Tuesday, July 21, 2009

Stop Violence Against Women



Selalu kita dengar tentang keganasan terhadap perempuan. Aku sudah lama ingin menulis tentang ini. Terlintas pula untuk tanya pendapat kamu tentang perkara ini. Beberapa kali mendengar cerita teman tentang perihal mengasari perempuan ini. Aku sangat tidak bersetuju dengan tindakan mengasari perempuan dengan apa juga betuk kontaks tak kiralah fizikal atau mental.

Okey mari tanya apa kata survey. Aku mahu tahu pendapat kamu tentang;

1. Lelaki yang mengasari kekasihnya? Contoh aksi: tampar, pukul, tempelak, marah-marah?

2. Kenapa ada perempuan yang masih sayang / tidak tinggalkan lelaki yang mengasari perempuan terbabit (atas dasar cinta)?

3. Perempuan yang masih stick pada teman lelaki yang sebenarnya hanya mempergunakan perempuan itu semata-mata untuk keseronokan sahaja?

4. Kalau engkau berada di posisi perempuan yang dikasari oleh teman lelaki yang cemburu tak tentu pasal, sebab ada gambar bekas teman lelaki dalam computer riba, dan kamu dilempang, rambut ditarik kemudian computer riba itu dicampak. Reaksi kamu?

Aku cuma ingin tahu reaksi kamu tentang ini. Tak kiralah apa jantina kamu. Ini soal kemanusiaan.

Sunday, July 19, 2009

FOTO-SINTESIS

semalam, bosan-bosan buat rancangan pengajaran harian lantas pergi makan sate kajang dengan miss wai pei mo di HJ Samurai Sate Kajang Death Killer. sangat sedap dan sempat menggodek album fotonya. terlihat kelibat ini. sangat comel! baharu sedar yang aku tidak pernah mendapat sebegini dari dahulu lagi. tak teringat langsung nak simpan gambar ini. sebenarnya aku tiada idea nak tulis apa. haha































Thursday, July 16, 2009

MURID PELAT DENGAN CIKGU SENIOR YANG NAKAL!

disuatu pagi di kantin sekolah, geng cikgu lelaki tiada kelas waktu pagi itu sedang seronok mengeteh beramai-ramai. dihujung padang kelihatan murid-murid tahun dua baru selesai aktiviti pendidikan jasmani. melihat murid ramai-ramai menyerbu kantin, cikgu A bangun lalu memanggil seorang murid; gayanya seperti mahu memarahi murid ini kerana membeli makanan sebelum waktu rehat.


cikgu A: kamu mari sini. kamu kelas apa sekarang?
murid : pendidikan jasmani cikgu.
cikgu A: siapa yang ajar kamu Pendidikan Jasmani?
murid: cikgu xxx (nama dirahsiakan)
cikgu A: Bukan ke cikgu awak tu sekarang cuti bersalin?
murid: yelah. tapi ada cikgu perempuan baru ganti. baik cikgu! lawa!
cikgu A: perempuan baru? eh siapa? (teruja)
murid: Cikgu Shifa
cikgu A: HAHAHAHAHAHAHA (ketawa sangat berdekah-dekah) cikgu siapa sekali lagi
murid: Cikgu SHIFA lah
cikgu A: HAHAHAHAHA (gelak nak pecah perut)
murid: kenapa cikgu ni? (hairan)






cuba baca dialog murid tu dengan pertuturan pelat. jika kamu menghayati betapa pelatnya murid tahun dua itu berkata-kata, kamu tentu tahu mengapa cikgu senior yang nakal itu ketawa terbahak-bahak!

Tuesday, July 14, 2009

DUA PERKARA PERTAMA KALI

ada dua benda pertama kali aku buat di sekolah ini, yang selama ini tidak langsung aku terdetik hendak buat!

1. buat pertama kalinya semalam aku mengajar anak-anak kecil ini menyanyi lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang! sighhh sangat bersemangat mereka menyanyi.

2. aku slumber pakai selipar puan guru besar pergi tandas semalam. balik dari tandas ada cikgu senior cakap guru besar carik selipar dia. " berani kau ea kau pakai selipar dia! dia tengah hangin satu badan tu," kata cikgu senior ketika sama-sama lepak dalam bilik kapal selam.

haha pedulilah!

Saturday, July 11, 2009

AKU HARAP ENGKAU TERSUNGKUR

aku cuba menulis puisi tentang benci. beginilah jasadnya. tak tahulah ada roh atau jiwa dalam situ. bacalah. tinggalkan komen dihujungnya ya!



i

aku harap engkau jatuh tersungkur,
seperti suatu masa dahulu,
biar bibir nistamu luka,
biar tersembur darah aibmu; meleleh kembali,
biar semua tahu hanyir busuknya nanah noda,
juga agar kau sedar,
yang terpalit dihujung nikmat duniamu,
itu dosa.

ii

aku harap engkau tersungkur lagi,
biar kini lebih sakit dari dahulu, lebih pedih,
biar engkau rasakan sakitnya terseret atas janji kerikil,
kotor yang tajam,


iii

aku harap engkau tersungkur terus,
biar tiada kudrat bangun lagi,
biar kakimu terus lumpuh dari dunia itu,
biar engkau cacat terus dari hidupmu,
hidup penuh kepuraan dan pembohongan.
teruslah berbohong pada dirimu, ibu bapamu juga tuhanmu,
yang jauh engkau telah cicirkan.

iv

aku harap engkau tersungkur atau;
terjelopok terus!
dan dagu maruah yang jatuh mula-mula;
keatas lopak lompong tanah duniamu,
moral biar jadi calar balar; langsung luka terus,
kerana ia memang paling pantas untukmu!

Thursday, July 9, 2009

Sibok lah kau!



Rasanya hampir dua minggu tidak tulis apa-apa enrti. maaflah kerana sekarang aku agak sibuk disekolah. Aku dah tak suka menulis enrti. dah tidak bernafsu lagi! Tabiat aku sekarang menulis RPH. Kamu tahu apa RPH tu? Rancangan pengajaran harian! Pernah tengok guru kamu sewaktu sekolah dulu mengendong buku tebal saiz buku eksperimen sains itu? Ya yang itu lah. Aku selalu menulis tentang perihal persediaan mengajar di dalamnya.

Menulis tentang apa yang mahu diajar kepada anak-anak kecil itu, langkah demi langkah, pembahagian masa serta organisasi kelas sewaktu pengajaran. Bukan mudah. Bukan sekadar menulis tapi perlu memikirkan adakah apa yang ingin diajar itu akan dapat dikuasai anak-anak comel yang segelintirnya nakal itu.

Mungkin tiada masa untuk mendengar waking the cavader atau the emerson project sekarang ini. Hanya banyak mendengar si pengadu-pengadu yang diganggu oleh rakan sebelah. Atau pensel dicuri oleh maling kelas. Atau cikgu boleh saya pergi tandas? Tiada bunyi bising d-beat lagi. Hanya bising kanak-kanak riuh sewaktu tiada guru di dalam kelas.

Hey, boleh berikan semula hari sabtu aku yang tidak sibuk? Tiada gangguan siapa-siapa. Aman tenteram dan lena di atas tilam empuk. Hakikatnya, sabtu aku akan ke sekolah juga. Telah dua sabtu diragut kejam.

Friday, July 3, 2009

Saya Tidak Tinggal Di Bangi Lagi, Tapi Di Cemara!

hari-hari aku tidak lagi seperti dahulu. tidak lagi menghirup udara segar hutan bukit sungai merab separa botak yang diratah pembangunan. tidak lagi mendengar deruan sibuknya lebuh raya utara selatan yang tidak pernah lengang. tidak lagi mendengar bahasa kias angkat bakut sendiri ayahanda kampus tempat belajar. tidak perlu takut motorsikal tercinta dirantai oleh abang jaga.

nyatanya aku kini bernada jauh dari bangi. jauh dari orang-orang tersayang. jauh dari mereka-mereka yang aku kenali. kini berada dekat dengan lebuhraya kajang silk. dekat dengan semnenyih. hari-hari aku membelah dingin semilir pagi menuju ke saujana impian. berkali juga sesat di cheras. terlepas simpang lebuhraya juga meredah arus songsang lalulintas yang sibuk.

hari-hari bakal berubah. dua bulan akan bersama kanak-kanak mendidik mereka mengenai kesedaran sivik disamping mendidik anak-anak ini tentang pentingnya aktiviti fizikal dan kesihatan. 2 bulan bakal sibuk dengan telatah hampir 240 anak kecil bakat berinteraksi langsung dengan aku.bakal dicerap oleh mereka-mereka yang arif tentang dunia belajar ini. harapnya agar semua yang aku bakal lakukan bukanlah plastik sahaja, bukan hanya untuk dinilai untuk abjad hujung peperiksaan.


maafkan aku jika aku terlalu sibuk sekarang. aku harap kamu percaya aku betul-betul sibuk. keletihan bakal aku gendong diatas bahu semasa membelah lebuhraya yang penuh dengan pemandu kereta yang ego. yang memandang sinis aku ketika digigit lahar mentari sewaktu berhenti di persimpangan jalan.tak mengapa. aku sudah pilih jalan ini. aku akan redah. doakan aku berjaya.