Thursday, April 28, 2011

HARI YANG SIBUK SUDAH BERMULA


kerja keras untuk 3 hari bermula hari jumaat. menjayakan hari besar keluarga gua. hari besar buat kak long gua. semoga allah permudahkan segala. eh lu orang pun dijemput sama hadir kalau berkesempatan ya!


gambar pancing undi.

Tuesday, April 26, 2011

MENYESAL

kehadapan murid-murid yang disayangi,

pertama-tamanya cikgu nak mohon maaf. mungkin permulaan yang tidak baik akan terbawa ke penghujung yang kurang baik juga kan?

1. perhimpuan.

hari ini cikgu bertugas untuk mengendalikan perhimpunan pagi seperti biasa. seperti yang cikgu khabarkan pada kamu semalam, semasa perhimpunan rasmi sekolah, cikgu tak mahu berada di depan perhimpunan dan maki-maki kamu awal-awal pagi. tapi pagi tadi kamu cabar cikgu. berkali-kali cikgu ingatkan supaya masuk dalam barisan kelas terus senyap. tidak, kamu tak buat. baik sekali lagi cikgu cakap, tolong senyap dan luruskan barisan. dan kamu paksa cikgu bercakap dengan tona suara yang tinggi dan keras tanpa guna mikrofon dan pembesar suara. maaf. baru kamu senyap. maaf.

2. 6 dedikasi - atikah

6 orang cikgu sebat hari ini sebab tak bawa lembaran kerja yang cikgu pesan untuk dilengkapkan. minggu lepas cikgu dah beri peluang untuk siapkan. masih juga tak siap. cikgu tak kisah kalau kamu semua nak bergurau dengan cikgu. cikgu tak ada masalah kalau kamu tak bawa buku kajian tempatan. tapi cikgu paling tak suka kalau kamu kurang ajar. depan cikgu jangan sebut perkataan BABI boleh? bukan sekali cikgu pesan, banyak kali kan? maafkan cikgu sebab tempik dalam kelas kerana perkataan babi yang kamu ungkapkan. cikgu minta kamu hormat suasana belajar dengan guru dalam kelas, ada adab kan?

3. 5 bestari

cikgu mohon maaf sebab mood yang tak baik tadi terbawa-bawa sampai ke kelas kamu. awal lagi cikgu pesan mood cikgu tak baik. untung cikgu sedar yang perangai aneh cikgu harini. maaf kerana hari ini tiada langsung unsur kecindan dalam pembelajaran sivik dan kewarganegaraan.

4. 4 dedikasi

8 orang cikgu sebat sebab berlari-lari dalam kelas. cikgu mohon maaf, cikgu terlewat masuk kelas. tapi cikgu bukan sengaja. kamu pun tahu kan, jangan main dalam kelas waktu cikgu tiada. nanti kalau ada yang bocor dahi, siapa yang menjawab? cikgu fakhrul sebab lewat masuk kelas. cikgu mohon maaf, sebab terpaksa hukum kamu supaya jadi teladan pada yang lain.

****

cikgu pun tak tahu mana silapnya hari ini. cikgu tidur awal semalam, bangun pun awal. makan tidur semua cukup. cumanya entah mana silapnya cikgu betul-betul bad mood hari ini. cikgu menyesal atas semua yang terjadi.

cikgu menyesal sebab cikgu fakhrul yang kamu kenal sudah jadi cikgu fakhrul yang garang dan ditakuti.

:(

Thursday, April 21, 2011

IF I CRY, WOULD YOU BE THE SHOULDER THAT CONSOLE ME?

"sometimes we need no other shoulder to cry on. "

kadang-kadang seorang sahabat yang paling baik dalam dunia belum tentu cukup baik untuk menjadi teman kala berduka yang efisyen. sejauh mana kejujuran dan keikhlasan dia menjadi bahu untuk kita bersandar atau penyokong paling ampuh sewaktu kita hampir rebah. boleh diukurkah sebuak kejujuran dan keikhlasan? abstrak bukan?

mungkin ramai yang selesa berkongsi masalah dan berasa sedikit lega bilamana sahabat baik yang sedia mendengar dan berkongsi waktu-waktu sukar dengan kamu. terasa sedikit lega bila dapat luahkan segalanya. huh muak! klise!

hakikatnya aku seorang lelaki yang membosankan. punyai masalah bertimpa-timpa dan aku sendiri menghadapi semuanya. tiada sahabat baik disisi, tiada bahu yang menemani. tiada.

hurmm.. sorry for being such a loser, and sorry for being a burden to you. i wont share any of my problems from now on. thanks for being such a good-good friends.

Monday, April 18, 2011

JAMBU


hari ini haru semua kelas yang aku ajar. semua tegur. semua nak sibuk. masa aku serius ada juga yang sempat tanya. dalam bilik guru juga begitu. ramai yang komen. kata itu ini secara sinis. dalam pejabat juga kena! ketua kerani pun tegur sama. senang cerita semua perhatian tertumpu pada aku.


salahkah? pada aku ini sekadar cuma trend. tak mampu lagi memiliki yang tulen. yang 'looks alike' pun boleh lah. asal menang memakai. cuma salah tanggapan pada sesuatu itu yang membuatkan persepsi baik bertukar sebaliknya. padahal isunya cuma ringan amat. bila terlalu ramai berfikir secara 'political correctness' semuanya berubah. ada saja kontra. asalnya isu yang kecil.


pada aku, warna ni milik allah taala. kalau dia tak ciptakan warna dalam dunia ini, suram jadinya. jadi kebebasan memilih warna adalah suatu yang perlu dilihat positif dan perlunya menghormati pemilihan warna yang pelbagai. tak kisahlah sesuai atau tidak, itu hak pemakai yang memilih warna dan mungkin ada sebabnya sendiri. kita perlu berfikir dari luar kotak pemikiran yang tipikal!

sebabnya, aku langsung tidak ambil pusing dengan cakap-cakap orang yang tidak tahu menilai warna. kebebasan memilih sudah lama dipraktikkan secara universal. nah hormati sahaja!

gua tak kisah kalau di panggil jambu sebab gambar ini;



tapi jangan cakap muka dan gaya gua macam nabil. yang itu gua marah!

Sunday, April 17, 2011

RINDUKAN HAIWAN PELIHARAAN KADANG-KADANG LEBIH BERMAKNA DARI RINDUKAN ORANG YANG TIDAK LANGSUNG TAHU MENGHARGAI ERTI RINDU ITU SENDIRI.

ketenangan dan kekuatan sebenarnya datang dari orang-orang yang tersayang yang paling hampir dan ada hubungan darah dengan kita. keluarga. saat-saat emosi tidak berapa menentu sekarang, aku rindukan keluarga.

antara yang paling aku rindukan bila bertemu keluarga tersayang adalah dua ekor kucing kesayangan. satu famili memang sayang pada dua ekor ini. seorang abang seorang adik. kalau di dapur dengar mak gua membebel, jangan salah faham. mak hanya membebel pada anak dia dua ekor ni. si adik sangat suka makan curi ikan rebus abang dia.


yang ni masa mula-mula jadi anak angkat keluarga. yang si frisco masa nak kenal-kenal dengan khateep. takut-takut je, tambah pulak si khateep terpaksa berkongsi kasih sayang masa ni. semua dah mula sayang dengan frisco.



ini masa dah dua bulan tinggal dengan famili kami. sudah kuat makan. pandai bergurau dan mendapat gelaran anak rimau dari mak. "ekau ni bukan kucing agak eh, ontah anak ghimau kumbang mano sosek ko ekau ni. habih kaki orang nak di torkam eh," kata mak dalam loghat negeri sembilan separa pekat. maksudnya; apalah gerangan binatang engkau seorang ini. hendak diumpamakan kucing, kaki manusia jadi bahan bahaman. anak harimau kumbang barangkali adapun seekor yang ini.


ini buktinya! jari gua putus dibaham. oh lupa nama pun frisco kan? tak tau siapa frisco? lu memang bukan kaki sinetron tv3 la!



walaupun kuat bergurau kasar, namun hubungan abang - adik memang akrab dua ekor ni. ini buat gua rasa tenang sikit. sesekali kalau diorang macam ni, tak adalah haru sangat rumah!




kan? manja kan? rasa nak picit-picit je dua ekor ni! kan kan?

Monday, April 11, 2011

GUA TAK OKAY

makwe lama gua dah nak bertunang. gua? macam biasalah. KLMJ gila babi. gua dah dapat rasa dah. gua pun ada instinct macam lu jugak. selamat gua dah biasa kena macam ni. tu rasa macam tak berapa nak pedih sangat.

sebab,



bila perasaan lu dah biasa kena buang,




dan lu dibuang untuk sekian kalinya,




percayalah,




lu akan rasa kebal,





walaupun hakikat sebenarnya, satu rasa yang menyakitkan hati sedang menghambat diri lu.





rasa apa?










rasa terbuang;









ke







PARIT!

Thursday, April 7, 2011

KEMALANGAN NGERI

jam menunjukan pukul 5.40 pagi. aku lelapkan mata, tarik nafas dalam-dalam. masih awal, getus hati sendirian. aku memerhati sekeliling keadaan bening dini hari yang sunyi. sejuk suhu pagi ini buatkan aku terkenangkan selimut tebal dan tilam empuk untuk aku rebahkan badan dan berselingkar ketasnya, tidur nyenyak dibuai mimpi indah.

khayalan dini pagi itu terbungkam hilang merawang bila mana, sebuah kekecohan kecil kedengaran. ada dua pihak seperti berkata-kata dengan suara yang kuat. seolah ada sedikit salah faham. entah bagaimana ada sedikit rasa curiga ingin mengetahui perkara sebenar yang berlaku meresap dalam diri. aku bertapak melangkah menuju kearah kekecohan itu. ada beberapa orang sedang berkerumun memerhati gelagat orang yang bertengkar kecil tadi.

dalam celahan bahu tadi, aku berjaya menyelinap untuk memerhati apa sebenarnya berlaku. oh, kemalangan. sebuah kenderaan MPV hampir remuk di bahagian pemandu hingga ke tempat duduk penumpang belakang. kelihatan ada seorang gadis genit seperti menggelabah ketakutan, trauma barangkali. dia cuma cedera ringan di tangan. tekaan aku mungkin dia cuma penumpang. sang pemandu tidak kelihatan, barangkali sudah berada di hospital menerima rawatan lanjut.

"macam mana boleh jadi ni?" aku tanya pada gadis yang gelabah tadi. "tak tahu bang, saya tidur, tahu-tahu saja sudah eksiden," katanya. bibirnya pucat lesi dan ketara kelihatan gigil takutnya. ada dua tiga orang polis di sekitar kawasan yang meninjau-ninjau dalam kereta yang remuk tadi. "adiknya dah tahu belum?" tanya abang polis misai lebat. "belum, adiknya tuisyen dekat bangunan depan sana," jawab gadis genit tadi sambil jari telunjuk yang terketar diacung kearah deretan bangunan dihujung tempat kejadian.

kelihatan beberapa kereta tunda sudah berada untuk menarik kereta yang remuk itu ke bengkel. aku masih tercegat depan gadis genit dan abang polis misai lebat itu. "dah, sekarang awak ikut saya kita pergi bagitahu adiknya dan terus ke balai untuk buat laporan," kata abang polis misai lebat. gadis genit cuma menggangguk dan mengekori abang polis masuk ke kereta MPV yang remuk tadi. "awak pun ikut juga," kata abang polis misai lebat kepada aku. "eh, saya ke encik?" aku yang hairan bertanya. "ya, awak saksi." jawabnya ringkas. aku menuntun encik polis dan gadis genit ke dalam kereta MPV tadi tanpa banyak soal.

hairan juga, MPV hampir remuk teruk ini masih mampu bergerak dipacu oleh abang polis misai lebat. aku duduk disebelahnya di depan, manakala gadis genit hanya membisu sepenjang perjalanan.

sampai sahaja dibangunan yang dituju, adik mangsa sudah berada dibahu jalan. bersamanya sebuah fail berisi bahan bahan pelajaran dirangkul kemas. perilakunya seolah sudah maklum dengan malang yang menimpa kakaknya. "betul ke kak wani kemalangan?" itu yang terpacul dari mulutnya bila si gadis genit menghulur keluar kepala melalui tingkap belakang. si gadis genit cuma mengangguk, seraya disambut dengan tangisan lebat dari adik si mangsa. "sudah, sekarang mari ikut saya ke balai, lepas buat laporan kita ke hospital," arah abang polis misai lebat kepada adik mangsa. "kita dah lewat ni," sambung encik polis. "pukul berapa sekarang?" soalnya kepada aku. "6.55 encik,"aku jawab ringkas.





HAAAAA??? 6.55?? DEMMMMMM! aku buka mata, cahaya terang sudah kelihatan. alam tadinya gelap kini sudah terang. aku kesiangan! pukul 7.15 ada kelas Pendidikan Jasmani 4 Dedikasi. untung tak perlu gosok baju kerja. bergegas-gegas bersiap. 7.10 aku bergerak dari rumah ke sekolah dengan pantas.






***



macam mana boleh mimpi MPV hampir remuk kemalangan. lagi sedap, dah la aku tak kenal, boleh pulak ikut sekali pergi sana sini.

memang MAUT la kalau alarm dah bunyi lepastu tutup! tak memasal lambat ke sekolah harini. selamat sempat mengajar kelas 4 Dedikasi tadi. huhuhu

FIRDHAUS

dari aku mengajar kajian tempatan kelas 4 Gigih. tajuk faktor kepadatan penduduk mempengaruhi pembinaan rumah. aras kena rendah untuk mengajar anak-anak ini. panduan kena diberikan sepanjang pengajaran. contoh perlu dijelaskan sejelas jelasnya baharulah anak-anak ini mampu betul-betul untuk menguasai kesemua objektif pembelajaran.

lepas buat aktiviti kecil, aku arahkan mereka menyalin latihan yang diberikan. semuanya patuh dan buat seperti yang diarahkan. ssatu kelas sunyi sepi khusyuk lakukan tugas menyalin. aku kembali duduk menulis sesuatu di buku persediaan mengajar.

tiba-tiba di suatu sudut aku lihat susuk tubuh seorang anak, firdhaus sedang tertunduk. sangkaan awal aku, anak ini mungkin mengantuk ataupun letih. aku sedia maklum anak ini mengalami masalah semput. aku biarkan dia tanpa ada sebarang provokasi.


tidak semena ada suara teresak-esak memecah suasana hening sunyi kelas. semua mata mencari mana datangnya suara. makin lama makin riuh suara anak-anak mencari punca datang suara hiba. semua tertumpu pada sudut belakang kelas. meja sebelah tingkap. meja firdhaus.

firdhaus yang tadi terdunduk aku sangkakan keletihan rupanya empunya suara hiba. aku tenangkan kelas dan anak-anak ini kembali menyambung kerja. aku dekati firdhaus. "kenapa firdhaus?," aku tanya lmbut. "tak ada apa cikgu." jawabnya laju sambil kesat air mata yang menjurai. aku tahu dia sembunyi sesuatu yang membuat kelopak matanya banjir seperti itu.

aku pengang bahu firdhaus. aku usap belakangnya. "ceritalah dekat cikgu, mana tahu cikgu boleh tolong," aku cuba pujuk fidhaus. "tak ada apa cikgu," balasnya semula. tapi aku tahu dia masih menyembunyikan dukanya. jurai air mata makin ketara. "kalau firdhaus tak mahu cerita, macam mana firdhaus nak ok kan? mari cerita cikgu nak dengar," kata aku sambil mencangkung.

"saya rindu ayah," kataya ringkas. "nanti balik jumpalah ayah," aku balas ringkas. "ayah dah bercerai dengan mak. saya dah tak tinggal dengan ayah," katanya menekup muka. "sabarlah firdhaus, cikgu pasti ayah firdhaus pun macam itu juga, rindu dekat firdhaus, cuma ayah sibuk cari rezeki tu. nanti bila senang, firdhaus telefon ayah kata dekat ayah firdhaus rindu dekat ayah ye," aku cuba memujuk. "sekarang jangan menangis, firdhaus buat kerja ya," aku tinggalkan firdhaus di sudut belakang kelas. jauh dalam hati aku luruh dengan rasa rindu seorang anak pada ayahnya.


penceraian ibu bapa kesannya pada anak-anak inilah. rasa rindu tak terluah pada tempat bermanja dan bergantung nasib. bayangkan kau berada di tempat firdhaus, apa yang kau rasa? sedih juga bukan. sungguh aku begitu tersentuh dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. jauh disudut hati aku berdoa agar jika aku ada keluarga dan berzuriat kelak, aku dapat beri kasih sayang sempurna pada keluarga seisinya. semoga allah kurniakan aku jodoh yang mampu memberikan kebahagiaan padaku dan seisi keluarga.

Tuesday, April 5, 2011

RASA YANG MENDERAU DADA

kau pernah rasa berdiri pada satu tempat yang tinggi? kemudian kau julur kepala dan pandang jauh kebawah. dada tiba-tiba rasa menyesak. ada derau mendedau sekujur tubuhmu. dan rasa itu tidak hilang meninggalkan ruang rasa hati. pernah?

apa nama kau beri untuk kelaskan perasaan sebegini? apa punca yang boleh buat rasa itu menyelimuti segenap tubuh kau sekarang?

aku sudah lama tak rasa sebegitu. tapi malam ini, sungguh, ianya datang kembali.




musykil. mengapa.

Saturday, April 2, 2011

AKU LELAKI YANG TEWAS DENGAN RASA HATI

aku paling benci bila mulai cuba menyemai rasa cinta yang mula menguntum dalam sudut rasa. bila aku cuba buka pintu hari untuk biarkan ada yang mengisi, pastinya aku akan sendiri sakit. memang, cuma soal rasa hati, kecil aja isunya. tapi hakikatnya itulah yang menyakitkan.

aku lelaki suka membanding, itu sifat lelaki. cemburu bila kalah dibanding. ego bila jauh lebih baik. normal. dan selalunya aku cuma lelaki malang yang tewas. rupa, pakai, harta, hatta rasa sayang sekalipun, aku tiada yang luar biasa. pernah seorang mengatakan aku cuma "typical malay guy". yeah aku setuju yang itu.

aku lelaki pecemburu. cemburu aku berasas. cemburu bila ada yang memujamu. cemburu bila ada yang mesra padamu. cemburu dengan kelebihan mereka yang mampu menawan hatimu. kenapa tidak aku? kenapa tidak kepada seorang lelaki yang biasa-biasa dan kuat rasa cemburunya.

aku lelaki yang banyak kelemahan, kurang sempurna dari banyak segi. kurang serba serbi, cuma aku seorang lelaki yang seperti lelaki-lelaki lain; yang hebat atau sebaliknya; yang mahukan sedikit rasa disayangi dan menyangi. ingin sentiasa dilengkapi dengan hawa sebagai pendamping hidupnya. ingin menjadi lelaki terbaik untuk suri seumur hidupnya.

tapi aku cuma,

seorang lelaki yang tewas.
tewas dengan jajaan rasa hati pada sang wanita rupawan.
tewas juga dengan perasaan hati sendiri.


ya itu aku!