Pagi tadi macam biasa bangun awal, mandi tunaikan kewajipan pakai baju seluar sarung jaket capai helmet tunggang motor terus ke sekolah. Setiap kali berhenti di lampu isyarat mesti mamat-mamat bawak motor berani daring sekali sahaja. Tak tahu kenapa.
Sampai di sekolah, guru senior tegur. “ bro lawa jacket!”. Aku hanya angguk tanda setuju. Pelik, kenapa hari ini baru mereka perasan jaket aku yang satu ini. Ah persetan semua, terus ke pejabat untuk tandatangan kehadiran harian. “cikguu..” Dua orang budak nakal sekolah lalu sebelah aku sambil menyengetkan badan seolah mengelak dari ditempeleng oleh aku. Hairan! Aku tidak berniat langsung hendak buat apa-apa serangan fizikal pada mereka.
Letak beg, aku terus ke perhimpuanan. Gaya macam cikgu disiplin ‘malam tadi tak dapat’. Muka aku buat-buat garang jalan macam bagus. Di perhimpunan murid sangat bising umpama bertawar harga dengan pemborong ikan dipasar. Diatas pentas seorang guru perempuan sedang kalut menyuruh murid-murid diam jangan bercakap. Namun segala teguran cikgu itu tak diendahkan. Murid perempuan tetap bergosip tak berhenti di belakang, yang lelaki siap ada battle shuffle kaki cacat di sudut kiri sebelah belakang dekat dengan kantin sikit.
“cikgu tolong sikit suruh budak-budak ni diam,” kata cikgu senior tadi yang gagal mengawal murid untuk diam. “boleh,” aku jawab selamba. Aku capai mikrofon, “ehem…” aku betulkan kotak suara yang agak parau ini. Tiba-tiba budak-budak semua diam. Yang bersembang terus berhenti. Yang berkumpul buat battle shuffle terus beratur masuk dalam barisan. Semuanya senyap sunyi. Semua mata tertumpu pada susuk tubuh aku. Aku pelik. Aku serahkan kembali mikrofon pada cikgu perempuan tadi. Lalu turun terus pergi bilik persalinan untuk tukar baju untuk pendidikan jasmani. Kepala masih kebingungan.
Sampai depan cermin masa hendak tukar baju, aku lihat diri aku sendiri. Hahaha aku ketawa sendiri. Patutlah pun mereka-mereka macam tengok makhluk asing tadi.