Tuesday, June 28, 2011

TAK PERLU



Sesudah terputus ikatan
Dan tertutup pintu harapan
Mengapa harus berjumpa lagi
Sekadar melepas rindu tak bererti

* :Tak perlu kau bercerita
Tentang diri mu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahagia bersamanya
Tak perlu kau bercerita
Tentang diri mu yang sudah berpunya
Ku tahu kau bahagia bersamanya
Hapuskan saja kenangan cinta kita

Meski antara kau dan aku
Masih ada kasih dan rindu
Tapi apa guna itu semua
Hanyalah menambah derita dalam dada

the unwanted - masih ada rindu


memang dulu. lu dengan gua hampir ada satu perasaan kasih sayang. tapi hakikatnya pada masa tu, keberadaan gua untuk memberikan tumpuan penuh dalam sebuah perhubungan itu terbatas dek kerana gua masih KLMJ dengan kisah cinta lara gua masa itu. masa itulah!

namun sekarang, lu sudah jauh berada di tempat orang. memulakan hidup lu sebagaimana biasa, dan pada hemat gua lu tetap seperti dahulu; mencari teman untuk mengisi kekosongan ruang satu sudut kehidupan lu. yang itu gua pasti. nahhh. silakan, tiada sedikit tentangan yang terpacul di minda bila mana lu bercerita tentang kehidupan baru lu, silakan.

tapi,

jangan jadikan gua tempat lu luahkan masalah dengan siapa pun berasama sekarang. janganlah jadikan gua tempat lu bercerita tentang sisi hidup lu yang baharu dengan siapa pun lu bersama sekarang. janganlah lu jadikan gua teman untuk berkongsi apa semacam kebahagiaan lu dengan teman baru sekarang. mungkin pada lu, gua seorang pendengar yang baik. gua mungkin dapat bantu lu dengan nasihat. ya barangkali.

tapi harus lu ingat, yang gua tak mahu dijadikan cuma medium lu untuk semua itu. gua tak tahu apa motif lu sebenarnya , tapi terus terang gua tak berapa seronok untuk semua itu.

maaf cakaplah,

kadang-kadang rasa tak ikhlas tu timbul bila mana kita kembalikan hubungan 'friendship' pada asasnya semula. gua kadang-kadang rasa gua tak ikhlas sebenarnya berada dalam 'friendship' kita ni.

maaf.

gua harap lu faham


p/s: oh lupa ni tak ada kena mengena dengan makwe lama yang mengamok dan dah tutup blog tu.

Saturday, June 25, 2011

RINDU SANG LELAKI HINA

aku cuba menjadi jujur pada jiwa sendiri. bila ada ruang-ruang sunyi itu membayangkan dengan satu rasa tak terzahir; menjentik satu rasa yang lama hilang tidak berjejak. rasa jujur tak dipaksa membelenggu satu ruang dalam hati, rasa rindu.

aku cumanya seorang lelaki hina, yang pakaian disarung sekadar penghias luaran susuk batang tubuh. hakikatnya aku seorang lelaki yang hina. punyai cita-cita besar dalam hidup. aku impikan kesempurnaan, namun bila cermin hidup yang berjuntaian pada leher usia yang menjengah satu per empat abad; aku dibelenggu kekurangan. kekurangan yang membataskan kemahuan.

aku lelaki hina yang merindukan sekelumit kasih sayang.

aku rindu.

tak siapa tahu.

aku juga lelaki hina;

tak siapa tahu.

Tuesday, June 21, 2011

BIARKU MENJADI LILIN

sesi kedua kursus pun bermula. penceramahnya wanita umur hujung 50-an. statusnya seorang guru besar cemerlang di Ledang. sebelum dia mula berceramah, kata-kata aluannya sedikit ketat tegak dan monotous. gambaran kepada ciri seorang pemimpin tegas di organisasi sekolahnya; dan sesuai dengan baju yang disarungnya- guru besar cemerlang.

"baik, sebelum saya mula ceramah. kita dengar dan nyanyikan sebuah lagu yang pada hemat saya rakan-rakan guru biasa dengar. hayati liriknya dan selami kata-katanya dan sesuaikan dengan profession perguruan kita," katanya serius.

pembantunya, seorang wanita muda dengan cekap, memasang alatan bunyian yang membolehkan lagu itu berkumandang segenap dewan banquet hotel pelangi, muar.


dengar saja rentak awalnya, aku sudah boleh mengagak lagunya. PELANGI - BIARKU MENJADI LILIN! getus hati dan disertakan dengan lirik senyuman dihujung bibir. lagu celah gigi. bait mula dan korus memang aku boleh pukul lagu ni!

habis sahaja intro, ini bahagian awal. notasinya perlu sedikit tinggi. aku ikut tempo. sedia untuk lontaran suara. baik, gua pukul! - getus hati berkobar riak!

"biarku menjadi lilinnnnnnnn..." selamba aku tarik tinggi.

tak semena, muzik berhenti, masalah teknikal. yang kedengaran cuma.....



*****



****




***



**



*

suara garau aku memecah hening.satu dewan terpana. semua mata mencari dari kerongkong mana keluar suara parau tadi.demm. pucat! aku rasa muka aku dah jadi merah padam. ada hilai tawa menggelakkan aku. apa punya musibat la sistem bunyi dewan ni boleh berhenti masa aku tengah tarik! aku sorok muka, buat macam tak ada apa berlaku.


hoi, macam tak pernah tengok orang salah nyanyi ke woi!

Monday, June 20, 2011

KENA SEPIT JONGKONG!

bukan tak mau update blog ni, cuma sekrang aku sedikit sibuk dengan aktiviti lama yang sudah ditinggalkan. duduk di johor bahru aku sangka tiada kawan kaki sungai, al maklumlah sebelah johor ni ramai kaki pancing laut dari yang layan sungai ni.

tak mau cakap banyak, lain entri aku kasi cerita ek.



p/s: yang tak bestnya nak pergi kawasan ni, ikut jalan potong taman perumahan makwe lama. kah kah kah. KLMJ kejap!

dari gua pancing perempuan, mancing ikan lagi ada faedah!

Wednesday, June 8, 2011

PEREMPUAN JUGA MANUSIA

kalau perempuan itu diciptakan untuk kita hanya untuk melepaskan kemarahan melalui sepak terajang, itu seharusnya bukan dipanggil perempuan, kawan. itu sepatutnya dipanggil punching bag! ya, kalau punching bag, dia tidak melawan, hanya patuh dengan kerasnya tendangan, akur dengan birat-birat tamparan dan tunduk dengan kata-kata buku lima mu.

jika perempuan itu diciptakan untuk kita hanya untuk ditengking, diherdik dan dicerca dengan perkataan-perkataan nista buruk, itu seharusnya bukan dipanggil perempuan, kawan. itu namanya robot yang jika berjantina, semestinya bertentangan denganmu.

jika perempuan itu diciptakan hanya untuk ditinggalkan, selepas apa yang kita hajati tercapai, itu seharusnya bukan dipanggil perempuan, kawan. itu sepatutnya dipanggil lampin. kalau lampin, boleh tukar pakai bila dah berbekas ditinggalkan.

dia juga makhluk seperti kita. ada kurniaan perasaan. mahu sentiasa dalam keadaan selamat, mahu ada pasangan yang melindungi yang boleh dijadikan tempat bergantung mencurah kasih.

fikirkan, dengan kekasaran dan aniaya yang sebegitu jika dibalas kepada diri kita sendiri. bagaimana rasanya jika kita yang dipikul sepak terajang, diherdik dan dicaci maki oleh pasangan? tentu rasa yang tidak enak bukan? nah guna akal diberi tuhan dengan baik. letakkan kewarasan kita pada tindakan seorang lelaki yang diciptakan untuk menjadi pemimpin. bukan dengan hukuman membelakangkan akal, mendahulukan nafsu amarah yang dizahirkan dengan sepak terajang. dayus!

bagaimana jika ibumu, adik kakak perempuanmu dilakukan sebegitu kawan?

menggigil kepal buku lima? mengetap bibir menahan amarah?

fikirkan kawan!



P/S: menulis ini atas pengalaman seorang rakan yang hampir mendirikan rumah tangga. dikasari oleh sang tunang yang belum pun menjadi suami. gua paling benci lahanat macam ni. belum tentu jadi isteri dah sepak terajang. esok dah jadi isteri lu pijak perut bini lu yang mengandungkan hasil lu sendiri ke celaka?

Monday, June 6, 2011

I LOVE THE STALKER

ni semua SARUK punya pasal. dia letak dekat dekat segala medium komunikasi jaringan sosial dia. gua dah terpengaruh!

sedap pulak layan! demm.



p/s: to bongek; lu suka stalk page gua kan. okey ni gua dedicate kat lu. biar lu tak suka tak apa. janji gua suka lu!

Saturday, June 4, 2011

TRAGEDI


bersama teman perempuan sedang menunggu ayahnya datang beri bantuan. lokasi; depan pizza hut, bahau.

lama dah rancang nak jumpa. selama ni kenal rapat dalam alam maya jaringan komuniti sesawang sosial. jadi kebetulan sama-sama cuti, jumpalah. temankan aku beli hadiah perkahwinan seorang sahabat.

masa mahu pulang, kereta di pandu si teman perempuan meragam. akibat ciri keselamatan tambahan yang rumit, kenderaan ayah yang dipinjam si teman perempuan buat hal! puas dicuba, minta bantuan pun begitu juga, masih liat! dan jalan terakhir, minta bantuan tuan punya kenderaan lah.

dia punya berdebar lain macam. mengalahkan kena jumpa bapa mertua. gelabah. peluh jantan memang memercik laju dihujung kening. ada getar-getar risau bersulam dengan hembusan nafas semakin melaju. perancangan asalnya diharapkan lancar, namun pada penghujung hampir pada kemuncak cerita, insidin tidak ada langsung dalam rencana hari itu.

ayah teman perempuan pun datang, muka serius. salam. ketar disorok dalam senyuman. ayah teman perempuan hidupkan kenderaan! fffffffuuuuuuuuu!

pulang.

memang tragedi betul petang tu.

moral cerita;

1. jangan ingat kereta lama tak boleh harap. kadang-kadang kereta baru lagi kuat meragam.
2. bersedia dengan apa juga kemungkinan kalau keluar dengan anak dara orang.
3. mental kena kuat. gelabah macam mana pun, jangan tunjuk sangat.
4. kita merancang, allah menentukan.
5. nampak gaya kena beli kereta dah ni.

Thursday, June 2, 2011

NORA ELENA PUNYA HAL

sebenarnya kondisi malas dan kekurangan nafsu untuk menulis entri baharu merupakan tunjang utama sifat malas untuk menulis disini. ikutkan, kalau mahu maki seranah menyumpah dengan kata-kata nista boleh sahaja dalam sini untuk balas balik kenyataan satu blog haram kejadahnya perangai. tapi bila fikir-fikirkan balik, orang gila pun tak mengaku dia gila. cuma orang bodoh akan sentiasa melakukan perbuatan yang menampakkan dirinya bodoh kan? kah kah kah.

baik,

yang aku mahu kongsi satu cerita dekat sini sebenarnya perihal drama televisyen sekarang yang semacam jadi satu fenomena. Nora Elena. tak tahu? cari sendiri di carian enjin internet kamu. kalau terlepas cari saja di youtube.

fenomena baru untuk penggemar drama melayu. ceritanya kemas plot tersusun. katanya diambil dari tulisan novel. entah aku tak pernah baca novelnya. tapi aku rasa apa yang nak cerita tu sampaikan dapat dirasakan penonton. mungkin aura dan penghayatan watak lakonan dari pelakon-pelakon dia kot. entah aku tak ambil pusing sangat.

cumanya, aku terjebak juga dengan Nora Elena ni. hahaha tapi aku selalunya akan terlepas 30 minit awal cerita ni. sebabnya petang semestinya menempiaskan nafsu bersukan sepak takraw. balik mandi bersiap tunaikan kewajipan dulu baru boleh layan nora elena ni. melainkan hujan lebat, memang tak keluar rumah la.

tak sabar nak tau sambungan episod semalam. si nora elena dah mula baik-baik dengan seth tan ni. hadui tiap episod bila nak sampai bahagian bersambung, mesti ada unsur suspen! pfffffttttt! tu buat yang menonton tu kecanduan nak tahu sambungan cerita ni!

oh aku lupa nak bagitahu sebab aku tulis entri pasal Nora Elena ni. klik link ni, nanti tau la kenapa aku tulis entri ni.

DIN PAIMAN(klik sini)




laa hari ni jumaat rupanya, mana ada cerita Nora Elena arini! ceh.