Friday, October 31, 2008

Dari Bangi ke Seksyen 13 Shah Alam

Malam ni aku sangat emosi. Sangat-sangat emosi. Sedap-sedap layan Kekasihku Seru tadi aku gatal pasang radio. Asyik dengar lagu lagu Thrash Ohoii, Iron Lung, Celtic Frost, Betercore dan macam-macam lagi dalam mp3 tu aku jadi keras! Nak tukar angin malam ni, aku pasang la radio. Tak tahu kenapa aku jadi hook dengan lagu To’ki ni. Orang lain sibuk dengan study untuk exam minggu depan aku boleh pulak layan emosi dengar lagu karat jiwang ni. Lantak lah orang nak cakap apa. Hardcore kental mana tetap ada perasaan macam ni. Manusia normal memang lengkap dengan perasaan macam aku rasa sekarang.


Lagu ni betul-betul kena dengan kisah hidup aku dua tiga tahun kebelakangan ini. Dengar bait-bait lirik lagu ni memang boleh buat hati aku meruntun sedih. Bila aku kenang-kenang balik aku rasa menyesal pernah kenal dengan Dia ni. Aku kalau boleh memang tak mahu lagi ingat pasal dia. Bukan aku nak salahkan dia, tapi aku memang rasa aku dah sia-siakan masa, tenaga, duit aku kat benda yang memang belum pasti jadi milik aku.


Aku tak pernah serius dengan cinta sebelum aku jumpa dia. Dengan dia aku betul-betul serius memang aku rancang hidup masa mendatang dengan dia. Tambah pulak keluarga aku dan dia memang merestui hubungan ini. semahunya aku setia tak main kayu tiga, empat atau lima kat belakang. Aku mula mencanang hidup rumah tangga dengan dia. Sampaikan abah dia tak putus dengan cerita kahwin kalau aku berkunjung ke rumah dia. Kadang-kadang aku yang malu bila abah dia cerita hal-hal macam tu dengan aku.


Tapi biasalah cerita cinta drama melayu, harap panas sampai ke petang tapi hujan pulak kat tengah hari. Bila duduk berjauhan macam-macamlah dugaan datang. Biasalah, orang cantik ramailah yang mula masuk jarum. Aku sedar aku kalah bab rupa, wang semua tu. Aku memang tak ada semua tu. Kat tempat dia belajar ramailah yang menggoda. Mula-mula kawan, lepas tu luah masalah, mintak pendapat. Esok luah perasaan pulak. Bial dah hari-hari kena goda mesti cair kan? Batu pun kalau dititik air atasnya, lekuk jugak inikan orang.


Dia tinggalkan aku sebab mungkin pada dia aku tak layak untuk diri dia. Ada lelaki yang lebih baik serba serbi dari aku ni. Memang pada mula dulu aku tak dapat terima hakikat benda macam ni jadi kat diri aku sendiri. Mengambil jalan singkat untuk menghapus kodisi diri yang dalam frustasi, aku hampir salah langkah merosakkan diri aku sendiri. Mujur aku sedar.
Memang sakit lah putus cinta ni. Sakit lagi dari jatuh lutut terseret atas jalan tar batu yang tajam! Tambah-tambah untuk sebuah hubungan yang dah hampir 3 tahun. Untuk mengawal diri dalam keadaan frust yang teruk, bukan perkara yang mudah. Benda-benda negative memang senang nak masuk waktu macam ni. Orang sekeliling paling kurang suruh bersabar je, ada hikmah. Kalau jadi dekat batang hidung dia baru tau! Yang aku dapat belajar, mencintai tak semestinya memiliki. Argh.. Siaplah yang tulis lirik lagu to’ki ni..

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda

Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...

Tuesday, October 28, 2008

Nikmat Sesal!


Kelmarin dulu aku baca dalam akhbar, ibu muda mengaku buang bayi, macam tu lah lebih kurang bunyi tajuk berita tu. Terpampang besar gambarnya dengan tangan bergari, menekup muka dengan hoodie hijau menyorokkan malu disebalik pancaran flash kamera wartawan yang cuba menangkap gambarnya. Aku hairan mengapa si perempuan itu sahaja ditangkap. Mana pergi jantan yang membuntingkannya? Jantan itu juga patut dihukum berat!

Mungkin satu negara tahu dan gempar dengan berita macam ini. Tapi bagi aku, benda-benda macam ini bukan lagi suatu yang asing dalam masyarakat negara kita. Seks bebas dan pengguguran bayi secara haram. Akhbar tempatan kita tak pernah sejuk dengan topic ini. Secara tak langsung benda ini bukan perkara taboo dalam masyarakat.

Pada aku, kalau dari moral agamanya, cukuplah dengan dosa berzina yang subhanallah besarnya, ditambah dengan membunuh bayi yang tak berdosa, itu sangatlah bodoh. Aku jadi marah bila react dengan cerita macam ini. Tau nak sedap seronok nikmat menggelepar saja! Tapi dari segi ‘pendidikan’ semuanya kosong! Bodoh! Kadang-kadang orang yang ‘well-educated’ pun tersilap langkah jadi bodoh macam orang yang belajar sekolah tak habis.

Aku sendiri menolak amalan seks sebegini. Untuk nikmat seketika aspek pencegahan selalu tak diambil pusing. Padahnya? Ada yang menyesal tak sudah! Bila setitis air nikmat dah menjadi segumpal darah, ditiup roh ke atasnya dan sedia untuk menjadi penghuni baru dunia ini, ada yang tak mahu ia untuk melihat alam luar dari rahim tempat ia dijadikan. Kejam. Dah jadi janin, tergamak untuk menggugurkannya! Bodoh. Macam-macam cara dibuat untuk menggagalkan kehadiran insan yang tercipta dari kebodohan sendiri. Lagi teruk ada yang dah mengandungkan bayi untuk sembilan bulan, dilahirkan dengan sakit lelah tergamak pula dibunuh. Ditinggalkan ditepi rumah ibadat. Ada yang lagi busuk, bayi yang dibuang mati dan dimakan binatang. Aku memang cukup benci orang yang macam ni. Lagi teruk dari binatang!

Dari pujukan manja, kata-kata manis, janji sumpah setia si jembalang hidung belang, tewas kedua-duanya. Tewas dalam pelyaran lautan dosa. Nikmat hubungan yang penuh dosa sangat seronok! Tapi bila si gadis mula lewat datang haid, pelbagai perkara bermaian difikiran. Mana pergi janji manis si jembalang tanah? Sanggup setia seribu tahun lagi, mana? Melakukannya atas dasar cinta kata mereka. Bodoh! Bila pelbagai perkara datang menghimpit akibat kesilapan sendiri, akal diletakkan di hujung kemaluan mereka! Jadilah seperti yang kita lihat di dada akhbar. Penyesalan begunung-gunung. Air mata berbondong-bondong mengalir. Mula lah mencari tikar sejadah, memohon pertolongan tuhan. Memohon ampun atas dosa besar yang dilakukan. Baru sekarang mengenal tuhan yang lama ditinggalkan. Barulah mengenalbutir-butir tasbih menguntai kalimat-kalimat memuji tuhan di hujung bibir yang selama ini sudah lama ditinggalkan. Barulah menyelak kitab-kitab suci membaca surah yang entah zaman bila ditinggalkan.

Entahlah. Aku sangat emosi bila terbaca berita sebegini. Mana pergi rasa kemanusiaan kita? Membunuh bukan norma kita sebagai manusia! Siapa kita untuk mencabut nyawa orang yang tak berdosa? Apa hak kita untuk menafikan hak janin itu untuk hidup. Janin itu ada hak untuk hidupnya! Hey, cuba kamu fikir jika ini terjadi kepada ahli keluargamu, kawan karibmu atau bekas kekasihmu. jangan hanya tahu menilai dan mencerca . Itu tidak akan membantu mereka! Buatlah sesuatu yang mampu membantu bukan membuntu!

Dompet Aku Dah Mula Nipis!

Masuk petang tadi entah keberapa kali aku ke mesin ATM untuk check elaun dah masuk ke belum. Dekat tempat aku belajar sekarang ni, isu paling panas sekarang ialah kelewatankemasukan elaun pelajar. Macam-macam cerita timbul. Tak kurang khabar angin yang entah tentu betul atau tidak. Paling kesian bagi aku jawatan kuasa perwakilan pelajar. Telefon mereka-mereka ini sudah tentu tak putus berdering. Waktu-waktu macam ni ramailah yang bertanya tentang elaun. Panas telinga beb!

Pada aku mereka ini hanya dapat mengetengahkan suara pelajar dekat tempat aku belajar ni. Tapi dari apa yang aku Nampak, mereka tidak dapat kerjasama yang sewajarnya dari pihak pentadbiran. Kesian, suara pelajar tak sekuat mana. Mungkin kalau di university suasana dia lain sedikit. Lebih happening, maksudnya suara pelajar lebih lantang lebih kedengaran berbanding institusi tempat aku belajar sekarang ini. Disini pelajar lebih diasuh untuk MEMATUHI peraturan dan arahan dari pihak atasan. Suasana tak banyak ubah dari sekolah. Mungkin kerana produk yang keluar dari institusi ini lebih sinonim dengan sekolah, cara terbiyahnya kearah itu. Tak ada pun setakat ni yang aku lihat melawan system dekat tempat aku belajar ini. Ramai yang protest dekat belakang-belakang sahaja. Tiada sebarng aksi yang mampu digelar subversive menentang system di isntitusi aku belajar sekarang ini.

Berbalik isu elaun pelajar di tempat aku. Rata-rata aku lihat ramai yang tak tahu nak bersyukur dengan apa yang diperolehi. Ealun masuk, ramai yang beli material yang memenuhi nafsu kemahuan bukan keperluan. Ada saja yang bertukar telefon bimbit berkamera atau yang digoncang bertukar lagunya. Ada yang menukar sportrim motosikal, ada yang membeli broadband semata untuk ym dengan awek sampai bengkak biji mata dan tak kurang yang berbelanja besar untuk membeli buku atau apa juga material berfaedah.Termasuk diri aku sendiri. Aku memang boros orangnya. Aku tak berkira kalau pasal makan. Aku akan makan apa yang aku rasa sedap di tekak aku. Aku akan beli apa yang aku mahu sehingga aku rasa puas hati. Tapi bila aku fikir-fikir balik, elaun tu separuh darinya atau ¾ darinya aku belanja untuk kemahuan aku bukan kepentingan aku sendiri.

Pengurusan kewangan aku memang lemah. Simpanan untuk diri sendiri sekadar cukup makan saja. Bila duit tak ada mula merungut macam-macam. Dah sesak mula nak cari duit tepi, masa senang aku tak tahu nak berjimat. Kak long akan menjadi mangsa pertama. Memohon sumbangan sara hidup tajuk sms yang selalu aku hantar pada kak long. Muka masam suara tension kak long di hujung talian biasa kedengaran.

Baru sebentar tadi, akak Fariha Takaful hantar sms. “salam adik Fakhrullah. Boleh tak masukan duit takaful sebelum atau pada hari khamis?” Erk. Mana nak carik RM100 ni. Aku betul cukup-cukup rm100 dalam dompet ni, kalau bayar nanti nak makan apa pulak. Bulan Oktober dah nak habis, kalau terlajak bayar takut insuran tak cover pulak kalau jadi apa-apa dekat aku nanti. Adoiyai. Sekali lagi kepala aku naik sakit. Selamat ubat paracetamol ada lagi kat atas speaker tu. Ada duit masalah tak ada duit pun masalah. Haihh.….

Sunday, October 26, 2008

Prinsip diri dan sejauh mana kita berpegang dengannya?

Semalam aku teman kak long ke Seremban untuk servis Viva 850 baru dia. Semenjak kak long beli kereta aku sentiasa disuruh untuk menjadi penasihat pemandu. Maklumlah orang baru dapat lessen baru pula beli kereta mesti la nak ada penasihat disebelah. Aku sentiasa membebel bila kereta tersenggut-senggut kerana mendaki kawasan berbukit dengan gear yang tinggi. Kak long terpaksa menahan bebelan aku sepanjang perjalanan. Kak long mengeluarkan ayat paku buah keras untuk memberhentikan bebelan aku dengan ayat ni “cakap banyak la kau ni angah. Lesen tak ada ceramah mengalahkan cikgu sekolah memandu”. Erk. Aku betul betul terpaku dengan ayat kak long.

Lepas siap servis kereta, kak long mengajak untuk mengisi perut yang tengah berghazal lapar. Pada aku ini masanya untuk aku paku balik kak long. Dalam kepala, aku terbayang nasi beryani gam, kurma ayam, air jus lemon, pabedum dalca dengan ABC. Memang siap la kak long lepas ni aku order paku baik punya. Tapi semua angan aku musnah bila kak long bawa aku masuk dalam satu restaurant francais multinasional yang bapak kapitalis. Macam mana ni. Aku memang tak belanja duit kau dekat tempat makan macam ni. Kebetulan aku pergi seremban dengan memakai baju sebuah band yang sangat lantang meludah kapitalis keparat koporat dan anti multi nasional punya produk. Ada mata yang memerhatikan aku, mungkin sedar dengan outfit yang anti dengan syarikat kapitalis ni.

Aku cuba ajak kak long untuk pergi ke tempat lain, tapi keadaan orang yang terlalu ramai di medan selera tengah hari sabtu memang buat aku tension. Memandangkan kak long dah berates separuh jalan aku terpaksa akur dengan kehendak kak long. Aku dengan muka selamba duduk di meja menunggu pesanan yang kak long minta siap.

Dalam hati aku tak tahu nak cakap apa sebab ada budak-budak yang memerhati sinis mungkin dari oputfit aku. Peduli la yang penting aku masih pegang perinsip aku. Aku tak spend duit aku dekat syarikat ni. Aku tak consume produk dia. Aku makan dekat sini sebab kak long kau belanja! Mungkin ada yang akan mencemuh, kata atnti tapi makan jugak. Aku makan bukan aku belanja wang aku kat syarikat ni.

Pernah ada yang memerli, lapuk la iedologi orang macam kau. Memang lapuk tapi ini cara aku untuk kurangkan pengaruh kapitalis dalam kehidupan aku. Memang kita tak boleh lari dari cengkaman kapitalis tapi sekurang-kurangnya aku ada cara aku sendiri untuk berbuat sesuatu. Bukan hanya menjilat kapitalis yang semakin hari semakin kaya! Ada jugak yang cakap “awek kau break dengan kau sebab kau tak bawa dia pergi KFC,Pizza Hut, Mc Donald semua tu.” Aku perhatikan memang tempat sebegini menjadi tempat pilihan untuk bawa awek untuk makan. Hahaha suka hati la nak cakap apa pun.

Aku tetap dengan prinsip aku. Mudah. Memang mudah, aku tak belaja duit aku kearah mereka tapi aku tak menolak untuk makan produk mereka. Hahahaha .

Hanya kita dapat pertahankan apa yang kita pegang. Jangan dek kerana salakan anjing liar yang cuba menggoyahkan pegangan kita, kita jadi taku! Jadi kecut! Pedulikan selagi kita tahu apa yang kita pegang tu betul, teruskan sahaja!

Mengharga-i

Yang ni emosi! Jangan terpengaruh dengan dos emosi yang berlebihan! Nanti parah, bila parah kau sendiri yang sakit hati. Ubat sakit hati memang tak ada. Jangan harap farmasi Watson boleh bagi ubat penenang dekat kau! Penulis sangat emosi sewaktu menulis tajuk ini. Abstrak!

Kadang-kadang kita perlu sedar yang kita perlu menghargai sesuatu. Mungkin pada kita menghargai itu sesuatu yang sukar. Sukar pada perbuatan juga sukar pada lisan kita. Tetapi pernah kah kita sedar yang kita perlu menghargai sesuatu. Tak kira lah sesuatu itu suatu yang baik atau yang buruk sekalipun. Ianya tetap memberikan kesan pada diri kita. Kesan itu juga akan menjadi ingatan untuk kita supaya menghargai apa yang terjadi.

Menghargai seseorang yang pernah singgah dalam hidup kita merupakan suatu yang amat penting. Seseorang yang pernah meninggalkan kesan dalam hidup kita tentu mempunyai cerita disebaliknya. Mungkin cerita epik yang seronok mencabar, atau semacam dongeng rakyat yang lucu tak kurang juga seram seperti telefilem Kekasihku Seru dan semestinya sedih seperti novel cinta bacaan remaja masakini. Semuanya ada cerita sendiri dan kita sahaja yang dapat merasakannya. Bagaimana rasa cerita itu, bergantung kepada bagaimana kita menghargai cerita hidup kita itu.

Mengungkapkan penghargaan kepada sesuatu mungkin suatu yang dirasakan amat berat. Timbangan ego yang berat amat menyukarkan mulut untuk menguntai kata-kata yang yang bertekstur penghargaan. Tingkahlaku juga begitu. Semua orang ada cara untuk menghargai suatu tapi sejauh mana kita ikhlas menghargainya. Sejauh mata kita betul betul menghargainya.

Belajarlah untuk menghargai sesuatu yang masih da di depan mata berbanding menghargai sesuatu yang telah tiada. Tetapi kita hanya kan menghargai sesuatu itu bila ia sudah tiada lagi. Baru kita akan berasa sesal kerana tidak pernah mengambil peluang untuk menyatakan penghargaan kepadanya. Ntatakanlah penghargaan kamu..

Erk..aku ke yang tulis ni?

Modenisasi membunuh budaya kolektif masyarakat kampung.

Aku nak tulis secara santai yang ini. Malam tadi family aku buat kenduri tahlil dan doa selamat untuk kakak sulung aku yang dah selamat graduasi dah ada kerja tetap dan baru beli kereta. Sigh... sedikit cemburu dengan kondisi kakak aku sekarang. Dah mampu sara hidup sendiri dapat lagi hulur kat mak abah aku duit. Baru keja tak sampai setahun dah mampu nak keluar kereta. Untung la kak long dah lepas perit jadi student dah boleh pegang duit sendiri kerja tak perlu risau semua lagi. Setelah selesai kenduri aku terdetik untuk menulis sesuatu. Sekuarang-kurangnya ada jugak modal nak letak dalam blog aku.

Acara masak memasak bermula petangnya. Menu yang mak aku pilih ayam kurma, gulai lemak umbut kelapa, gulai cendawan, ikan masin goring sambal tempoyak dan sambal belacan. Pergh… lama dah tak makan makanan kenduri macam ni. Hidup di kawasan rancangan felda ini, tak perlu nak pakai catering untuk sediakan juadah macam ni. Jiran-jiran terdekat akan datang tolong masak-masak terutamanya mak cik-mak cik sambil masak sambil gossip apa lagi. Yang pakcik-pakcik akan dating tolong pasng khemah dan buat kerja-kerja dapur yang perlukan tenaga lelaki.

Suasana macam ni memang masih lagi berterusan dalam masyarakat kampong aku. Tak tahu lah di tempat kamu macam mana? Tapi yang aku Nampak suasana macam ni mulai terhakis dari sehari ke sehari. Anak-anak muda mulai kurang dalam acara macam ni. Ramai yang berhijrah ke Bandar untuk memenuhi keinginan hidup kota metropolis. Tak kurang jugak yang tak mahu bercampur dengan masyarakat atau menjadi kera sumbang.

Aku tidak mempunyai masalah untuk datang dalam acara-acara macam ni. Bercampur dengan pakcik-pakcik bukan menjadi masalah besar bagi aku. Mungkin sudah terbiasa mengikut abah ke majlis majlis sebegini sejak dari dulu lagi. Bercampur dengan orang tua merupakan suatu pengalaman yang seronok. Banyak cerita dan pengalaman baru dapat kita kutip. Secara tidak langsung hubungan dalam komuniti tu jadi rapat dan jurang usia bukan jadi masalah untuk bergaul.

Aku terkadang merenung masa depan. Apa masihakan ada situasi begini lagi hari mendatang? Atau budaya bergotong royong secara kolektif ini akan musnah dek kemajuan zaman yang semakin hari hanya mementingkan material semata? Ada lagi kah pakcik-pakcik yang melapah daging untuk dimasak dalam kenduri kahwin? Atau makcik-makcik yang mencedok lauk sambil bergosip di dapur kenduri kendara? Dapat kah anak-anak aku nanti untuk bergaul dengan pakcik-pakcik yang umur setara dengan ayah mereka? Huh.. modenisasi menelan budaya kolektif dalam masyarakat!

The another side of me….


Tergerak bangun dari tidur pagi ini, aku terasa untuk menulis sesuatu tetapi mana butirnya, apa yang hendak ditulis. Teringat saranan seorang sahabat yang comel untuk berjinak-jinak menulis blog. Blog? Adakah yang membacanya nanti? Entahlah, aku sendiri tidak tahu apa yang ingin aku tulis dalam blog aku sendiri. Nah ini yang aku cuba untuk tulis sekadar kepuasan keinginan aku untuk menulis blog. Mungkin ini Cuma blog smpah yang tidak ramai yang datang singgah atau menilik isinya. Ataupun blog ini sekadar luahan personal aku,menjadi tempat untuk aku berkongsi dengan sesiapa yang mahu tahu ‘another side of me’. Ada ke yang mahu tahu pasal kehidupan personal aku yang sangat bosan?

Ah, pedulikan semua itu. Janji aku puas menulis sesuatu. Biarlah dianggap sampah atau bacaan tidak bermoral sekalipun, aku peduli apa. Aku buat apa yang aku mahu dan aku buat apa yang aku rasakan betul. Aku mungin tidak dapat menulis sesuatu yang kritis atau sesuatu yang subersif atau sesuatu yang menjadi tumpuan orang. Aku orang yang tumpul pemikiran, payah menjana idea dan mudah hilang tumpuan.

Semuanya yang negative keluar dari kotak minda aku untuk memulakan blog ini. Bukan mudah untuk menulis sesuatu dengan idea yang datang secara tiba-tiba dan tanpa susunan yang baik. Tapi tak apalah, aku tetap optimis nak tulis blog. Kalau kamu suka kamu baca, kalau tak suka aku peduli apa! Hey ini blog aku, and this is ‘the another side of me!’

P/s; lots of appreciation goes to mieya maisara. She knows why.