Sunday, February 27, 2011

MELUKUT DITEPI KEK HARIJADI

mungkin lu lupa masa hari jadi lu dulu, gua buat apa untuk lu. gua susah payah untuk lu. tak apalah. gua tak mau ungkit. mungkin lu dah bapak benci dengan gua yang haprak ni. tak apalah lu pun dah bahagia sekarang kan. tak ada ucapan selamat pun tak apa. cuma gua sedikit kecewa dengan lu. senang-senang je lu lupa semua.

tak apalah.

gua sabar.

gua tak makan hati pun.







Saturday, February 26, 2011

HARAPAN MALAM HUJUNG UMUR

aku merencana sesuatu yang indah malam ini. ada orang ajak aku keluar. mungkin ada kejutan buat aku. ada hadiah barangkali. ada kek coklat atau cupcakes istemewa tertera bentuk hati atasnya mungkin. atau sewaktu makan malam, sewaktu berselera makan menu istimewa; ada pelayan datang bawa kek serta lilin menyala; ada nyanyian selamat untuk aku, semua yang makan disitu memandang dengan senyuman bermakna. setelah itu bersalam dengan ucapan ringkas "selamat ulang tahun kelahiran," dengan senyuman. indah sekali!

selepas itu, ada hadiah personal yang nilai sentimentalnya tinggi menyusul. di atas kotak hadiah berbalut cantik-cantik itu tertera "untuk tersayang, selamat hari lahir!" ada simbol bentuk hati hujung ayat tertera itu tadi.

mata aku berkaca-kaca dengan harapan! terharu dengan sambutan istimewa sebegitu. sungguh berbesar hati dirai sebegitu. mesti lepas itu selera makan bertambah, senyum tak lekang terukir dibibir. sesekali diusik manja oleh personal yang membawa bahagia sambutan hari lahir yang paling istimewa itu.


indahnya.




rasa sangat bahagia. tambah-tambah personal itu adalah yang paling istimewa di hati. sanggup bersusah payah untuk memberikan sedikit bahagia yang istimewa.






hakikatnya; semuanya itu hanya angan-angan.

aku lagi dirumah sewa; taman pulai indah, johor bahru; berseorangan. teman serumah bertugas diluar. sendiri menanti adanya keajaiban datang. atau aku cuma terus masuk tidur dan esok angka 24 mengganti umur sewaktu entri jiwa kecil ini ditulis.


Friday, February 25, 2011

GUA RINDU ADIK BERADIK!


aku merindui tiap satu dari mereka. teletah dan haru suasana ruang lingkup pelajar 5 tahun bersama semuanya tersimpan rapi. kini semuanya bertebaran di muka bumi malaysia. diceruk tempat mencurahkan ilmu keserata negeri. aku rindu mereka. semoga allah pelihara mereka dari sebarang mara bencana. tabah dan cekalkan hati-hati besar tiap pemilik jasad ini. sesungguhnya aku menyangi mereka seperti aku menyayangi keluarga aku sendiri.

kita bukan sahabat. kita bersaudara.



ouh aku yang berkaca mata hitam. iras seperti siapa? nabil? naahhhh. bukan!

Thursday, February 24, 2011

ANTARA JUJUR DAN MEMENDAM RASA

kalaulah berlaku jujur itu satu kesilapan besar dalam suatu situasi dipanggil berterus-terang, aku sedia untuk belot terhadap perasaan sendiri.


andai memendam rasa itu jalan yang paling baik. tidak akan aku luahkan untuk sekian kalinya perasaan hati. biar tersimpan dalam-dalam. jauh di sudut paling dalam kamar hati.


biar tiada yang mengetahui. apa juga yang aku rasa, apa juga yang aku ingini. sungguhpun terluah tapi, jawapannya suatu yang kelam yang belum pasti.



atau tidak langsung pasti?

Wednesday, February 23, 2011

MELANKOLIA LENCUN KUYUP

hujan lebat membasahi segenap tempat bumi bertuah kangkar pulai. aku yang tadinya bercadang untuk berteduh dari menunggang, menggagahkan tekad untuk terus memecut laju meredah lebat titisan air yang turun dari langit rahmat allah s.w.t. perjalanan masih jauh, tapi alang-alang mandi biar basah; alang-alang dah basah teruskan juga. kesudahannya aku lencun sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

asalnya aku baru pulang dari menjadi guru pengiring pasukan bolasepak sekolah yang mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah jiran. kami kalah 0 berbalas 3. bermain cantik, tapi rezeki bukan milik kami. dalam hujan renyai, harimau cilik sk kangkar pulai masih lincah beraksi dipadang.

sudahlah kalah, malang nasib aku petang ini, tangki minyak motosikal kesayangan pula kering. puaslah menuntun belalang tempur hijau dalam gerimis petang ke stesen minyak berhampiran. gagahkan juga. mungkin patutlah aku berkira-kira untuk memiliki kenderaan berbumbung. walaupun harga kenderaan dan bahan bakar makin tinggi menggila.

sampai dirumah, tangan sudah hampir pucat. kecut seperti berendam di jeram yang dingin. kecut jemari dek sejuknya hujan menemani. pening kepala makin mendenyut. migrain menyerang kembali. cepat aku bersihkan diri dan aku selesaikan maghrib di penghujungnya.

dihujung senja itu, aku termenung jauh. terdetik soal-soal sihat tubuh badan di benak. masih kuatkah jasad ini untuk terus hidup? masih berkudratkah tubuh ini untuk menjalani hidup. semuanya tanpa penyakit? sedangkan dengan pening yang mencengkam kepala hingga ke tengkuk sudah tidak tertanggung maha sakitnya ini.

teringat kata kak long tadi,

" oit,cmne leh terjadinya peristiwa sebentar td? ko ni saje wat mak risau n byk fikir.huhu.."

rasa berdosa pula beritahu mak tentang perkara ini tadi. semoga allah merahmati mak dan sentiasa melindungi dan mengasihi bonda dan keluarga tercinta. aku harap lepas paracetamol ini hadam, semuanya kembali seperti sedia kala.

***

teringat satu ketika dulu jika sakit sebegini pasti ada saja yang akan ambil berat. jika tidak diambil ubat, pasti saja kedengaran bebelan comelnya itu. sumpah itu juga yang aku rindukan. sekarang? sudah menjauh. makin menjauh. jauh sangat.

Saturday, February 19, 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA




ini fakrullah. murid 4 dedikasi duduk barisan depan baris kedua kanan. suara sedap menyanyi. hari tu aku tanya lagu apa tahu? dia jawab rock cintan memang layan. aku suruh dia nyanyi selenggok dua. ini lagu wajib dia sekarang; tak ku sangka tak ku duga. pergi cuba layan lagu ni sekejap! pergh! suara sedap. aku pesan dekat dia. kalau suara sedap tak ada ilmu pelajaran terabai, tak boleh juga. kena seimbang semuanya. aku pesan dekat dia, tak payah nak bercinta awal-awal ni. semuanya punca kejatuhan karier kelak!

berbeza dengan yang satu ini;







ini fakrullah juga. guru yang mengajar fakrullah tahun 4 dedikasi yang pandai menyanyi tadi subjek kajian tempatan. guru baru yang mengajar pendidikan jasmani, pendidikan sivik, kajian tempatan, dan pendidikan seni tahun 4, 5 dan 6. berbeza dengan fakrullah yang awal. suara fakrullah yang ni tak berapa nak sedap. rupa tak berapa kacak, harta jauh sekali banyak berkoyan. fakrullah yang ini sekarang kena kejutan budaya! gila ambil gambar sendiri depan cermin! tapi tak cermin langsung diri sendiri.

oh lupa fakrullah yang atas ni sebatang kara di negeri orang, mengharap kasih orang tak sudi. kah kah kah!



sengal kan gua?

Tuesday, February 15, 2011

PICNESH

jam pukul 12.05 minit. cuaca luar bilik guru sangat mencucuk-cucuk panas. aku bingkas bangun menuju kelas 4 gemilang, yang "sangat gemilang". kena relief subjek bahasa inggeris.

lepas murid bagi salam dan baca doa, aku suruh semua duduk. keluarkan buku teks bahasa inggeris muka surat 30 dan 31. ada gambar dan ada perkataan. perbendaharaan kata. vocabulary senang ceritanya. aku beri masa baca dulu perkataan perkataan yang tertera sebelah gambar-gambar yang ada. gambar dalam dapur di hotel.

baik. semua ikut cikgu sebut;


noodles - mi;

beef - daging lembu

honey melon - tembikai susu

jackfruit - nangka;

butter - mentega;

milk - susu;

prawn - udang;

squid - sotong;

spinach - bayam.


semuanya aras kefahaman rendah sesuai dengan perkembangan murid kelas 4 gemilang. semua murid aku beri ruang untuk menghafaz perkataan inggeris serta maknanya sekali. sebutannya juga.

semua murid berdiri. setiap orang kena sebut semua perkataan yang cikgu tunjuk di hadapan. aku pegang pembaris plastik panjang. sesekali aku rembat meja tanda serius! kena sebut betul-betul kalau tidak cikgu fakrul rembat macam dia rembat meja! psikologi!

anis, iffah, syahif, hazrul. nadia, husna, amirul. semua sebut perkataan yang cikgu tunjukan di depan. ada juga yang kantoi. tapi cikgu betulkan yang salah. janji sebut.

sekarang giliran ikmal. murid culas cuba-cuba mengelak dari menyebut perkataan yang tidak diketahuinya. semua perkataan disebut dengan baik beserta maknanya. sampailah pada perkataan terakhir. sayup-sayup saja keluar dari mulut ikmal.

aku tunjukkan semula perkataan itu. tidak juga ikmal sebut.

SPINACH. bayam!. ikmal diam. spinach bayam! ikmal diam lagi.

ikmal diam lagi cikgu tibai pakai pembaris. baik sebut! aku acah ikmal dengan hentakan pembaris di papan hitam.

SPI..spi ikmal ikut, NACH...nach ikmal menuntun perkataan selepas aku.

spinach! kataku.



PICNESH kata ikmal.

satu kelas ketawa besar. aku ketawa dalam hati. DIAM! aku tegur yang lain. aku betulkan sebutan ikmal. SPI.........NACH kata ku,

PICNESH juga kata ikmal.


"CIKGU DIA MEMANG GITU, DIA PELAT" kata seorang murid. yang lain mengiyakan. baik, sekali saja lagi. SPI.....NACH...

PICNESH..kata ikmal.

tak apa cikgu faham. tapi ingat spinach itu maknanya bayam ya ikmal.

ikmal mengangguk. sambil terengih! gigi rompong depan terserlah.

janji ikmal dah usaha sebut kan!

Monday, February 14, 2011

CUMBU ru

cemburu itu indah bukan? membungkam rasa yang indah-indah untuk mencuka. adrenalin prasangka meresapi segenap liang roma tubuh meruntun ego. tapi jauh sudut hati yang paling dalam, sebenarnya hanya menipu diri sendiri; mendustai perasaan sendiri. berpura memujuk hati sendiri.

ya hati.




hati yang sudah lama;





dibadai;









cemburu.





hei sayang, gua cemburu ok!

Saturday, February 12, 2011

SERAHKAN PADA TAKDIR. TAPI SAMPAI BILA?

merenungi hari-hari sendiri dirantauan, sunyi meniup naluri lelaki. tak ada yang menemani. sepi.

sebagai seorang manusia yang diberikan naluri yang indah kurniaan tuhan, semestinya aku sama lelaki-lelaki normal lain. rasa ingin dicintai dan disayangi. fitrah manusia saling mahu disayang dan menyangi. mahu seperti orang lain yang merasai bahagia. aku juga kepingin untuk merasa semua itu.


cuma, kata jamal abdillah;


Andai kata ada harapan untukku,


Berikan ku tanda agar jalanku lebih bererti



****



namun





harapan tinggal harapan.






dilema menanti lebih menyiksa dari segala.


sampai bila kan?

Monday, February 7, 2011

FENOMENA GURU BARU AMBIL GAMBAR DALAM TANDAS


aku semakin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. mula mahu rasa seronok duduk di kangkar pulai ini. sekolah bagus. petadbiran dan rakan-rakan setugas pun baik dan ramah belaka. syukur dapat sekolah yang sedia menerima cikgu baru dalam keluarga mereka. biarlah jauh dari keluarga, namun kerana tekad dan azam belajar 5 tahun tak akan aku sia-siakan.

hari pertama yang sibuk membuatkan aku batalkan hajat untuk terus update blog. berulang alik dari senai ke kangkar pulai memang suatu yang mencabar. orang sini bawak kenderaan laju-laju. kalau rasa tak boleh suai dengan keadaan trafik begini, kau patut kena belajar cara bawa kenderaan orang sini. serius laju-laju!

hari ini, aku mula mengajar, biarpun belum ada jadual mengajar yang spesifik aku masih diarahkan untuk mengganti guru yang tidak hadir atau ada hal-hal penting dan terpaksa tinggalkan kelas. atau bahasa gurunya; rilief atau guru ganti. 3 kelas aku masuk harini. paling kurang mesti belajar dalam 45 minit dan 15 minit lain aku santai-santai sama murid baru untuk kenal mengenal.

tadi perut aku meragam lepas relief kelas tahun 3. letak barang-barang di pejabat terus melangkah ke tandas untuk melepas hajat. tandas guru memang terbaik, kondisi bagus semuanya. aku tak lepaskan peluang. sinsing seluar paras lutut, lepaskan hajat dan kembali berpakaian kemas. tak lupa ambil gambar sekeping dua dalam tandas. posing cari publisiti sepa dua! hahaha lantaklah!


lepas ambil barang-barang dekat tempat yang aku tinggalkan tadi. terus menuju ke kelas seterusnya untuk relief lagi. dari jauh ada sorang cikgu boleh tahan lawa sudah senyum-senyum. perghh terasa kacak aku hari ni. kebetulan cikgu sekolah aku yang perempuan ramai yang bujang. pergh! mengelamun jauh. bila dah dekat kelas baru aku perasan sesuatu. mungkin yang ini cikgu lawa tadi senyumkan!

kah kah kah tergelak sorang aku dalam kelas. rupanya aku lupa turunkan seluar sebelah kanan yang aku sinsing tadi. kaki seluar senteng sebelah! dengan keyakinan je aku keluar tandas tadi. ha macam mana boleh tak perasan tadi! haduih. selamat kaki seluar je yang tak turunkan tadi.

kalau








zip seluar







tak







tutup?






lagi naya woi!

Wednesday, February 2, 2011

BAYU SENJA DI SELATAN

aku masih bermalas-malasan untuk berkemas. masih jelek untuk memandang beg troli. semangat hilang merawang entah kemana. yang aku perasankan semenjak dua menjak ini mood aku tidak berapa baik. senang marah. tertekan dengan pelbagai situasi yang aku hadapi.

aku bakal duduk di pulai, johor bahru. mengajar di sana. seorang diri sebatang kara disana. masih berteka-teki dengan kehidupan yang bakal aku mulakan disana. mengharapkan aku kuat untuk bertapak dibumi orang. kuat untuk hadapi hari-hari mendatang. yang pastinya dugaan pastikan mendatang walaupun tanpa diundang.

macam-macam rasa yang membelenggu. menyesal. marah. geram. sedih. paling aku risau bila tengok mak runsing tengok aku macam ni. rasa bersalah sangat buat mak macam ni. berkali aku ulang cakap pada mak, jangan risaukan aku, pandailah aku bawa diri tempat orang nanti. aku pujuk mak, aku pujuk hati aku sendiri. berat subhanallah, allah jua yang tahu.

bila aku renung balik nasib aku dihantar jauh ke selatan sana, aku rasa aku jauh bersyukur berbanding rakan-rakan seperjuangan yang dihantar jauh ke sabah dan sarawak. ada yang dihantar ke pedalaman.

semoga allah kuatkan semangat aku dan kawan-kawan yang mula bertapak dibumi orang. dan diberikan kekuatan semangat dan fizikal untuk terus berbakti dan berjuang. susah macam mana, payah macam mana kena tempuh juga, allah tak turunkan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya.

Allahumma yassir umuri wa laa tu'assir.. Allahumma tammim bil khair.. ameen...