Monday, December 1, 2008

Apam bungkus yang killer!

Apam bungkus. Pernah rasa? Bukan kuih apam biasa yang boleh jumpa di mana-mana barkery sekarang. Ini apam tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat Negeri Sembilan. Mungkin ia sudah lama ditelan oleh modenisasi sekarang, namun masih ada yang masih meminatinya.

Apam bungkus yang paling popular dalam Negeri Sembilan ini, setahu aku adalah di Johol, sebuah mukim di Kuala Pilah. Dan baru-baru ini aku berpeluang untuk merasai sejauh mana kesedapan apam bungkus ini.

*teh susu dengan apam killer!

Aku sangat bertuah kerana mempunyai seorang ibu yang pandai memasak masakan tradisional. Tak kira lauk pauk atau kuih muih. Baru-baru ini ibu kesayangan aku telah membuat apam bungkus ini. Sangat sedap! Bayangkan minum petang di bawah pokok rambutan, bersama keluarga. Teh susu panas dengan apam bungkus yang masih baru diangkat dari pengukus. Selak daun pisang yang membalutinya, nah; isi apam yang berwarna perang kecoklatan sambil haba keluar dari dalamnya. Aroma wangi daun pisang yang membaluti apam merewang ke hidung kamu.. Ahh wangi!

Sekali pandang, apam bungkus ini fizikalnya kelihatan seperti kuih koci atau lepat kerana susuk apam ini dibaluti daun pisang. Tapi saiznya besar sedikit. Kalau di Johol, ia dibalut dengan daun rambai. Tapi apam bungkus buatan ibu dibalut dengan daun pisang. Ibu sedikit membuat inovasi dengan meletakkan inti kelapa didalam apam. Lagi sedap! Bila kita cubit apam gebu yang berinti kelapa itu dan suap didalam mulut, ummhh, kunyah ya kunyah lagi apam yang lembut lagi gebu itu, sedikit panas tapi teruskan kunyah dan telan. Hirup sedikit teh susu panas. Fuh memang sedap.


*apam merekah! perghhh

*set minum petang yang lengkap!

Pernah kamu lihat atau makan apam bungkus ini? Aku sangat merekomendasi kamu untuk mencubanya! Cuba dahulu baru beri komen. Kuih tradisional yang ‘rare’ begini memang payah dijumpai dijual di kedai-kedai sekarang. Kamu ada kuih tradisional yang ‘rare’ untuk dikongsi? Atau kamu memang tidak makan kuih tradisional sebegini? Oh saya terlupa, kamu hanya mengkonsumi makanan syarikat multinasional kapitalis itu kan. Betul? Patutlah kamu tidak faham apa yang saya coretkan ini. Sigh….

Saturday, November 29, 2008

Saya di tag?

Saya di tag? Ini tag pertama yang saya terima semenjak berjinak-jinak denga dunia blog ini. soalannya bahasa inggeris, tapi saya rasa selasesa menjawabnya dalam bahasa Melayu yang mudah. Kondisi tatabahasa bahasa inggeris yang agak terabur membuatkan saya lebis selesa menjawab dalam bahasa melayu sahaja. Tag ini dijawab setelah saya selesai menyeselasaikan kewajipan saya pada pukul 8.45 malam. Nah; ini jawapan saya.

1. The last person to tag you was ?

Mia maisara


2. Your relationship with him/her ?
Best friend. Tak pernah jumpa pun. Kenal melalui myspace dan jadi kawan baik! Tapi dia tulis saya scandal dia dalam blognya! Hehe dan ada orang cemburu dengan status itu! Percayalah tak pernah ada pun ungkapan cinta yang serius antara kami..kan mia kan?

3. Your 5 impressions towards him/her ?
1. Dari gambar dia dalam myspace tu, dia comel dan chubby..hehehe
2. Pandai menasihat
3. Pendengar yang baik
4. Suka buat orang ketawa
5. Tak banyak cakap tapi snagat mesra bila dah kenal dengan dia

4. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
Memberi nasihat untuk terus hidup dan bangun dari kekecewaan / frustasi yang agak teruk

5. The most memorable words that he/she has said to you ?
“tak ada apa lah.” Bila kita suruh dia explain semula apa yang dia cakap

6. If he/she becomes your lover, you will...
Hehehe..dia nak ke? Let say if la, akan cuba buat dia gembira lebih dari ex-bf dia dulu

7. If he/she becomes your enemy, you will...
Macam mana dia boleh jadi musuh, sedangkan dia selalu menyokong di belakang saya sewaktu saya mahu rebah?

8. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on....
Hmm… yeah, kena banyak cakap! Hehehe

9. If he/she becomes your enemy, the reason is...
Dia kawan dengan bekas kekasih saya!

10. The most desirable things to do for him/her are..
I want to meet her someday. I hope it will come true!

11. Overall impression towards him/her is..
Seorang yang amat memahami orang lain.

12. How do you think the people around you will feel about you ?
Entah. Saya tidak peduli dengan apa yang mereka rasa terhadap saya. Saya lakukan apa yang saya rasa betul, hormat orang disekeliling saya dan tidak mengganggu hak mereka.

13. Who is your ideal ?
myself

14. What do you hate about yourself ?
Boros. Ya saya sangat boros dalam menguruskan kewangan sendiri!


15. For the people who care for you and like you, say something about them
terima kasih kerana masih menyayangi/suka diri saya. Ada ke? Saya rasa miss jawa musham denyut paling ‘care’ pada saya. Selepas tu baru mia. Hehehe. Saya juga menyayangi orang yang masih mempercayai kasih sayang dalam kehidupan yang semakin hari terhakis moral kemanusiaannya.


16. 5 people to tag answer;
siapa-siapa boleh buat.. Yang penting jangan terasa dipaksa dalam membuat sesuatu! Cadangan personel untuk jawab tag ini:

1. Rafi
2. Maryam
3. Hawa
4. Suzanna nor azmi
5. Timmy cacat


Friday, November 28, 2008

Selamat pagi cikgu!!

Sudah seminggu aku menghabiskan cuti dengan menjadi guru tuisyen kepada dua orang murid bawah umur! Hehehe akhirnya aku dapat lakukan sesuatu yang berfaedah mengisi pagi-pagi cuti semester aku. Menjadi guru prasekolah kepada dua kanak-kanak yang agak comel dan becok dan agak nakal juga.

*abg long, che'gu, yayah

Mendapat tawaran untuk mengajar tuisyen dari keluarga angkat pada mulanya. Kesibukan kerja ibu dan abah angkat membataskan mereka untuk mengajar dua orang kanak-kanak ini yang sedang bercuti. Sewaktu ibu dan abah angkat pergi bekerja, mereka akan tinggalkan dua orang kanak-kanak ini dirumah aku. Anak murid aku itu ialah; Abang Long a.k.a Muhammad Amirul Farhan 6 tahun, dan adiknya Yayah a.k.a Siti Nur Maisarah, 5 tahun.

Ibu sudah membelikan buku lembaran kerja dan sedikit sebanyak aku ada panduan untuk mengajar mereka. Tugas lebih mudah kerana kedua-dua mereka sudah mampu untuk membaca dan mengira. Cuma perlu ditekankan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Agak sedikit sukar kerana mereka belum mampu untuk memahami bahasa inggeris tapi meraka faham konsepnya!




Yang membuatkan aku tidak jemu mengajar mereka ialah kerenah mereka sewaktu sedang belajar. Yayah walaupun masih 5 tahun namun mampu membaca dengan baik dan agak rajin. Buku latihannya sudah habis disiapkannya sendiri tanpa perlu disuruh. Abang Long sedikit lambat namun tetap mahu belajar dan dia agak mudah merawang sewaktu belajar.

Aku tidak terlalu formal dalam mengajar mereka. Aku membiarkan mereka untuk mengekpresi sendiri dengan cara mereka, tapi guide dari seorang cikgu tuisyen sangat diperlukan disitu.


Di institut, ini bukan bidang aku; prasekolah! Dan aku agak janggal pada mulanya untuk mencari pendekatan mengajar mereka yang tahap prasekolah ini. Tidak boleh terus dengan isi pelajaran dan belajar sepanjang masa, pada aku perlua ada rehat dan bermaian untuk mereka.

Tapi faham sajalah bila diberi ruang untuk bermain, alamatnya memang payah mengembalikan tumpuan mereka semula di landasan belajar. Haih macam-macam hal dia orang ni, kadang kadang pening dibuatnya, pening kepala nak mengendalikan dua orang kanak-kanak ini.

“abang fakrul, bila nak main game bola lagi? Abang Long nak pakai menchester pula,” abang long.
“ abang fakrul, yayah tau nak nyanyi lagu ayat-ayat cinta tau,” Yaya.


Aku sungguh seronok dapat mengajar mereka sekarang. Dapat juga buat sesuatu yang berfaedah dari tak tahu nak buat apa pagi-pagi ni. Kejap lagi diorang datang tak tau nak ajar apa ni. Ada idea?

saya benci rockstar!

Genap seminggu sudah bermain show Riang Gembira With Friends di Ampang. Rasanya aku agak kecewa dengan show hari itu. Kecewa dengan ‘permainan’ aku sendiri. Kurang tight dan agak terabur! Ya, stamina pun agak kurang!

Kekangan masa yang sesuai membataskan aku dan teman-teman band untuk bersama praktis. Komitmen. Ya komitmen satu factor penting yang diperlukan dalam sebuah kugiran, dan itu yang kurang dalam band aku. Ada komitmen tapi kurang diberi oleh setiap personil di dalam organisasi band itu.


Aku memang into denga musick laju dan keras ini, terjebak sejak tingkatan 3. Berjinak-jinak dengan kugiran Second Combat pada mulanya dan semestinya old school hardcore playlist. Cookie Monster, Nostalgia, Minor Threat dan Youth Of Today contoh rujukan pengenalan dalam dunia perlawanan ini. Dari musick pada awalnya hingga pada ethics dan ideology dan idealism membuat aku betul-betul into dengan scene hardcorepunx ini. Dan thrashcore/fastcore memang betul-betul musick yang aku sebati!


Mynightville (band aku) sendiri sebenarnya aku mahukan bermain thrash/fastcore seperti idola-idola aku: DS-13, Betercore, Charles Bronson, Domestik Doktrin, Tanpa Batas, Spazz. Beat counting, attack laju, ada part circle pit, finger pointing dan sing a long! Lirik yang political dan sinikal semestinya! Kritik dan reaksi pada persekitaran dan kehidupan juga. Yea tu yang aku mahukan rupa dan roh Mynightville sebenarnya. Tapi masalahya aku tak pandai bermain instrument! Aku cuma perlu menyanyi (menjerit) sahaja! Hahahaha.

Menubuhkan sebuah band dalam scene yang agak meriah sekarang bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Ramai yang minat hanya pada musick dan tidak ambil tahu soal ethics dan ideology penentangan yang telah sebati dengan scene ini sejak dari dulu lagi. Hardcore sekarang cuma menjadi fesyen dan trend untuk kelihatan rebel dan hebat! Menjadi hardcore untuk kelihatan hebat dari orang lain, mendengar musick grind/crust untuk dilihat hebat! Tapi hakikatnya ramai mengambil hardcore pada musick sahaja. Mentally? Totally out of hardcore!

Sedang mendengar:
1. DS13-kill by the kids
2. Betercore-Youthcrust Discography
3. Tragedy- Nerve Damaged
4. Hellexist/Hellbombs-spilt
5. Daighlia-miscellaneous
6. Jalan Sehala-demo

Tuesday, November 18, 2008

Nonet cinta hati aku..

sekarang ni aku malas nak tulis, aku post biodata kekasih hati aku sewaktu tengan cuti ni:



nama: NOnet B. Buang

umur: 3 tahun 9 bulan

jantina: jantan

hobi: tidur

makanan kegemaran: ikan kembung

lain-lain: akan diberitahu kemudian.


nonet merupakan kucing kesayangan keluarga kami. dia ni dah macam ahli keluarga kitorang. cuti ni aku banyak menghabiskan masa dengan dia ni jela, bagi makan bawak mandi semua.


malas nak tulis, tengok aksi baru bangun tido dia ni sudah:




















so sapa-sapa berani nak beli kuching kuat makan ni, sila buzz aku ok?
sayangi kucing anda macam abu hurairah!

Aku dah suka Chutie..

Rasanya sudah hampir empat hari aku tidak update blog aku ini. Empat hari jugalah aku sudah mula bercuti semester yang bakinya ada sebulan lebih lagi. Rasa sedikit lega dari tekanan assignment, peperiksaan, En Md Zin HEP Institut, Pak Guard Hindustan Institut, bisingnya lebuhraya utara selatan sebelah institut, traffic jam depan Institut. Kurang sedikit rasa tertekan bila balik kampung ini. Untungnya belajar di institusi pendidikan guru ini, cutinya sama dengan cuti budak sekolah!

Tapi, tak semuanya indah bila bercuti ini. Baru empat hari cuti aku dah mula rasa gerimis bosan semasa cuti macam dah mula nak menitik dalam hidup aku. Mungkin ada orang akan membalas dendam dengan bangun lewat sebagai ganti waktu-waktu tidur yang digunakan untuk kekal bertenaga sepanjang malam menelaah buku dan nota untuk peperiksaan mereka. Mungkin juga ada orang yang akan menghabiskan masa cuti mereka untuk bekerja mencari duit poket. Ataupun ada yang menghabiskan duit poket untuk berehlah atau pergi travel semahunya untuk manafaatka masa cuti.

Bagi aku, selama baru empat hari bercuti semester, semuanya macam biasa sahaja. Nak bangun lambat aku memang payah untuk bangun lambat. Kalau tidur selepas subuh sekalipun limitasi bangun pagi aku hanya sekitar pukul sembilan ke sepuluh pagi sahaja. Kalau overdose tidur, alamatnya dada aku akan sakit, semacam susah nak bernafas! Itu yang kadang-kadang aku sedikit cemburu dengan mereka-mereka yang mampu untuk tidur sehingga tengahari!

Selama empat hari ini jugalah aku melayan adik lelaki aku yang baru berkhatan itu dengan permainan video bola sepak PES 2009. Tiada cabaran langsung bermain dengan dia!

Aku mula terasa rindu dengan kelas, leteran pensyarah, kawan-kawan dan beberapa perkara tentang institusi tempat aku belajar. Tak tahu mengapa. Ikutkan, aku bukanlah rajin untuk ke kelas, bukan juga pelajar cemerlang membuat tugasan. Padahal sewaktu cuti hampir tiba aku jugalah yang paling gembira untuk bercuti. Hairan sungguh!

Semoga tuhan menganugerahkan aku idea yang boleh aku manfaatkan mengisi masa cuti aku ini.

Jika kamu seorang yang berada dalam kelompok pelajar seperti aku, kamu ada rasa sebegini?

Tuesday, November 11, 2008

Exam Mode? Rilek Sudah!

Lega. Lega macam berjalan waktu tengah hari terik, tiba-tiba orang bagi air batu campur yang kacang dia banyak, jagung lebih, cendol ada sikit dengan aiskrim satu skup atas dia. Itu yang aku rasa bila peperiksaan sementara atas dunia untuk semester empat ni selesai sebentar tadi. Syukur apa yang aku baca semalam boleh aku muntah atas kertas soalan. Aku tak harap sangat dapat keputusan yang buat aku boleh berlagak dengan kawan-kawan lain yang pointer tinggi. Aku tahu tahap aku dimana. Banyak mana kita usaha banyak tu yang tuhan beri. Dan banyak pula benda-benda yang datang dalam hidup aku semester ini, yang sesekali buatkan aku hilang punca. Kamu pembaca blog aku, mesti kamu tahu sebabnya kan?

Kadang-kadang aku terfikir juga, kerana nak jadi yang terbaik kita akan pentingkan diri kita sahaja. Dalam konteks peperiksaan contohnya dalam komuniti aku sendiri, orang yang ada spot soalan akan diam diri, siapa nak datang ambil. Kalau malas punggung janagan harap orang akan datang bagi. Kena usaha! Tapi kalau disebabkan benda macam ni pun boleh jadi punca gaduh, bagi aku ini semua tahi lembu! Tahu tahi lembu? Imperialis kata ‘bullshit’! Teringat pesan abah aku, dia kata ilmu ni hak tuhan, siapa kita nak sorok ilmu yang Dia bagi sedikit tu?. Haih entahlah..

Aku keluar awal 5 minit kertas Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan Seni Visual tadi. Aku rasa yakin jawapan yang aku tulis tadi menepati rubrik jawapan. Lepas peperiksaan tadi macam-macam yang bermain dalam benak fikiran aku. Apa yang hendak dibuat sekejap lagi, petang karang, malam dan esok pulak semua aku fikir. Dan pastinya aku dah boleh kemas buku dan segala kelengapan untuk disimpan, cuti minggu depan bermula.

Yang peliknya hormon testoblogrone (blogging hehehe) begitu mendadak masa jawab exam tadi. Tapi sekarang semacam menurun bila mengahadap laptop ini. Mungkin perangsang belum masuk untuk naikan nafsu blogging ini. Tak apalah, post dulu entri yang ini. Post sebagai penghargaan untuk diri aku, atas segala penat lelah malas semua dalam semester keempat program ijazah sarjana muda perguruan ini.

Tak lupa, malam ni budak-budak ajak main futsal. Aku bukan pandai main futsal. Kalau ajak main takraw memang aku gila nak main. Ah layan…

Emm, apa nak buat esok ya?