akhirnya 3 bulan penuh cabaran tekanan dan momentum letih berakhir. tiada lagi meredah kesibukan kajang silk-grand saga-cheras-hulu langat seawal 6.35 pagi. tiada keringat membasahi pangkal lengan baju ketika kening berkerut, iris mata mengecil menahan panahan terik suriantengah hari. tiada lagi bau wangial tulen diesel dari corong bas dan lori.
tiada lagi sarapan pagi nasi dagang kak da depan sekolah. tiada lagi perhimpunan pagi isnin dengan dendangan lagu sekolah yang ada part breakdown-metal di tengah-tengah bridge. tiada agi kapur tulis, carta dan alat bantuan mengajar. tiada lagi keletah anak murid yang minta buatkan hasil karya pendidikan seni mereka. tiada lagi bual mesra kakak kantin sekolah yang berbahasa minangkabau, tiada lagi senda gurau guru sejawatan yang banyak memberi bimbingan.
tiada lagi murid yang datang tanya soalan yang tidak faham, tiada lagi murid yang mahu ketawa sewaktu melihat video KENAPEE??. tiada lagi semuanya. semuanya telah berlalu.
dari bermula dengan rasa tidak seronok disana, hingga sampai hati berat nak tinggalkan mereka semua. semuanya bercampur baur. emosi tak terluah dengan kata-kata.
isnin ini, tiada lagi salam untuk cikgu fakrul. tiada suara nyaring kuat memanggil cikguuu.. yang tinggal cuma kenangan praktikum.
gua rindu SK SUNGAI SERAI.
dedikasi khas juga buat sahabat aku yang banyak membantu dan beri sokongan dan sama-sama meredah kedinginan pagi, hujan lebat dan terik panas matahari selama 3 bulan berulang alik bangi-hulu langat ni.
USTAZ KABEL a.k.a USTAZ MOHAMAD SHARIL.