Friday, May 27, 2011

BUKAN HAK MUTLAK

apa juga pemberian allah s.w.t kepada kita, itu nikmat namanya. ya apa sahaja. rezeki, kesihatan, kecantikan rupa paras, kesenangan harta benda, apa jugalah kelebihan yang diberikan pada kita itu namanya pinjaman. nikmat sementara dari yang empunya segala kenikmatan. kesedaran terhadap nikmat yang diberikan kepada kita itu suatu yang mustahak. tapi berapa kerat dari kita yang sering lupa ini, mengakui dan menyedari nikmat itu hakikat nyatanya cuma sekadar pinjaman.

katakan seorang lelaki; tiada apa langsung kelebihan akademik. kemahiran pun tiada apalah sangat. nah didepannya diberikan satu pekerjaan oleh seorang yang budiaman. dan, hasil kerjanya pun diiktiraf hingga menjadi satu fenomena dasyat dan diangkat menjadi suatu hasil karya yang hebat. gajinya lumayan, namanya pun mendadak gah besar. kemudian mendabik dadanya berkepak sayapnya berjalan. angkuh menutup hati nuraninya.

atau seorang perawan cantik. mulus kulitnya, cantik rupa parasnya. baik bahasa serta perangainya. mahu dijodohkan dengan seorang lelaki pilihan keluarga. besar kerjanya, besar keretanya, besar gajinya. nah, mula meriak takbur. pada sang perawan, jejaka bakal jodohnya adalah paling baik. meluahkan rasa cara dia dan bakal jodoh adalah cara terbaik dalam menjalin perhubungan meniti fasa baru dan menafikan cara orang lain. bermegah-megahan dengan apa yang sedang dimiliki.

cuma sekadar beberapa contoh mudah ok.

tidakkah kita sedar? semuanya itu bukan kepastian, sebaliknya cuma kemungkinan? tidakkah kita sedar semua itu bukan hak mutlak, sebaliknya cuma nikmat pinjaman sementara. bila-bila sahaja nikmat pinjaman itu ditarik balik. sejauh mana kita sedar yang masa lepas itu sejarah dan masa depan itu suatu yang misteri? tiada yang pasti bukan?

seharusnya kita bersyukur dengan kurniaan tuhan yang sementara. bukan berdabik dada.

bukan nak kata apa, kadang-kadang kita disekeliling ini pun mencebik benci, bukan?


daa....

p/s: ingatan untuk diri gua sendiri juga. ;)

Thursday, May 26, 2011

REMEDI

bila tiap kali aku rasa cukup tepu dengan keadaan, suasana yang menekan atau apa saja bentuk kebuntuan idea mahupun pekerjaan, aku sentiasa akan terngiang-ngiang bait-bait lirik sarat makna bermotivasi. biar sekarang aku cukup fade-up dengan keadaan sekitar kehidupan aku, namun tiada sedikitpun rasa tamatnya sebuah usaha. dengan segala macam dugaan bertali arus datang, hendak tak hendak aku mesti terus mendukung diri sendiri supaya tidak tersungkur. biar aku pernah jatuh luka parah dahulu, tapi sedikit menyerah pun aku tak pernah.

ini remedi terbaik, sarat lirik bait penuh makna.



D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi


Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Monday, May 23, 2011

BILA GUA LIHAT DIRI GUA DI CERMIN

gua ini lelaki payah diduga. terkadang gua sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendeskripsi diri gua. secara fizikalnya gua tidak berada dalam pakej-pakej jejaka yang menjadi idaman perempuan masa kini. tiada otot sasa, tidak berkulit mulus, warna kulit tidak seperti telur dikupas jauh sekali punya keterampilan jejaka idaman bakal-bakal mak mertua.

gua mudah mesra bila gua mula mengenali. mendalami bila gua sudah meminati. mahupun begitu kadang-kadang gua sendiri keliru dengan rasa hati gua sendiri. tewas dengan rasa hati itu biasa, sebabnya? seperti yang gua katakan awal tadi, gua sendiri adalah lelaki yang payah diduga.

gua lelaki yang 'passionate' dengan apa yang gua minati. minat dengan trend itu dua perkara yang berlainan. itu yang ramai keliru. contohnya mudah. trend ini datangnya bermusim. bila musimnya habis, luruhlah ia macam helaian daunan yang gugur dari ranting-ranting. jauh sekali jika dibanding dengan minat. kita akan puaskan minat kita dengan apa jua sekalipun caranya. matlamatnya cuma satu; kepuasan bila minat kita tercapai.

gua juga lelaki yang sedang menikmati sisa-sisa hidup gua yang tinggal. 'live my life to the fullest' kata orang kampung gua. gua menikmati panorama perjalanan dalam likuan hidup gua yang menjangkau usia tua 24 tahun. masih mencari arah hidup. masih mencari kasih sayang. masih mencari diri gua sendiri.

gua punya hidup gua sendiri, lu juga begitu kan? jalan kita berbeza, tapi tujuan kita sama. mencari diri kita sendiri.

Monday, May 16, 2011

HARI GURU BAHARU

hari guru hari ini merupakan suatu kenangan yang tak mungkin aku lupakan. pengalaman pertama menyambut hari guru sebagai guru sebenar. menyambutnya dengan menjadi guru yang mengetuai ikrar guru pada pagi yang nyaman. diikuti nyanyian guru malaysia penuh semangat. kemudian acara padang. disuruhnya kau main bola jaring. haru beb! makan kemudian sambung sukaneka pula. dan bahgian terima hadiah paling seronok!

menang kategori guru paling popular. terima kasih buat anak murid tersayang yang undi. mendapat undian 200++ dengar katanya. alhamdulillah syukur. dalam tegas-tegas garang dan serius masih ada murid yang mengundi. chegu sayang semua ketat-ketatlah!



hadiah memang banyak. satu kotak besar borong bawa balik. terima kasih kerana susah payah belikan chegu hadiah. bukan hadiah yang cikgu dambakan. cukuplah dengan anak murid yang dengar kata, baik, berdisiplin dan patuh pada ajaran agama. cukup.



alhamdulillah. aku sayang sekolah aku, aku sayang rakan-rakan sekerja aku. aku sayang anak-anak murid aku. semoga allah berikan rahmat atas semuanya. ameen

Thursday, May 12, 2011

KAD UNTUK CIKGU FAKHRULLAH

"cikgu, nah," kata seorang anak murid aku sambil tangannya yang kecil muluS itu menghulur sekeping kad buatan tangan dari kertas lukisan. atasnya ada corak renda lakaran bebas bermotif belon-belon berikat dengan tali. ada riben, ada kuning, biru, merah dan ungu. di tengah kad tersebut tertera "selamat hari guru".

"eh hari guru kan isnin," kataku sambil menyambut kad yang dari tadi dihulur tepat kepadaku. anak kecil itu cumanya tersenyum meleret-leret. "tak apa, awak dah bagi cikgu ambil jugalah. terima kasih banya tau." kataku sambil mengukir senyuman balas kepada anak murid yang seorang ini.

sang pemberi kad, anak murid yang aku didik di tahun 5 bestari. aku mengajar pendidikan jasmani dan pendidikan sivik untuk kelas itu. yang seorang ini amat pasif di dalam kelas. jarang bercakap. interaksi dengan guru juga amat minima. cumanya berkata dengan aku jika mahu memohon izin ke tandas. berselisih di jalanan juga jarang ada kontak mata ataupun ucap selamat. murid perempuan, malu mungkin.

aku buka lipatan kad yang kreatif itu. dalamnya tertera seperti ucapan. tulisannya kemas. aku amati tiap kata yang tertulis baris demi baris. tidak ada satu perkataan yang tidak aku fahami. semuanya jelas dan nyata. habis ayat terakhir ucapan ringkas. aku benar-benar tersentuh. benar-benar buatkan aku merenung kembali niat sewaktu melangkah keluar dari ruamh untuk ke sekolah; dengan perbuatan aku di sekolah. selarikah dengan niat. aku terkedu merenung hari-hari lepas.

"cikgu, saya sayang cikgu. saya mintaa maaf sebab tak dengar cakap cikgu. walaupun cikgu garang, marah saya, maki saya, saya tetap sayangkan cikgu. cikgu telah menyedarkan saya selama ini tentang kepentingan pendidikan jasmani. cikgu terima kasih kerana telah mendidik saya." - ringkas ucapannya.

ya, mungkin kebelakangan ini personaliti aku sedikit berubah. murid makin takut dengan aku. itu yang aku kesalkan. kalau dahulu bila murid nampak aku situasi akan begini " yahuuu cikgu fakhrul ganti kelas kita!" tapi situasi kini berubah - "wei duduk tempat masing-masing cepat, senyap! cikgu fakhrul datang!"

aku tak mahu jadi guru yang ditakuti oleh anak muridku, aku sayang mereka. aku mahu mereka senang untuk dekat dengan aku. boleh bergurau, boleh menghormati aku dan bukannya takut dengan identiti cikgu fakhrul -cikgu garang.

sedikit pun tak pernah terlintas dalam jiwa kecil aku ini untuk jadi seorang guru sebegitu. sebolehnya aku mahu menjadi guru yang disentiasa dekat dihati anak muridnya. semua guru pun aku pasti mendambakan sebegitu juga.

Saturday, May 7, 2011

MENTARI JINGGA UFUK TIMUR

alkisah malam minggu yang lepas aku diculik oleh adik beradik satu kelas masa belajar di maktab dulu. kakmi, kak mas dan che yam. ya, aku seorang saja teruna belum berpunya. mereka-mereka itu sedang berkira-kira untuk melangkah ke fasa baru. (tangan ke dada, mata pandang atas). asal cadangannya mahu keluar pergi makan-makan dan lepak-lepak menghabiskan sisa-sisa malam minggu untuk sedikit acara santai setelah penat bekarja. (ceh!)

kami berempat sahaja dari keseluruhan ahli kelas yang dihantar berkhidmat di johor ini. untungnya mereka bertiga ini satu daerah - pasir gudang dan cuma aku seorang dicampak ke kulaijaya.

dari cadangan asal hanya mahu lepak-lepak, cadangan berubah untuk pergi ke pantai menyaksikan matahari terbit di pantai desaru. dan dini hari itu, kereta baharu meluncur laju ke destinasi asing bagi kami berempat.

DESARU.

layan gambarlah. gua mana reti tulis ayat bunga bunga ni!


pasir pantai yang cantik bersih.




gua, kak mi, kak mas.



cantik matahari naik dekat sini.


okey, benda ini pelik sikit. dia macam pasir yang keluar dari dalam pasir. nak cakap macam mana pun tak tahu. tapi nampak macam pasir berak keluar pasir. ah lantak lah! gua mana tau! lu orang pergi tengok sendiri.


amacam gua? okey kan? buat muka macam ayu-ayu je.


batu karang tengah-tengan pantai. air laut jauh ke tengah lagi masa ni. kalau buat photoshooting perkahwinan, gua jamin memang terbaik dia punya panorama.



masa ni baru pukul 6.40pagi tapi dia punya terang macam dah pukul 7.



dan, kami germbira seronok dan tak cukup tidor sebab semata nak tengok ciptaan tuhan yang cantik macam ini.

haa tu dia matahari mula nak memachor!


sebenarnya susunan gambar ni dari bawah ke atas. gua malas nak susun. banyak lagi gambar, yang ni rambang gua kasi tampal sini.

gua nak sambung tidur. babai ;)

Friday, May 6, 2011

‎"SELAMAT HARI IBU MAK, ANGAH SAYANG MAK KETAT-KETAT TAU!"






mak,

angah tahu, dari detik lahir anak mak yang seorang ini, hinggalah 24 umur mengenali dunia, tak pernah sedikit pun mak mengeluh membesarkan anak mak yang seorang ini. dosa angah pada mak, macam buih di lautan. angah tahu angah banyak buat salah dengan mak. selalu buat hati mak terguris, selalu buat mak risau, selalu juga buat mak susah hati. mak angah banyak buat salah dengan mak. dari sekecil-kecil masalah, sampaikan masalah cinta pun mak masih mampu jadi penasihat yang baik untuk angah. mak tak pernah mengeluh, mak sentiasa menyokong angah saat orang lain menghukum tanpa belas. mak, terima kasih.

mak,

kasih dan sayang mak hanya allah yang mampu balasnya. angah sentiasa doakan kesejahteraan mak, kesihatan mak dan kebahagiaan mak dunia dan akhirat. mak akan sentiasa jadi perempuan yang selalu angah sanjung. tak ada lain yang mampu menandingi mak.

mak,

tiap hari pada angah adalah hari ibu, bukan cuma ada 1 hari khas untuk meghargai jasa ibu mithali seperti mak, sebaliknya tiap hari adalah hari untuk memperingati jasa dan pengorbanan perempuan mulia bergelar ibu.


mak,
terima kasih untuk semuanya.


angah sayang mak. sebab tu angah sayang mak ketat-ketat!

Wednesday, May 4, 2011

SURAT CINTA MONYET


satu benda yang tak boleh lari dengan zaman persekolahan adalah cinta monyet bukan? bila masing-masing mula nak membesar dan rasa suka pada jantina bertentangan mula tumbuh itu menunjukan pertumbuhan normal. cuma kesesuaian dengan tahap perkembangan dan perasaan suka itu perlu ada panduan yang betul.

kau dulu masa sekolah ada cinta monyet? kalau tak ada kau skema! kah kah kah. aku masa sekolah rendah ada 3 4 orang skandal cinta monyet. aku dulu ketua murid jadi saham tinggi sikit. pengawas lain pakai kasut pvc, aku ketua pengawas kasut kulit bhai. hehe

jadi tadi aku dapat gagalkan satu misi balas membalas surat cinta, cuma senyum lebar dan sikit marah pun tak ada. nasihatkan apa yang patut. biasalah budak-budak kan. cerita banyak tak guna, tembak tak kena, tengok saja apa yang diaorang ni tulis.




yang mula-mula tulis tu sang kanak-kanak perempuan.

yang perempuan ni pun satu tamak. kalau tak nak cakap terus terang kan senang. ini tak bagi keputusan samar.

sama la contohnya kalau;
kita serahkan pada jodoh, kalau jodoh kita kuat mesti kita bersatu jugak.

ni satu lagi aku hangin. kalau tak hendak cakap terus terang. aku tak hendak dengan kau. bukan susah. cerita pun habis, tak ada la yang pihak satu lagi taruh harapan. ni bagi jawapan kabur macam tu. kalau dalam peperiksaan pun haram kau tak dapat markah. BANGANG namanya! huh kan aku dah marah!

satu lagi, naqib aku masa dekat maktab dulu pesan, memang jodoh di tentukan allah, kita ni hambanya kena usaha, bukan serah bulat-bulat macam tu. faham tak? jodoh kena usaha!

Sunday, May 1, 2011

WALIMATULURUS KAK LONG 30 APRIL 2011

sekitar majlis resepsi kak long tersayang. tak sempat nak upload banyak-banyak. letih gua tak hilang lagi ni. nanti ada masa gua upload lagi.


famili ceria. kamil (adik lelaki yang duduk) tidak pakai uniform sebab katanya leceh nak buat kerja. :P


bergambar depan banner. gua penyambut tetamu ok!



dulu masa sekolah-sekolah, jauh-jauh aku buat pertunjukan silat. ada la belajar silat jugak dulu. kakak sendiri kahwin takkan la tak boleh keluar silat pulut sikit kan? selamat ingat lagi selangkah dua.



lepaskan gian bila semua orang dah beransur pulang. kena lagu e.y.e; izinkan selamanya namamu dihati. deep kan?




p/s: tengah tunggu makwe lama upload gambar dia tunang.