampai pukul 5.00. sehari punya kong rm30. konsep kerjanya, ada benih ada kerja. tak ada benih off la. setakat ni baru dua hari aku kerja masuk petang, yang lain semua pukul 2 dah settle. tapi yang seronoknya, bos kira gaji penuh. hahaha



okey ni la pitmos sejenis rumpai laut yang diimport dari latvia. benda ni akan jadi 'tanah' untuk letak dalam seedling tray untuk ditanam benih cambah dalamnya.




seedling tray korea marey.. ni ha seo? saranghae....



ni anak sulung keluaran nursery aku. masa ni baru 3 minggu kalau tak silap.




pekerja berdedikasi bergambar di lokasi.




rehat kejap. penat dowh. tangkap pinggang!




riang hati dapat naik hilux bos pergi angkat pitmos dengan seedling tray.




yang ni anak benih bacth pertama yang boleh dipindah masuk dalam pollybag.


sebenarnya ku sangat gembira kerja dekat sini. penat tu memang lah, tapi tak ada tekanan kerja sangat. bos sangat baik dan peramah. kawan-kawan sekerja terdiri dari makcik-makcik jiran dekat rumah aku. tak perlu risau kerja kotor, tak perlu risau kulit terbakar disalai mentari.

tuhan bagi tulang empat kerat, cukup sifat dan jangan pernah mengeluh tentang kerja. rezeki kena usaha cari, jangan harapkan datang bergolek. setakat ada kelulusan lepas tu memilih kerja sampai bila kau takkan pernah puas dengan kerja yang setaraf dengan kelulusan kau. allah beri akal, fikir sendiri. kalau tak ada cabaran bukan kerja namanya. gaji nak besar usaha takkan ciput je? sendiri mau ingatlah!

Tuesday, January 11, 2011

MAIN API

lama tunggu, update jugak akhirnya!

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=

=




JANGAN MAIN API, KALAU TAKUT TERBAKAR.


jadilah kan dari tak ada UPDATE langsung kan?

Tuesday, January 4, 2011

PERMULAAN UNTUK AKHIRNYA

bila langkah yang diatur mula tidak sekata rima tapak melangkah. dan bila usaha yang dirancang mula berpuput berawangan menghilang, tergambar jelas buntu usaha di depan cuma jalanan yang berpenghujung; disitu terletaknya nokhtah untuk semuanya. ya semuanya.


jalan bahagia itu tidak semuanya indah. carilah. larilah kesudut manapun. padamlah. lupakanlah segala kenangan lama. azamlah. berusahalah untuk bebas dari belenggu duka.


pastinya kau diburu, mungkin terus dihantui mimpi, yang membuatkan kau menghela nafas panjang. dengan percikkan peluh-peluh gusar di hujung dahimu.