Thursday, July 9, 2009

Sibok lah kau!



Rasanya hampir dua minggu tidak tulis apa-apa enrti. maaflah kerana sekarang aku agak sibuk disekolah. Aku dah tak suka menulis enrti. dah tidak bernafsu lagi! Tabiat aku sekarang menulis RPH. Kamu tahu apa RPH tu? Rancangan pengajaran harian! Pernah tengok guru kamu sewaktu sekolah dulu mengendong buku tebal saiz buku eksperimen sains itu? Ya yang itu lah. Aku selalu menulis tentang perihal persediaan mengajar di dalamnya.

Menulis tentang apa yang mahu diajar kepada anak-anak kecil itu, langkah demi langkah, pembahagian masa serta organisasi kelas sewaktu pengajaran. Bukan mudah. Bukan sekadar menulis tapi perlu memikirkan adakah apa yang ingin diajar itu akan dapat dikuasai anak-anak comel yang segelintirnya nakal itu.

Mungkin tiada masa untuk mendengar waking the cavader atau the emerson project sekarang ini. Hanya banyak mendengar si pengadu-pengadu yang diganggu oleh rakan sebelah. Atau pensel dicuri oleh maling kelas. Atau cikgu boleh saya pergi tandas? Tiada bunyi bising d-beat lagi. Hanya bising kanak-kanak riuh sewaktu tiada guru di dalam kelas.

Hey, boleh berikan semula hari sabtu aku yang tidak sibuk? Tiada gangguan siapa-siapa. Aman tenteram dan lena di atas tilam empuk. Hakikatnya, sabtu aku akan ke sekolah juga. Telah dua sabtu diragut kejam.

Friday, July 3, 2009

Saya Tidak Tinggal Di Bangi Lagi, Tapi Di Cemara!

hari-hari aku tidak lagi seperti dahulu. tidak lagi menghirup udara segar hutan bukit sungai merab separa botak yang diratah pembangunan. tidak lagi mendengar deruan sibuknya lebuh raya utara selatan yang tidak pernah lengang. tidak lagi mendengar bahasa kias angkat bakut sendiri ayahanda kampus tempat belajar. tidak perlu takut motorsikal tercinta dirantai oleh abang jaga.

nyatanya aku kini bernada jauh dari bangi. jauh dari orang-orang tersayang. jauh dari mereka-mereka yang aku kenali. kini berada dekat dengan lebuhraya kajang silk. dekat dengan semnenyih. hari-hari aku membelah dingin semilir pagi menuju ke saujana impian. berkali juga sesat di cheras. terlepas simpang lebuhraya juga meredah arus songsang lalulintas yang sibuk.

hari-hari bakal berubah. dua bulan akan bersama kanak-kanak mendidik mereka mengenai kesedaran sivik disamping mendidik anak-anak ini tentang pentingnya aktiviti fizikal dan kesihatan. 2 bulan bakal sibuk dengan telatah hampir 240 anak kecil bakat berinteraksi langsung dengan aku.bakal dicerap oleh mereka-mereka yang arif tentang dunia belajar ini. harapnya agar semua yang aku bakal lakukan bukanlah plastik sahaja, bukan hanya untuk dinilai untuk abjad hujung peperiksaan.


maafkan aku jika aku terlalu sibuk sekarang. aku harap kamu percaya aku betul-betul sibuk. keletihan bakal aku gendong diatas bahu semasa membelah lebuhraya yang penuh dengan pemandu kereta yang ego. yang memandang sinis aku ketika digigit lahar mentari sewaktu berhenti di persimpangan jalan.tak mengapa. aku sudah pilih jalan ini. aku akan redah. doakan aku berjaya.


Friday, June 26, 2009

HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH! ALLAHUAKBAR!!!

setelah mendengar cerita sebenar dari seorang teman, hati aku jadi panas, mendidih sangat. aku mengambil keputusan drastik! aku setuju mengikut teman-teman yang lain. ini soal maruah! soal jantan! soal dendam! dengan hati penuh dendam membara aku bersama 18 orang teman seperguruan meredah sibuknya arus lebuh raya utara selatan. hati kami tekad dan nawaitu kami bulat! hanya satu tujuan kami. parang sengaja tidak dibawa takut-takut ada sekatan oleh polis. seorang teman beritahu, parang semua telah disediakan di sana.

perjalanan dari tol ukm ke tol ayer keroh tak terasa lama langsung. potong meotong, celah mencelah, selit menyelit berlaku disana sini. semuanya ingin sampai cepat untuk membalas dendam kesumat. dalam kereta semuanya ketat serius! radio sengaja tidak dipasang, penghawa dingin dibiarkan tidak digunakan. cermin tingkap sedikit tidak diinjakan. kesemuanya dirasuk amarah yang dasyat!

Nampak sahaja papan tanda DURIAN TUNGGAL, semua kawan kawan sudah geram. mengetap bibir! buku lima digenggam erat-erat. sesekali ada yang terlalu marah dan menumbuk numbuk bumbung kereta! yang menyumpah seranah tak kurang hebat marahnya. ini semua disebabkan satu perkara yang perlu diselesaikan. apa nak jadi biarlah jadi. alang alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. HUTANG DARAH DIBAYAR DARAH!


AMARAN: KALAU TAKUT JANGAN TENGOK GAMBAR DIBAWAH! NGERI!
























































* asam pedas ikan pari dengan durian part aku sorang makan dalam pinggan!



lu orang pernah makan aiskrim durian? ni durian freeze kita panggil! bapak sedap!


*ada tiga bakul yang telah dimakan. yang ni je yang tinggal tak dapat dihabiskan lagi!


*gua dengan tuan rumah merangkap anak tuan punya durian. pokok durian 4 batang tapi berbuah dekat 2 lori. sungguh! gua tak tipu. nama je durian tunggal, tapi bersepah je durian dekat sini gua tengok!


*ritual kemuncak penggemar duriancore!

hahaha amacam? terkena tak? tajuk entri ni sebenarnya DURIAN FEST #2. yang #1 dulu aku tak datang. ni kira balas dendam la ni. burppp... alhamdulillah...

Wednesday, June 24, 2009

Aku Benci Dead Memories




ada ketika bila kita mula berbahagia, selepas melalui hari-hari sukar menongkah pedih dan duka mesti ada saja bayang-bayang ‘memori kematian’ yang datang mengimbas. kenapa ya? bila sudah melangkah, mengorak jauh tinggalkan semua yang perit satu ketika dahulu kenapa ada juga ‘memori kematian’ yang menjengah? demmit! pergi jauh, jangan pernah datang kembali. aku tak mahu dengar kata kata harapan lagi. yang pasti aku benci ‘memori kematian’ dulu. aku ada kehidupan baru sekarang. jauh lebih baik dari dahulu.

Sunday, June 21, 2009

MENDENGAR MUZIK METAL TAK MENJANJIKAN ANDA BOLEH MENJADI SEORANG BURUH KASAR YANG BAIK!

Kalau sekadar dengar metal keras yang ganas. lirik sembelih sembelih gore gila babi, belum menjanjikan seseorang itu boleh bertahan menjadi buruh kasar yang kental. tak percaya? aku ada bukti masa cutu semester yang lepas. tengok saja gambar dibawah

Sebelum



Selepas



kan? percaya tak? baru sekerat hari kerja dah terbaring tak tahan. tengok pulak gambar dibawah. buruh rajin kerja kuat. malas cakap. tengok sudah!



tengok. tak percaya?



apasal? dengki lah tu!

Saturday, June 6, 2009

Menjadi Buruh Kasar

Semenjak jadi buruh kasar ni , kulit jadi dah gelap. Tak cerah macam dulu-dulu. Kerja tengah hari terik, masuk pukul 8.00, rehat pukul satu. Masuk balik dua setengah sampai pukul lima. Tekak manjang kering. Haus betul kerja tengah terik. Mujur, tuan rumah sediakan makanan. Dari sarapan pagi, kudapan, makan tengah hari, hingga minum petang. Bekalan air sejuk tak pernah putus. Kosong saja bekas air, pasti ada yang datang menghulur bekas air sejuk baru keluar dari peti sejuk. Teguk ala kadar sambung kerja lagi.

Baju pasti basah dengan keringat. Baju kugiran hitam pasti jadi kegemaran disarung semasa bekerja. Topi kedai dua ringgit jadi pelindung ubun-ubun dari gigitan terik matahari panas. Kerja tanpa minta gaji. Lepas saja sesuap nasi sudah cukup syukur. Oh ya, ada dua orang teman baru saja berkenalan dari seberang memang pakar bertukang. Seorang namanya Awan sorang lagi Alek Pendek. Keduanya orang Bali dan Lombok. Seronok benar dengar cerita tentang budaya di kampung halaman mereka. Sudah ada teman pemandu pelancong jika mahu ke pulau Bali.

Baru saja selesai membuka rumah papan bahagian atas. Atap, diding papan, lantai, beranda serta tiang sudah ungkai dari tapak asalnya. Dinding konkrit sudah dipecah. Letih jangan cerita. Tapak tangan mula kesat. Jarang sanagat buat kerja berat sebegini. Malam tidur awal. Harapnya cik wai pei mo tidak marah dengan sekadar mesej ringkas. Kadang-kadang bangun pagi ada mesej yang tidak dihantar. Maaf ya cik wai pei mo. Sudah mengantuk untuk menulis. Agak liat untuk selalu update blog ini. Lihat gambar saja boleh? Tinggalkan komen juga ya. Nanti dibalas.



* rumah atas baru buka.

*tangga batu ni ada sejarahnya dengan aku. dekat bucu anak tangga yang ketiga tu, dahi aku pernah tersembam. darah macam air mengalir! GORE!



*pandangan depan



* anak kucing gemok kesayangan aku. Chuie. runsing rumah atas port lepak dah runtuh.





* kerja keras, hati baik, senyum selalu. tetap crust!

Monday, June 1, 2009

SURAT CHENTA 2005?

awal musim cuti di kampung sekarang membuatkan aku agak sibuk dengan kerja mengemas rumah bahagian atas (papan) , akan dirobohkan untuk diubah suai menjadi rumah batu tidak lama lagi. mugkin encik abdul razak mempunyai perancangan tersendiri untuk mengubahsuai rumah yang sedia ada sekarang. jadi sebagai anak yang bertanggungjawab serta dikasihi oleh keluarga dan diidamkan menjadi menantu pilihan, aku mengorbankan waktu tidur bangun lambat waktu cuti dengan bangun awal pagi dengan mengemas rumah sebelum rumah atas ini bakal dirobohkan. jadi aku perlu mengemaskan segala khazanah yang ada di rumah atas ini; dari buku sekolah than 90-an hingga ke almari dan rak yang ada.

yang ingin aku ‘highlight’ dalam entri ini adalah tentang sepucuk surat yang aku temui sewaktu mengemas semalam. dalam timbunan buku-buku lama yang dikumpulkan aku terjumpa sepucuk surat yang ditulis kira-kira empat lima tahun yang sudah. ini surat zaman aku sekolah tingkatan empat atau lima kalau tak silap. surat dari seorang perempuan ni. aku tulis balik isi-isi penting surat itu tanpa ada sebarang tokok tambah. aku jujur ni!

hai fakrul. dah lama kita tak jumpa. beborak tentang personal. ye lah kan awak tu budak pandai. kelas sain,s kelas depan kita ni kelas sastera je. awak tu selalu tak free petang-petang. library lah, sekolah lah, main takraw lah, pendek kata masa awak penuh dengan aktiviti, sampai saya yang perlu menanti time awak free. bila agaknya eh?

aku bukanlah aktif sangat macam budak ni tulis. Cuma waktu tu aku memang kawan-kawan dengan budak kaki belajar. aku bukan nerd atau geek kat sekolah ok! kawan-kawan hardcore pun dua-tiga orang yang satu kelas dengan aku. ok sambung surat lagi:

tiap kali nak jumpa fakrul dekat sekolah , budak ni ramai usiklah, sebabtu Su malu dan takut. segan lah bila dia orang cakap kita ada affair. fakrul, su ucapkan ribuan terima kasih diatas keikhlasan fakrul untuk memaafkan diri su. seandainya su bersalah, tegurlah. su terima. tapi kalau fakrul mengamuk dan putus macam hari tu, terus terang su memang tak nak kita bermasam muka kerana perkara yang kecik. su nak fakrul jadi sahabat paling sejati dalam hidup ini. haya fakrul yang dapat su terima dan su janji tak akan menyakitkan hati fakrul lagi. thanks for everything.yang merinduimu…….su.

aku lupa macammana boleh gaduh dan bila masa aku mengamuk? hahaha aku gelak besar bila baca surat ini. entah bila ada putus-ikat dalam hubungan kawan-kawan sekolah macam ini. budak ni selalu pinjam buku aku, sebab itu kami jadi rapat. aku tak tahu berapa lama kami tak berhubung. habis SPM aku belajar di Bangi dan dia aku tak tahu belajar dimana dan buat apa.

semalam kak long aku tanya. “Ngah, kau kenal Suhaida budak Serting 4, rumah hujung depan simpang tiga sebelah paya tu. alah budak tu sebaya kau. akak dia kawan aku tu.” “ha tau. Suhaida, ye kenal. apahal?” aku tanya. “ dia baru bersalin hari tu, kakak dia cerita dekat aku.” “eh dia dah kawin ke Long?” aku tanya hairan.“ hish kau ni takkan la tak tau. dah setahun lebih dah kahwin. dia tak jemput ke?” tanya Kak long. “ tak ada pun.” aku jawab pendek.

haih.. su dah anak sorang kau dah ye. semoga kau dapat anak ramai-ramai! su kau layan blogspot tak? agaknya kawan-kawan dia ada masa ke layan blogging ni?