hari tu, aku kena duduk depan. jaga lauk, kemas pinggan dan meja. mak dah pesan awal-awal kena rajin tolong kenduri achek. achek merujuk panggilan pakcik dalam loghat negeri sembilan sebelah kuala pilah. nanti bila kau kenduri, orang rajin-rajin tolong pulak, pesan mak. sebagai anak saudara yang faham dengan udara kominiti masyarakat kampung, aku buat kerja dengan dedikasi. yeah penuh dedikasi.
ramai saudara mara yang datang. ramai juga saudara mara yang jauh aku tak kenal mak tunjukkan. huihh dah besar dah kau ye. dulu kecik je. perkataan biasa yang kedengaran dari mulut mak sedara yang entah berapa lama tak jumpa. dah berjanggut dah kau kan, dulu lari bogel je keliling rumah atuk kau ni, juga kata jiran arwah nenda sebelah pagar rumah pusaka.
aku buat kerja dengan penuh semangat. pinggan atas meja aku letak dalam besen. lap meja kasi bersih. cawan dah guna aku kumpul letak dalam baldi. pingga dah berlambak aku angkat hantar dekat makcik-makcik basuh pinggan. tak menang tangan buat kerja. sekejap, ke dapur reload lauk bawak ke depan. peluh, menjurai dihujung kening.
satu sudut aku perhati mak dan abah berbual dengan sepasang suami isteri. umur sebaya lebih kurang mereka. rancak benar cerita ada ketawa-ketawa kecil. sekejap, mak menuding jari ke arah aku. kawan perempuan bersama suaminya mengangguk-angguk dan senyum semacam. aku buat buat sibuk, angkat kendi tambah air minum, pikul bekas nasi munyak. semua aku buat.
aku tanya mak di rumah setelah selesai kenduri. apa buah butir cerita sampai ketawa bila tunjuk arah aku. menurut mak, itu kawan lama mak, ada kena mengena bau bau bacang juga dengan keluarga kami. nak tahu apa yang buatkan mereka ketawa? ini lebih kurang dialognya:
mak: itu la anak bujang saya. yang nombor 2, sekarang belajar dekat maktab perguruan dekat bangi. tahun depan mengajar la tu.
kawan mak: ouh yang tinggi baju kemeja kotak-kotak tu? hensem! dah ada makwe belum tu agaknya?
mak: setakat yang saya tau dia ni pemalu dengan perempuan. tak ada pulak cerita dia ada makwe. dulu ada, lepastu tak jadi pulak.
kawan mak: saya pun ada anak perempuan baru nak habis belajar dekat universiti. wahh ada peluanglah kita berbesan kan!
mak: haha aa kalau ada jodoh apa salah kan?
(gelak ramai ramai)
lawak ke? aku dengar tak gelak pun. aku mintak diri masuk dalam bilik. pasang lagu grindcore kuat-kuat tanda protes. legan aku letak atas dahi. perlahan mata aku lelapkan. aku lena dengan ketawa makcik tu terbayang-bayang jelas bakal menghantui mimpi-mimpi aku. demm