Saturday, November 28, 2009

BAHASA KASAR.

khas untuk makcik depan rumah gua.

fuck you all the way granny!fuck off.
swallow back those rotten spits from your own stinks mouth!


lu datang rumah gua bising-bising dengan anak beranak lu nak serang kakak gua dengan mak gua. lu ingat lu siapa?lu bising-bising burukkan kakak gua dengan bakal tunang dia boleh pulak? jangan asyik cerita hal buruk keluarga orang makcik, bila kena batang hidung lu sendiri mana lu nak sorok muka? kenapa nak salahkan orang lain?
*butthoelarghh

gua mintak maaf gua kurang ajar tadi. memang sengaja gua ramp exhaust moto gua kuat-kuat. sebab gua jelek dengan kata-kata lu depan mak gua tadi. gua benci nak dengar kata-kata lu yang semua betul tu. lu maksum kan? lu nak cerita pasal hukum ya? hukum orang buat fitnah maha besar ya? macam mana hukum lu cerita pasal aib orang yang kau sendiri tak tahu betul ke salah? fuck off!


lu boleh cakap apa yang lu suka tadi. lu nak cakap kakak gua buruk perangai ke, nak cakap mak gua tak pandai jaga anak, tu lu punya pasal. sebab tu mak ngan kakak gua diam tadi, sebab dah tau lu punya perangai tak mahu terima salah sendiri. lu ni typical makcik-makcik kampung.

lu bangga anak lu dua orang tu kerja tinggi, laki semua berpangkat. ada family gua heran ke? tunggu lah nanti, hari lu akan tiba. sayang ,belajar tinggi, tapi minda tingkah laku, bercakap pun macam makcik-makcik mulut cabul tadi cakap depan kakak dan mak gua.

lu buat gua hilang rasa hormat pada orang tua macam lu. bukan lu je, famili lu keseluruhannya juga.

jari tengah gua acungkan khas untuk lu.

Thursday, November 26, 2009

PURPOSE OF MAN, by Muslim

allah made man out of clay,
so he could pray 5 times a day.
to work and eat with his own hands,
and spread Islam throughout the lands.
his voice to do zikr call out azaan,
and his life devoted to the holy Quran.
the phrophet an example for him to follow and all other ways he refuse to swallow.
everyday involved in learning and teaching.
truth and justice he must go on preaching,
until one day, he breathes his last,
and is called to account for deeds of the past...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.




*kredit untuk eky journalism

Wednesday, November 25, 2009

HATI BISU

satu sisi lain lagi. cuba berjinak menulis sesuatu yang indah-indah dalam bentuk prosa pula. baru hendak belajar dan masih minta tunjuk ajar. ada sesiapa yang mahu tunjukkan? mari. aku menulis disini, cuba-cuba menulis disini. mungkin ini sisi otak lain aku. yang penting bukannya logik nombor atau kod-kod matriks pelik. cuma kata-kata hati yang bisu.



Sunday, November 22, 2009

KEMBALI PULANG

aku berada di serting/felda raja alias, jempol negeri sembilan sekarang. sedang meniukmati guruh petir rintik hujan setiap petang yang meragut nafsu menggila - sepak takraw. tak tahu macam mana hendak tempiaskan nafsu yang satu ini dalm musim hujan petang sekarang. mungkin juga rahmat buat kehidupan aku sekarang. memulakan sesuatu dari mula-semula. realitinya, aku mendekati luka parah dua tahun yang lalu. benci tapi terpaksa telan.
akan amat jarang untuk selalu berada di pusat internet disini kerana tak mahu berebut dengan anak-anak lepasan cuti sekolah yang asyik bergaduh berperang di ruangan maya rata-rata dikeseluruhan pusat internet disini.
jangan merungut tentang entri aku yang akan lapuk lama disini. ada cerita yang aku bakal kongsi, aku pasti tulis disini.
*pulang dahulu ya, tak boleh lama disini, takut dilibas pedang atau peluru sesat orang berperang. ramai sangat yang rata-ratanya budak-budak baru kenal dunia.
p/s: aku percaya dengan memberi peluang kedua.

Tuesday, November 17, 2009

DIRANTAI DIGELANGI RINDU

MOHAMMAD FAKRULLAH BIN ABDUL RAZAK
PISMP 6.03 PENGAJIAN SOSIAL,
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,
SELANGOR DARUL EHSAN. 16 NOVEMBER 2009
______________________________________________________________________________

UNIT DISLIPLIN DAN REKOD
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB MELETAKKAN KENDERAAN DI TEMPAT YANG SALAH.

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara tersebut dirujuk dan dimaklumkan kepada tuan.

2. Saya adalah pemilik motosikal jenis HONDA WAVE 125, nombor pendaftaran NBW4573, warna HIJAU yang telah dirantai di kawasan letak motosikal Kolej Kediaman Ibnu Khaldun, jam 11.35 malam pada JUMAAT, 14 NOVEMBER 2009. Ini adalah disebabkan kecuaian saya menyusun motosikal di tempat yang sepatutnya.

3. Sehubungan dengan itu saya memohon maaf diatas kesalahan yang telah saya lakukan. Dengan penuh keinsafan, saya mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut dan berikrar untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

4. Saya juga merayu agar pihak tuan dapat melepaskan kenderaan saya dari dirantai. Saya memohon budi bicara pihak tuan mempertimbangkan rayuan ini.

Sekian, terima kasih.




Yang benar,



……………………………………………………….
MOHAMMAD FAKRULLAH BIN ABDUL RAZAK
PISMP 6.03 PENGAJIAN SOSIAL,
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.



*bagaimana rasa bila kekasih kamu dirantai?

***
PICTURE UPDATE

Wednesday, November 11, 2009

MASIH ADA YANG AMBIL BERAT DENGAN STATUS SAYA

salam cikgu;

kenapa dari hari tu saya tengok status ym cikgu KLMJ? apa maksud KLMJ tu cikgu? nama ex-gf cikgu ke? kenapa emoticon sedih dekat ym cikgu? kalau cikgu ada masalah bagitahulah saya ok. mana tahu saya boleh tolong ke. sayang cikgu.


***

satu dari anak murid tersayang di saujana impian 2 yang ambil berat dengan status aku di ym.
ada sesiapa boleh merungkai persoalan si comel ini? KLMJ? akronim yang cerita soal perasaan. siapa mahu cuba?

ya sedang bersedih.

Monday, November 9, 2009

HATI SAYA DIKITAR SEMULA

aku tak berapa sihat kebelakangan ini, luar dan dalamnanya memang tidak berapa teratur kebelakangan ini. kamu yang membaca blog aku semestinya mengetahui apa ceritanya. untuk dua minggu ini, aku cuba untuk tolak jauh-jauh masalah peribadi dahulu. tumpuan sekarang pada ujian dunia yang berlangsung khamis ini dan selasa dan rabu minggu hadapan.

untuk itu sila klik disini untuk baca entri sebenar. maaf ini memang tidak disengajakan. keadaan yang memaksa aku buat semua ini.




***
aku terima apa sahaja kemingkinan, biar hujung ceritanya sakit, aku tahu ini bahagianku.

Thursday, November 5, 2009

SISI LAIN SAYA

aku nak beritahu. disini merupakan medan aku menulis tentang sisi lain kehidupan aku. bukan hanya seorang yang statik pada satu status yang membataskan diri untuk menulis tentang perkara perkara lain dalam kehidupan yang indah ini. jadi jangan nilai tulisan, pandangan, caci maki aku dalam sini dari pandangan kamu, kerana aku menulis dari perspektif aku sebagai seorang manusia. yang ada perasaan, minat, kemahuan dan keinginan. aku tak minta dinilai atau dihakimi. cuma aku suka berkongsi dengan kamu tentang apa sahaja yang aku seronok cereka dan ceritakan. boleh terima itu bukan?

mungkin ada yang membaca blog ini dan mendengus sambil mencebik bibir benci, bosan dengan gaya aku menulis tentang sisi kehidupan aku yang tiada ilmiahnya langsung. tidak kritis dan bukan menjadi bacaan mencabar minda. ya itu bukan aku. tambah pula banyak cerita tentang perubahan iklim perasaan aku pada persekitaran sekarang. sejauh mana faktor cuaca perasaan menmpengaruhi corak kehidupan aku sekarang. maaf ya, aku menulis tentang diri aku, jika kamu tidak suka sila padam tetingkap sesawang ini dan beralih pada blog yang jauh lebih baik dari ini.

pulang dulu ya.

***

terima kasih untuk akmal hakim&khasrina afikah, pasangan suami isteri yang baik yang banyak beri nasihat dan panduan ilmu rumah tangga; yang mampu buat aku senyum sekarang.
:)

Wednesday, November 4, 2009

AUCHHH... (merujuk aksi terhiris tangan sendiri)

*
ini adalah rentetan dua entri yang lepas.

**

pagi ini buka blog, rasa lain macam. kepala berat jangan cerita. tidur cuma dua jam, selebihnya mata terkebil-kebil pandang konkirt simen. bangun seawal 5.30, lepas tunai kewajipan mata tak boleh lelap. itu yang pagi-pagi buta dah buka blog. tulis entri tanpa ada draf kasar, inilah hasilnya.

kahkahkah aku dah agak, kalau kita cerita dekat orang hal-hal peribadi ni, minta pendapat atau pendangan walaupun orang tu tak lah hebat mana, mesti cerita tu tak habis dekat situ. macam kutu sorang ni juga. aku tanya soalan yang berkaitan dengan masalah aku yang dia pernah alami. siap dia bahasakan aku semula. tak ada masalah sebab aku kenal dia, bahasa dia kasar tapi hati dia baik. walaupun dia gemuk dan pendek dan suka mencarut.

musim-musim tengkujuh dan hujan awal-awal pagi macam sekarang memang syahdu. tambah-tambah buat aku yang tengah berhadapan masalah besar macam ni. semua rasa tak betul, rasa nak marah nak maki nak mencarut semua rasa negatif ada dalam cuaca sejuk pagi macam hari ini. memang sekarang aku tengah sedih. sangat. rasa sayu macam berada dekat bangunan tinggi bila pandang ke bawah.suasana tekanan peperiksaan aku langsung hilang. tak ada. kosong. macam seorang perempuan bila aku tanya tentang hatinya, dia kata kosong. rasa kosong! padahal minggu depan peperiksaan dah mula. tak ada masalah, aku jawab ikut apa yang aku dah belajar.

sekarang senarai main tiada lagi lagu jerit-jerit. saat-saat syahdu, sugul, bermuram durja macam sekarang dihabiskan dengan lagu rock klasik. sangat berbeza dengan pop cintan ok! ini rock klasik atau senang cerita rock kapak tapi dalam tenor balada; emosi kecewa. kamu pernah dengar lagu ini? lirik dia memang sentuh rasa punya. klik untuk dengar dan baca seni kata dia. memang sebijik jatuh tepat dimuka sendiri. kata orang inggeris straight to your face. lepas habis aku ulang-ulang sampai aku muak.

aku dah tak bersemangatlah. tulis entri pun dah tak sedap. kelat, pahit tak ada rasa. rasa macam makan hati mentah. kalau makan hati goreng masak kicap ke, sweet sour ke masak sambal ada rasa jugak kan? tak apalah, nanti aku cari idea nak tulis apa lagi okey.



***
ada siapa nak teman saya pergi tengok twilight, inglorious basterds,phobia 2,diary of a wimpy kid, merantau, dan banyak lagi yang menyusul? saya rasa kosong. saya perlu teman.



terima kasih sayang buat i macam ni. sweet sangat.
:)


TAK BOLEH BUAT APA DAH. ORANG KATA DIA MEMANG LAJU.

baru tulis pasal entri ribut. nah rupa-rupanya tuhan dah turunkan bencana besar sebagai ujian. tak mengapa. hidup mesti terus. ujian-ujian sebegini bakal buat hati aku ni kebal nanti. tuhan tak akan turunkan ujian yang tak boleh hambanya tempuh aku yakin tuhan tu adil. tuhan nak tunjuk, pasti ditunjuk. tak apa.

aku dah jangka semua ni pasti berlaku. dulu pernah sekali, sekarang jadi sekali lagi. tak apa. aku dah tahu apa perlu buat.

yang tak tahu cerita hujung pangkal boleh rujuk entri lama yang ada cerita pasal Dari Bangi, cuma bezanya cerita yang aku tulis ini dekat bangsar.

yang itu kenapa tersenyum? gelakkan aku kah? jangan simpan senyum itu. bahakkan saja ketawa mu. mari ketawa sama-sama.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHKAH
puas? kalau tak puas ulang sekali lagi sampai puas okey?


gua? gua rileks je jek! gua dah biasa kena main-main. kah kah kah padan muka gua kan?

Tuesday, November 3, 2009

JANGAN PERGI, RIBUT DI HADAPAN!

aku bagai mulai melihat mendung hitam pekat, dengan titis-titis hujan duka mulai rintik-rintik menghampiri kehidupan aku sekarang. ada petir guruh kuat menakutkan kepercayaan. angin kuat menggoncang keyakinan menderu-deru laju. tengkujuh badai taufan aku jangkakan bakal menggantikan musim kebahagiaan. jauh di ufuk jingga hidup yang aku rencanakan ini, mahukan cerah kembali, terik dan panas yang nyaman menerjah seperti dahulu. tanpa suram, aku mahu dengar hilai tawa gembira kehidupan yang mulai menjauhi. melihat riak gembira terpancar dari wajah kehidupan bahagia.

tuhan, apalah kiranya selamatkan kehidupan hamba. hamba mencitai kehidupan yang ini. bersyukur dengan kurniaanmu yang ini. hamba menikmati pinjaman sementara kehidupan bahagia yang mutlaknya hanya milikmu. namun jika sudah ditulis, untuk hamba ini banjir besar, wabak penyakit dan bencana menemani kehidupan hamba, hamba tahu itu yang terbaik untuk hamba.

Monday, November 2, 2009

KAMU SUKA SENIORITI ?

pernah dengar hal senioriti? Sistem kasta yang ada dalam institusi yang ada junior dan senior. pasti sudah biasa dengar bukan? tambah pula jika kamu menghabiskan hidup-masa-belajar di institusi asrama atau yang sama waktu dengannya. pasti ada bukan? syukur aku tidak begitu mengenali senioriti dalam usia menengah di sekolah dahulu. betul, ada abang ada adik. tapi semangat senioriti melampau yang dikompang-kompang ini suatu lagu yang tidak sedap.

aku sendiri menolak perbezaan semangat senioriti yang melampau. seorang adik perlu menyapa abang jika berselisih, apa salah jika abang juga beri salam ketika adik lalu disebelah? tidak salah bukan? yang jadi hal disini, bila sesetengah orang yang hidupnya dibayangi semangat senioriti yang melampau, terbawa-bawa budaya sekolah hingga ke umur dewasa sekarang. pantang ada salah, hentak dengan akal buku lima.

mungkin timbul isu junior takut hendak bertegur sapa dengan senior. pada aku ini tidak menjadi masalah. itu cuma masalah komunikasi. kita belum pernah kenal orang, mana mungkin untuk terus rapat bukan? pada aku, umur atau batch/cohort adalah perbezaan nombor atau angka cuma. tidak perlu ada perbezaan. mungkin perlu ada nilai moral disitu. moral untuk menghormati, saling menghormati. juga respek, betul?

aku masih tidak janggal di bahasa aku kau, lu gua, abang adik dengan sesiapa yang lebih muda pun. tidak ada masalah. tidak ada jarak janggal disitu. cumanya kita perlu faham konsep hormat menghormati. yang besar tidak semestinya selalu betul dan yang kecil tidak semestinya selalu salah. semua sama.


"tiada beza, kau aku dan mereka, sama saja, kita semua manusia" LanggarXLari


*****



seorang senior dihantam beberapa junior

Sunday, November 1, 2009

MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU

“ Kau bina mahligai dari air mata,

Yang jatuh berderai di wajah sepiku,

Hancurnya hatiku, bisa tak terkata,

Terumbang rasa diriku,


Oh aduhaii.


“ Kau bina mahligai dari air mata,

Yang jatuh berderai di wajah sepiku,

Hancurnya hatiku, bisa tak terkata,

Terumbang rasa diriku,


Oh aduhaii….

***

“Ohhhh HAAIIIIIIiiiiii…. Bina mahligai bina mahligai bina mahligai dari tadi! Semak lah telinga! Dari tadi melalak tak tentu pangkal hujung!” suara abah yang parau garang menempelak penyanyi yang sedang asyik dan syahdu menghayati lirik lagu dan penyampaian vokal dengan begitu yakin.

Tak semena, aku perhatikan muka penyanyi tadi berubah terus. Lesi! Tidak! bukan lesi. Cuma merah padam keliru sama ada malu tau marah barangkali. Lagunya terputus, lirik syahdu mahligai air mata tidak lagi berkumandang di udara rumah batu yang masih belum siap sepenuhnya. Mata penyanyi berkaca-kaca. Mungkin ada air jernih yang bakal tumpah mengairi kelopak mata yang lebat panjang alisnya itu.

“Engkau dah kenapa dari tadi menyanyi angah tengok?” aku bersuara menghidupkan suasana yang sunyi dari tadi. “ minggu depan ada pertandingan bakat tahun 6, isi masa budak lepas UPSR,” suara itu keluar dari mulut kecil tuan penyanyi. “ sekarang mana ada orang nyanyi lagu macam tu, pop cintan tak main dah sekarang, budak budak layan indie!” aku sampuk kata-kata dia.

“ dah ramai nyanyi bunkface, hujan, high school musical semua tu, Kamil nak buat benda lain,” katanya beri hujah. “ kalau kamil rasa boleh, cubalah mana tahu kan. Cuba dengan lagu yang rancak sikit tak mahu?” aku cuba beri bantuan. “ tak nak lah. "Nak cuba lagu balada la ngah,” katanya lagi. "Tapi kalau nak lagi gempak nyanyi lagu kumpulan ni!” aku tunjuk baju kugiran hardcore yang aku sarung. Extreme Decay. “tu gila! jerit warghhh tak sudah-sudah!” balasnya. Aku ketawa!

Kamil sbenarnya adik aku yang keempat. Baharu sahaja menghadapi UPSR. Sangat aktif dalam kokurikulum. Bermain hoki untuk Negeri Sembilan di MSSM sejak dari tahun empat lagi. Fizikalnya kecil cuma, tapi semangat dan minat mampu bawa dia pergi jauh. Menjadi tekong boria, bertanding sampai ke Kelantan untuk boria anti dadah kebangsaan. Dalam belajar pun dia bagus, mungkin mewarisi bakat abang dia yang pandai blogging ni!

“ elok lah masuk tu,” suara abah kedengaran mencelah sambil menonton warta berita. “Masuk la apa pun acara puas-puas” kata abah lagi. “Nanti keputusan UPSR keluar, abah nak hantar kau mengaji pondok. Biar jadi ustaz ke al-hafiz ke. Sambung belajar pergi Arab Saudi!” kata abah. “Dah puas main dah kan!”

Kamil terus lari masuk bilik. Dia sempat capai selimut baru basuh pagi tadi atas meja mak sudah lipat cantik-cantik. Masuk bilik dan hempas pintu. Sayup-sayup dengar dia meraung. Aku pandang abah. Abah senyum nampak gigi. Mak dan kak long pun begitu. Ketawa! Aku terus melagukan;

“ Kau bina mahligai dari air mata,

Yang jatuh berderai di wajah sepiku,

Hancurnya hatiku, bisa tak terkata…..”

Kah kah kah kah kah kah. Makin kuat dengar Kamil meraung.