Wednesday, May 27, 2009

MALAM YANG SERAM...

mata dan badan aku sangat letih sangat. mungkin sebab dari pagi sampai petang semalam aku marathon dengan Miss Way Pei Mo ke petrosains KLCC. jarang dibuat orang-orang dewasa untuk pergi ke tempat ilmiah sebegini. kalau ada pun, mereka-meraka yang mengikuti rombongan sekolah ke petrosains ini. sangat ilmiah pertemuan dengan cik Way Pei Mo semalam.

pulang. selesai semua kewajipan di bilik, aku ambil keputusan untuk tidur, letih sangat gamaknya. lena sungguh tidur hingga aku terlupa mimpi apa malam tadi. tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyian bising 94 Hour-As I Lay Dying. bangun. tutup kebisingan itu dan terus meluru keluar dengan keadaan separuh sedar.

gagahkan juga mata yang letih untuk terus bertahan. kerdipan mata yang laju membuatkan aku terkebil-kebil. degupan jantung bagai disentap 10 minit pertama. darah macam hilang turun ke kaki semuanya! pucat! tiada sebarang kata yang terpacul keluar. ngeri, sungguh negeri! goyah sungguh! pada aku mereka mungkin seperti hero filem tamil seperti cerita Geli Mat itu. pada babak awal akan teruk kena belasah, dan akan jadi kuat belasah orang-orang jahat sampai lembik di hujung cerita.

mengharapkan ada pertolongan dari ayah, abang atau saudara seperti Ultraman Taro yang teruk dibantai oleh kumpulan raksasa jahat, namum nyata dan realitinya tiada. sesekali mata terlena dek kerana letih tidak hilang. diluar hujan turun membuatkan suasana begitu dingin. ada hilai tawa yang seperti mahu memnyeramkan perasaan, namun dek pelindung yang ada aku dapat menepis semua itu.

hujung cerita, aku tak mampu lagi bertahan mata semakin berat. ada juga sedikit harapan tanggap aku. namun ternyata memang tiada peluang lagi. hentakan kepala jin pendek itu meranapkan semuanya. aku geram bercampur hangat. jangan ada mana-mana jin yang cuba menganjing pasti akan aku cepuk mulut mereka.




































DEMMIT MANCHESTER BERSATU KALAH!!!!

*aku tak tunggu sampai habis, basuh kaki dan baca doa tidur. hujan-hujan ni memang sedap tidur. hati panas namun mimpi indah malam tadi

Tuesday, May 26, 2009

Satu Lagi Peperiksaan Dunia Telah Habis


ni gambar pancing. tiada kena mengena dengan entri.

Orang yang sedang menghadapi mode peperiksaan ni emosinya mudah terganggu; umpama makcik sedang monopos; tekanan dengan pelbagai tajuk atau silibus yang perlu dibaca untuk peperiksaan. Pesan aku jangan jadikan peperiksaan ni sebagai alasan engkau tertekan. Engkau yang sengaja biarkan diri engkau berada di bawah tekanan. Jangan disebabkan tertekan engkau nak tempelak orang lain. Emosi tak stabil nak marah-marah pulak. Nak kena cepuk?


Sebenarnya aku tak berapa focus untuk peperiksaan ini. Tak tahu mengapa semenjak tamat kursus praperkahwinan baru-baru ini, aku asyik sangat ingin berkahwin.

Lantaklah yang penting seksa peperiksaan sudah habis. Aku redha dengan apa jugak keputusan yang bakal aku terima. Banyak mana kita usaha banyak tu juga yang kita kan dapat. Yang penting aku sangat puas hati lepas peperiksaan tadi rasa macam nak menyanyi lagu Datuk Ahmad Jais feat Kartina Dahari lagu bertajuk: Budi Setahun Segunung Intan. Carilah dan cuba dengar memang sedap sangat lagu ni, lagi sedap dari Bring Me The Horizon. Owh lupa engkau mana suka lagu sebegini bukan? Tak pernah ambil tahu pun. Lantak engkaulah.

Tuesday, May 19, 2009

Mari Berkenalan Dengan Che'gu



ini aku.

mohammad fakrullah bin abdul razak. sedap kan nama aku?

orang panggil aku fakrul, fach, fachrule, chegu, ujang, janxxx, angah, pako, pak lol, pakcik, lemon, jang-stin timberlake, aaron aziz, tak kurang jugak ada yang ada yang panggi aku just fu*k je. tiada masalah panggil apa saja yang engkau orang mahu. kalau kena cepuk mulut jangan tanya kenapa okey?

menggemari prosa bahasa kreatif. tidak terlalu gemar membaca. suka melihat, menilai, membuat generalisasi awal dan bertanya. tidak menggemari mengira nombor-nombor yang kompleks. menyukai sesuatu berkaitan sejarah.

sedang belajar di sebuah institusi pendidikan guru di Selangor. setahun setangah lagi bakal bergelar cikgu insyaallah. belajar kajian social. tidak mahu menjadi socialist atau komunis seperti karl max. bukan sosiologis ataupun antropologis. juga bukan anarchist tapi moralis.

sedang merancang ingin mendirikan rumah tangga dengan cik Way Pei Mo selepas tamat berkursus praperkahwinan seminggu sudah. masih dalam perbincangan kata putus.

tapi realitinya sedang tertekan dengan situasi peperiksaan. untuk melegakan tekanan peperiksaan yang semakin menghimpit hidup seorang bakal guru seperti seorang chegu ini. chegu ingin menempiaskan tekanan ini dalam bentuk entri yang merepek. jangan banyak soal. aku malas belajar tapi aku rajin tulis entri dalam blog. apahal? nak kena cepuk?

Friday, May 15, 2009

MESSAGEBOARD HEROES ARE [C]ASTARD...

Dalam keterujaan aku mengikuti kursus kahwin yang dianjurkan maktab aku ni, aku sempat singgah dan menyemak di shoutbox JPP maktab aku. Aku tulis lah yang aku cukup seronok dengan kursus kahwin yang dianjurkan, tandanya aku pelajar maktab yang menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh badan perwakilan pelajar. Juga, aku sempat conference dengan kawan aku ikmal dalam shoutbox tu cerita pasal kursus kahwin itu. saja mahu menyemak kerana bosan dengan aktiviti kutuk mengutuk dalam shoutbox itu.

Yang jadi isunya adalah sorang messageboard heroes dalam shoutmix itu sound aku dengan ikmal conference dalam situ. Dia cakap kalau nak sembang hal dunia pergi tempat lain. Hahaha WTF kan? Hey selama ini dalam shoutbox ini, orang mengutuk orang lain,sentuh sensitivity kaum, kutuk peribadi orang lain tu bukan hal dunia? Malas aku layankan.

Kalau setakat letak nickname dan jadi messageboard heroes tak payah nak gebang la. Mungkin kawan-kawan hardcorepunx dah muak dengan isu messageboard heroes ni tapi dekat maktab aku ni, inilah realitinya. Ada individu yang mengaibkan orang lain dalam shoutmix hanya untuk lepaskan geram.

Hahaha. Lantaklah kau nak buat apa buatlah apa yang engkau rasa nak buat, aku tak ambik peduli langsung. Jangan kau kacau aku sudah, selagi mana aku tak kacau engkau. Jangan nanti selamba aku lepuk kau tengah jalan sudah. Aku pun malas nak carik gaduh. Buat apa gaduh bukan dapat apa pun.

Lagi satu, ini blog aku, suka hati akulah apa yang aku nak tulis. Kau jangan sibuk. Setakat ada blog tak berani tunjuk identity sebenar baik duduk diam-diam dalam bilik buat fitnah dan buat orang gaduh. Itu yang kau suka bukan?

lantak engkaulah. yang penting kursus perkahwinan tu memang bagus, dia tak cerita hal dunia saja kawan, dia ajar hal akhirat jugak.

*belajar tinggi tinggi, tapi bodoh ………………………………………………… (sila sambung)

Thursday, May 14, 2009

pra-WALIMATULURUS - SEPARUH MASA PERTAMA


aku post entri ni masa break rehat Jumaat..

mulanya aku rasakan kursus perkahwinan ni suatu yang membosankan. sebab itulah aku terlebih dahulu membawa bekalan mp3 lagu bising seandainya ceramah kursus perkahwinan ini membosankan.

ternyata aku salah. mp3 playlist bising langsung tidak berusik. kursus perkahwinan sebenarnya suatu yang menyeronokan dan macam-macam ilmu baru boleh didapati dalam kursus ini.

ada yang gelak terbahak-bahak. ada yang malu-malu kucing. ada yang tunduk 'blushing'. ada jugak yang terlampau seronok. ada jugak yang kantoi rukun dan syarat. macam macam ragam boleh jumpa.

aku mengharapkan separuh masa kedua petang ini tidak monotous. keadaan petang, penghawa dingin yang ultra sejuk, anda tahu jawapannya? semestinya tidur. dan aku mengharapkan banyak lagi ilmu yang aku dapat belajar petang ini dan esok.

engkau semua bila nak kursus kahwin? lambat nanti payah.

Wednesday, May 13, 2009

pra-WALIMATULURUS II...

menghitung waktu sekarang..

menjelang esok..

penuh sabar juga debar..

selangkah sahaja lagi..

untuk memulakan langkah-langkah alam perkahwinan..

menyertai kursus perkahwinan..

indahnya dalam fikiran..

walau cuma kursus perkahwinan..

engkau pandang kenapa?

dengki lah tu kan?


sebab engkau tak pernah pergi kursus perkahwinan..

engkau pun bukan ada sijil kursus perkahwinan kan?

tak ada bukan?

patutlah engkau dengki!




*esok nak pakai baju melayu biru dengan sampin songket dan songkok tinggi..baru true macam bakal pengantin..yeah!

Tuesday, May 12, 2009

pra-WALIMATULURUS...

aku sudah isi borang.

aku sudar bayar yuran.

hari jumaat sampai sabtu.

kena pergi kursus.

kursus apa?

kursus perkahwinan.

ya aku dah nekad.

muktamad.

saya yakin dengan keputusan yang saya ambil ini.

tak akan toleh kebelakang lagi.

kursus perkahwinan, here i come darling!










KURSUS PERKAHWINAN....... Ooo YEAHh...

*hari ahad tetap thrasing di ampang.

Monday, May 11, 2009

Lapar lah..

Sejak kebelakangan ini, aku perasan yang aku semakin kuat makan. Rutin harian aku, aku memang tidak mengambil sebarang sarapan pagi. Pukul sepuluh setengah, aku akan turun ke cafetaria untuk makan tengah hari. Kalau turun lambat alamatnya makan nasi dengan kuah la.

Selalunya kalau tak ada kelas petang aku ambil kesempatan untuk tidur sekejap. Dalam pukul empat dah bangun mesti perut rasa lapar. Dalam pukul lima aku akan ambil kesempatan keluar cari goreng pisang panas depan maktab aku ni. Dah beli, balun sampai kenyang. Pukul 5.45 aku confirm akan puaskan nafsu bersukan aku sampai pukul 7. Waktu lepas bersukan macam ni; selalunya lepas mandi perut aku akan kembali lapar.

Di maktab aku ni, undang-undang malam dia, lepas isya’ baru boleh keluar. Jadi pukul 9.00 aku akan keluar pergi makan. Nasi semestinya jasi menu wajib aku. Tak kiralah nasi goreng-goreng atau nasi campur.

Aku kalau hal makan aku memang tak berkira sangat. Kawan-kawan ramai pelik dengan selera makan aku yang tidak padan dengan fizikal aku. Tinggi aku 172sm berat 55kg. Kalau nak kira body mass index (bmi) aku dalam kategori kurus.

Ah lantak lah, aku makan bila aku lapar, aku berhenti sebelum kenyang sangat. Bukan kacau engkau pun bukan?

“bang bagi nasi goreng biasa, telur dadar, sambal belacan. Air bagi sirap laici”

Aku dapat ilham tulis entri ni masa makan malam tadi. Sambil tulis entri ni aku sedang meratah roti gardenia toastem raisin oatmeal. Pergi cari di kedai berhampiran lepas tu cuba makan. Memang drug roti ni. Percaya tak aku boleh habiskan semua roti ni dalam masa tak sampai sehari?

Sunday, May 10, 2009

HOT BABEH..

Sekarang ni memang aku tengah panas. Panas dengan engkau orang yang baca entri ni. Panas dengan keadaan sekeliling aku sekarang. Panas dengan pelbagai hal. Buka baju masih panas. Pasang kipas sampai tahap 5 maksimum pun panas jugak. Duduk dalam tren komuter pun panas jugak. Haarghhh panas! Ini bukan entri panas cerita panas artis yang tengah panas kepanasan itu. ini enrti pasal panasnya hidup kita sekarang.

Perasan tak sekarang ni, pukul sebelas pagi lebih panasnya dah macam pukul dua petang? Petang pulak pukul enam matahari masih terik memanas. Perasan? Kalau tak perasan baik engkau pergi klinik chek apa yang patut, mungkin sensory dalam badan kau dah tak boleh bertindak balas dengan perubahan suhu sekarang ni bukan?

panas-panas macam ni, aku mula terkenang dinginnya air sungai di kampung, sejuknya air terjun dijeram dan kecutnya jari tangan dan kaki sewaktu berendam dalam sungai, ‘mengoca’ atau bahasa suratnya mecari ikan dalam lubuk-lubuk sungai. pergh..kan best kalau bangi ni ada sungai yang bersih.

panas-panas macam ni teringat cendol makcik depan kilang sony tu. tapi bila time aku datang confirm penuh dengan pecandu cendol yang kepanasan. huh lambat datang cendol habis! panas-panas macam ni senang je dapat sakit tekak. minum air banyak bergelen pun cepat je hausnya.

ah malas la aku layan kau orang semua. baik pergi mandi. hilang sikit panas badan aku ni. huh

* kau orang pernah minum air cap badak melegakan panas badan tu?