Monday, September 28, 2009

PELANDUK DUA SERUPA ke?



Aku tidak pasti perlu tulis ini atau tidak dalam entri baru. Sebabnya aku sendiri tak pasti itu adakah pujian atau penghargaan ini sebenarnya betul atau sekadar bodek atau kipasan yang mahukan hganjaran dihujungnya. Buntu, keliru dan sedikit teruja.

Pagi tadi, seperti biasa bersiap untuk ke kelas. Semangat raya masih berkobar, bau lemang masih tercium-cium rasanya, lemak rending bersantan pekat dengan kerisik garing masih terbayang-bayang. Lamunan terkejut dengan bunyi mesej.


“kami dari bahagian ISA. Kamu ditahan tanpa dibicarakan kerana memainkan muzik grindcore! F**k you!!! (diikuti muzik keras grindcore sabah yang aku terlupa nama kugiran itu) serius, ini nada dering apabila mesej menjengah telefon bimbit aku.



“Assalamualaikum n gud murning dy” mesej dari tersayang.


“waalaikumsalam yang”. Aku jawab ringkas.



“mesti dah siap tu kan? Harini hensem macam siapa?


Mesti macam



Daniel craig,



Tak pun



taufik batishah?


[……]

Aku tak cakap, ni seseorang yang jujur yang cakap.

Nak percaya ke tidak?

Kamu percaya?

Daniel craig,

Taufik batisyah?

Tang mana yang sama tu yang? Bibir ke?







Ppffttt….

Sunday, September 27, 2009

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA; Tempat Bertemu Teman Lama Tak Jumpa

memang sekarang ini menjadi ikutan untuk orang mengadakan majlis rumah terbuka sempena aidil fitri. kadang-kadang samai 3 4 buah rumah jemput datang ada majlis rumah terbuka dalam sehari. macam sewaktu cuti seminggu lepas, aku dijemput seorang rakan lama untuk hadir ke rumahnya. ada rumah terbuka katanya. jadi untuk tidak menghampakan jemputan, aku pun pergi ke rumah kawan lama sekolah rendah aku, Azwan bin Safar atau nama timangan manja; Botak walaupun berambut lebat.

sampai di bahu jalan berhadapan rumah azwan botak, aku sedikit terkesima; ada kugiran kenduri kahwin sedang bermain diatas pentas di perkarangan rumah azwan botak! ini kenduri kahwin ke rumah terbuka? aku bingung. jarang sekali aku lihat ada kugiran kenduri kahwin bermain di rumah terbuka di kawasan kampung aku ini. selalu orang buat, kenduri kahwin ada kugiran, yang ini rumah terbuka ada kugiran juga! satu yang baharu di kampung bagi aku.

tanpa buang masa aku pergi jumpa azwan botak, salam-sapa borak pendek dan ambil juadah makanan. memang sedap makan bihun goreng dengan kuah lontong rupanya! masa makan banyak dihabiskan berbual dengan rakan-rakan yang sudah lama tak berjumpa. paling seronok, berjumpa seorang rakan kamcing sewaktu sekolah rendah dahulu, Yusri Emily Anuar! lama betul tak jumpa dia ini! aku masih ingat yusri ini rakan baik masa zaman basikal kepala BMX, tempat duduk besi bengkok, zaman-zaman game tape lagi. budak depan rumah yusri ni ada basikal GR-rocky, kira basikal mountain bike paling up to date masa tu.nama dia hakim, mana entah sekarang, aku pun tak tahu.

rupanya, yusri sekarang sudah jadi penyanyi! betul! aku tak sangka dia ada bakat menyanyi. selama ini, aku sangka yusri ni hebat dalam dunia permotoran sahaja, tak sangka sudah jadi penyanyi. patutlah pakaian sekarang macam abang-abang, kasut paul smith dan malam tu yusri mengenakan baju melayu merah hati dengan sampin perak corak tampuk manggis. memang bergaya habis. yusri juga menyampaikan beberapa lagu raya pada malam itu. fuh, memang sedap. azwan botak beritahu, yusri penyanyi utama kugiran yang bermain pada malam itu. azwan juga beritahu, kugiran yusri adalah kugiran yang paling aktif bermain pada siri-siri kenduri kahwin di sekitar daerah jempol ini. pegrhh..

aku bangga jadi kawan yusri. sekacak rupanya, segah namanya; itulah Yusri Emily Anuar bin Pungut.







err Yus, nama kugiran kau ni apa ye? lupa nak tanya haritu!





*gitaris utama kugiran yusri pakai gitar gibson les paul! serius! dulu masa sekolah budak main gitar ni geng mat rempit je. jeles gua tengok gitar dia!

Tuesday, September 15, 2009

DALAM DILEMA

hari ini sudah rabu. esok khamis dan lusa jumaat. jadi tinggal tiga hari sahaja lagi untuk menjelangnya cuti raya. jujur, aku sudah tidak memikirkan perihal kelas dan pelajaran ketika ini. jasad sahaja di dalam kelas, hakikatnya fikiran sudah melayang jauh ke Serting, kampung halaman aku.

samaada petang ini, lepas sahur esok atau tengahari esok, aku masih belum buat keputusan untuk pulang ke rumah. esok dan lusa masih ada kelas pembelajaran yang bakal dijalankan dan hakikatnya mentah-mentah lagi aku sudah bercadang tidak untuk hadir ke kelas. ikutkan hati, sekarang juga aku mahu pulang ke kampung.

sekejap tadi Haji Mokhtar masuk ke kelas,

"esok bawa riben ya anak-anak. kita belajar teknik mengayam"

urghh, ya tak ya, esok ada kelas pentaksiran pendidikan seni. demm aku memang minat kelas yang amali sebegini. dan sesi pembelajaran haji mokhtar memang seronok. tiada tekanan, tawa dan sindiran dalam sesi belajar.

ini yang sekarang aku buntu. mahu hadir atau tidak esok?

kalau esok tiada lagi entri baru dari aku, jadi maksudnya aku sudah berada di kampung. okey selamat tinggal.

MINTA MAAF. INI NOMBOR TELEFON SIAPA?

Tadi, selepas zohor aku ambil sedikit masa untuk berbaring. Mata tepat mamandang syiling, terkadang terkebil-kebil. Bunyi bilah kipas berputar jadi nada latar yang sungguh menggamit kantuk mata untuk lelap. Hari ini, seperti hari biasa aku, tiada pun yang indah selain ke kelas dan pulang kebilik. Pusingkan badan ke kiri, aku peluk bantal stawberi. Tak juga lelap. Paling ke kanan tidak juga lelap.

Aku capai telefon bimbit. Pasangkan earphone dan mainkan senarai main kegemaran aku. Aku letakkan telefon bimbit sebelah sisi. Pasangkan lagu pada nada semaksima mungkin. Tiada masalah mendengar deathgrind sambil tidur. Nah aku lena! Kali ini tiada pula mimpi yang mampu aku ingatkan. Letih barangkali.

Sedar dari tidur yang tidak berapa menyeronokkan. Aku tidak puas tidur. Terasa macam makan tanpa beerkuah. Macam makan megi, megi tak empuk. Atau makan air batu campur tiada sirap, atau sate tanpa kuah kacang. Tak ada nikmat! Hurgh! Aku capai telefon bimbit. Tertera senarai kontak dari kad sim. Aku lihat betul-betul. Terpapar nama dan nombor ini:

JAHANAM 013274****

Siapa ini? cari semula dalam carian kontaks telefon bimbit. Sah! Tiada yang bernama JAHANAM. Atau aku sudah gantikan nama itu dengan JAHANAM? Aku buntu. Aku tidak mengingat nombor itu. Bahkan aku juga tidak suka mengingat nombor!

Jadi, engkau semua ada yang bernama JAHANAM? Kalau Epool Jahanam, tak mungkin sebab aku tak pernah ambil nombor telefon dia. Aku lagi bertambah pening! Malas hendak fikir siapa. Aku padam terus nombor itu dari memori telefon. Jadi lepas ini kalau ada mana-mana bernama JAHANAM yang hendak hubungi aku, sila beritahu nama ya!

Sunday, September 13, 2009

MIMPI NGERI...





aku tahu ramai yang meminati koleksi mimpi indah aku. ramai juga yang berkata sinis dengan entri-entri mimpi aku. tak kurang juga ada yang tidak selesa dengan entri mimpi-mimpi aku yang aku kongsikan disini. nasiplah! tu mimpi aku bukan mimpi engkau!

namun yang hendak aku beritahu disini, adalah sebuah mimpi yang ngeri kalau kita tulis entri pasal seseorang dan seseorang itu membaca dan beri respon pada entri itu. senang cerita, anak cik zainal baca entri yang bawah ini. dan turut respon juga. urgghh adalah sesuatu yang gore bermimpi dengan sesuatu yang berkaitan dengan masa lalu anda.

moralnya, aku rasa cuak nak tulis entri pasal mimpi lagi. tak kisahlah apa jugak mimpi aku. selepas ini, bagi menjaga sensitiviti beberapa pihak, entri tentang mimpi perlu ditimbal semula untuk disiarkan. harap maklum.

selamat berbuka. bye



p/s: kenapa mimpi aku tak ada warna ya? hitam dan putih. mimpi engkau warna apa?

Thursday, September 10, 2009

CINCIN BELAH ROTAN

cuaca terik betul 12.40 tengah hari. letih belum hilang, peluh masih basah didahi. penat sungguh hari jumaat ini. dengan lewat bangun sahur, subuh pun terlajak ke kelas pula lambat serta tiada selera untuk fokus dalam kelas. semuanya aku rasa tak kena. ada saja yang buat aku cepat melenting. dugaan puasa mungkin.

sampai di bilik, tukarkan pelaras kipas kepada paling maksimum. buka baju dan terus baring atas tilam. aku capai telefon bimbit. ada isyarat berkelip-kelip tanda mesej teks! EMAK. emak penghantarnya. perlahan aku tekan butan-butang buka mesej teks itu.

" ahad ni mak hantar rombongan merisik anak cik zainal. mak dan abah dah sepakat. keluarga terdekat semua mak dah ajak. kita buat kenduri doa selamat sebelum berbuka puasa. cincin tanya mak dah siapkan. angah balik tau" ringkas mesej mak.

"merisik anak cik zainal? untuk siapa mak?" aku balas pendek. hairan.

"mak dah lama berkenan dengan anak dia tu, cantik, sekolah tinggi, agama pun bagus hormat orang tua, pandai masak. lagipun angah pun kenal lama dengan dia" mak balas.

darah aku berderau, biar betul mak nak tunangkan aku? aku masih ada dua semester lagi belajar. semuanya jadi gelap tiba-tiba. aku mula nampak masa depan yang aku rancang sedikit-sedikit pupus macam daun diratah ulat. aku masih banyak perancangan dan masih belum ada kesesuaian untuk terlalu serius sebegini. lagipun aku sudah ada calon sendiri. mak juga tahu, aku pernah tunjuk fotonya pada mak!

bagaimana ini? aku tak sanggup lukakan hati mak dan abah. kenapa kak long tidak sahaja melangsungkan dulu apa yang dirancang ini? aku tekup muka dengan bantal. perlahan memeleh air mata membasahi bantal. tak pernah aku menangis sebegini. menangis kerana masa depan telah diaturkan oleh orang tua. aku faham, aku anak lelaki yang paling tua dan jadi harapan keluarga. tapi biarlah aku dapat beri mak, abah dan adik-adik sedikit kesenangan dahulu sebelum semua ini. aku sangat terkilan. hancur. hancur semua.











































































"jang, jang jang bagun. dah azan jumaat dah"
aku dengar suara parau separa menjerit. aku buka mata, seorang teman sedang memengan kaki aku.

astaghfirullahalazim...

DEMM..mimpi lagi! sangatlah sesuatu yang menakutkan ketika tidur sebelum solat jumaat dalam keletihan. aku bangun dan segera membersihkan diri untuk solat jumaat.

pulang dari solat jumaat, aku capai telefon bimbit. ya memang mesej dari ibu, sahih! tapi butirnya:

"balik tak minggu ni? tak payah baliklah, minggu depan pun dah nak cuti raya, takpayah membazir duit, minyak dah naik balik."

huhhuhuhu...

Wednesday, September 9, 2009

hey syaitan yang terlepas diikat, jangan cuba bermain api!

aku pernah terbaca sebuah entri pasal 'syaitan-syaitan' yang tidak diikat sewaktu bulan mulia ini. kebelakangan ini, di blok kediaman yang aku ketuai ini (rujuk entri aku bengang), berlaku kes kehilangan harta benda yang serius. terdahulu, terdapat seorang junior aku yang komputer ribanya dicuri. sebelum ini telefon bimbit.

kes kehilangan barangan ataupun wang di isntitusi aku belajar sekarang adalah sangat terpencil. mungkin dengan tema islami disitu, membuatkan warga yang belajar disini memungkinkan memahami konsep keberkatan dan kepercayaan kepada tuhan yang esa.

namun, siri kehilangan barangan materi dan uwang semakin menjadi-jadi. sebagai seorang yang diamanahkan menjadi ketua penghuni asrama kediaman disini, aku semestinya panas telinga dengan kes sebegini. aku hairan mengapa ada orang yang pada firasat aku sendiri, (bakal-bakal guru juga yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini) sanggup berbuat begini?

dan sepakat berusaha, dengan bulat kata muafakat dari ahlijawatankuasa kolej kediaman, akan mengadakan majlis bacaan yassin. jika ada fadilatnya, mohon kepada ilahi agar dipermudahkan urusan dunia, memungkinkan pencuri ini dikenalpasti ataupun memulangkan semula barangan yang dicuri. bukan niat untuk memohon musibah ketas pencuri itu, tapi sebagai pengajaran atas kelakuan sumbang yang dilakukannya itu. berkat ramadhan mubarak dan lailatul qadar, insyaallah..


ya aku percaya dengan pemikiran kultur penentangan punk, tapi aku masih percaya pada tuhan dan agama yang aku anuti. tolong hormat aku sebagaimana aku hormat pada pegangan kamu!

Friday, September 4, 2009

Pak Cik Latip Tak Puasa Makan Fishball Siang-siang Hari.

aku sedar roomate aku bagun dari tidur untuk pergi bersahur di seksyen 15. aku dengar jam penggera dia berbunyi. alarm telefon aku pun berbunyi. dalam cahaya samar-samar tu aku nampak kelibat susuk tubuh dia bagun pergi bilik air. aku memang sedar dan nampak dia bersiap-siap lepas tu.

kemudian, aku pun pergi ke bazar ramadhan yang terletak berhampiran padang dekat pencawang telekom itu. aku tengok ramai yang menjual juadah. ada tepung pelita, ada pulut panggang, ada murtabak, ada tong tau foo, ada air tebu, soya dan katira. banyak lah! semua menggiurkan buat aku kecur air liur dan perut terus dirangsar lapar.

aku pergi ke gerai yong tau foo, dimana pakcik latip misai, juga seorang juara karaoke lagu 60-an meniaga yong tau foo.lama sangat tak makan yong tau foo ni. anak dara dia yang menang jangan lupa lirik 25 ribu tu sedang asyik buat popia basah siap tabur kacang hancur atas popia tu. rambut dah lurus sekarang, pakai baju pun up to date. dulu masa sekolah aku tengok comot je. aku pun tanya,aku tanya pakcik latip bukan anak dia tu.

"yong tau foo ni kira macam mana pakcik?"

"kira 1 2 3 4 lah hahaha" pakcik latip jawab.gelak terbahak sampai nampak gigi palsu!

"jangan la main main cik, saya tanya betul-betul ni," aku mula hot, dipermainkan.

"kau ingat pakcik tengah main ketengah jual ni?" dia melantun balik.

tangan pak cik latip karaoke terus capai fishball goreng tepung besar yang 3 secucuk tu. dia selamba makan fishball tu. cabut dari lidi seulas, terus masuk mulut, kunyah fishball besar-besar dalam mulut tu. siap ada sisa tepi misai dia yang macam a galak tu.

"nak ke tak nak? nak beli tak nak jalan daa!" dia herdik.

"pak cik tak puasa! mana boleh makan depan khalayak!" aku jerit kuat. semua mata tertumpu pada pakcik latip karaoke.

muka pakcik latip karaoke berubah. cepat-cepat dia buang fishball yang ada dua ulas lagi tu. aku lihat, anak mata dia merah tepat tenung mata aku. memang dia marah sebab aku dah malukan dia.

"aku buatkan engkau jang! jaga lah kau!" ugut pakcik latip karaoke nak guna-gunakan aku. aku diam. dalam hati aku tak goyang langsung dengan ancaman macamtu. aku ramai kawan yang belajar perubatan tradisonal islam la dekat tempat aku belajar sekarang. siap ada anak murid dato haron din lagi. tak heran lah!

tiba-tiba aku nampak roomate aku. dia letak telefon dia atas meja. hey, apa dia buat dekat sini? bukan tadi dia pergi sahur ke? aku bingung!







"DEMMMMM....!!!!!" aku jerit kuat.

roomate aku pelik!

aku tengok jam dah 5.32 am. aku bagun terus campak selimut terus berlari pergi bilik air. basuh muka lebih kurang, lari balik pergi bilik. minum air kosong bergelas-gelas. capai kurma safwah beli dekat pasar malam tiga ulas. masuk semua dalam mulut, kunyah-kunyah sikit buang biji terus. capai lagi air, teguk terus dari botol. lepas tu, aku tuang madu lebah satu sudu besar terus minum. ingat nak bilas dengan air kosong tiba-tiba dengar

"allahuakbar allahhhuakbar..."

cet. tak sempat. aku melangkah longlai ke bilik air. dalam hati aku menyumpah, kenapalah aku matikan alarm tadi kan dah lewat sahur. terlepas nak pekena tongkat ali, telur separuh masak dengan roti pisang dekat Farizz. DEMMM..

Wednesday, September 2, 2009

Ayam Gorenggggggggg....



Ini adalah hasil kerja ustaz talhah sempena bulan ramadhan untuk geng cikgu praktikum sekolah saujana impian 2, bulan lepas. wahh aku nampak somelllll..

Istiqamah



Agak lama tidak menulis apa-apa entri sepanjang ramadhan ini. bukan apa, cuma kembali sibuk dengan urusan dunia. sudah mulai kembali belajar di kelas, bukan lagi mengajar di dalam kelas. tiada lagi masa dihabiskan bersama anak murid yang comel, kini banyak bersama pensyarah yang?__________________ sila tulis sendiri.

dalam bulan ramadhan ni, aku sedar sesuatu pelik yang berlaku pada diri aku sendiri. kebelakangan ini aku rasa macam mudah sangat hati tersentuh. maksudnya aku senang benar merasa sesuatu yang sayu. paling mudah, bersama ibu ketika selepas bersahur berborak kosong di dapur. hati tiba-tiba sebak bila mendengar ibu berkata-kata padahal perkataanya bukanlah suatu yang menyedihkan. air mata bergenang dihujung kelopak mata. tak tahu kenapa.

aku berdoa agar tuhan berikan kekuatan untuk aku terus beristiqamah dalam ibadah sepanjang ramadhan ini. moga semua mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda dengan amalan yang dikerjakan. Selamat Meniti 20 Ramadhan yang tinggal.