Friday, October 30, 2009

YANG NIKMAT ITU GODAAN



kahkahkahkah



....


pasti aku tertawa tiap kali lihat gambar ini. tak tahu kenapa. seperti ada yang menguis-nguis rusuk naluri lucu. terkadang berderai ketawa sendirian. teman sebilik juga hairan.
"kau ni dah kenapa jang? demam? ubat ada atas rak buku ," katanya.

tiap kali lihat gambar ini, pasti meleret-leret ketawa. baik. aku ketawa melihat mulut sendiri dalam sebegitu rupa! fokus utama, bibir bawah yang tebal jadi bahan modal untuk ditertawakan.
jujur, aku bangga dengan kurniaan tuhan yang iatu ini. boleh mencebik ketika mengejek. boleh memuncung bila merajuk. boleh menghiris bila kata-kata keluar dari benak nafsu.

entahlah, jagalah bibir sendiri! jangan sibuk mengata bibir orang lain. oh lupa. bibir ini juga nakal!


..................


tuhan,
ampunkan hamba,
jika hamba pernah lalai dalam mengguna nikmat bibirmu ini,
apalah kiranya, tidak diambil nikmatMu yang tidak terhingga ini,
biarpun bibir cuma,
hamba bersyukur dengan pinjamanMu yang satu ini.

Thursday, October 29, 2009

EMOSI MAGHRIB

Kilat memancar, guruh cuma berdentum jauh.Di luar hujan tidak lebat. Masih belum reda rintik konsisten titis-titis air turun dari langit gelap. Aku pulang selepas maghrib tadi, tidak menunggu forum di masjid. Usai baca surah yassin, aku bingkas pulang ke bilik. Berbaring tilam empuk jadi alas selesa vetebrata. Dingin udara hujan sedikit buat aku kesejukan. Mengeluh! Aku peluk erat-erat bantal strawberi pemberian Wai Pei Mo. Fikiran merawang jauh, seperti kepul-kepul asap yang hilang dibawa angin.

Aku capai telefon bimbit , putar lagu-lagu yang lembut, tempo perlahan yang jiwa-jiwa dan sentimental. Biar aku khayal jauh dengan lamunan. Mata sedikit kuyu, mengantuk jauh sekali. Cuma melayan kudrat badan yang agak lemah diperah sepanjang petang tadi. Peluh melencun baju sepetang beraktiviti fizikal. Akibatnya malam perut jadi lapar, badan letih dan mata mudah mengantuk. Tambah pula cuaca diluar memang mudah menghanyutkan aku ke lembah pengembaraan roh tanpa jasad.

Sentimental benar malam ini, roh malam jumaat barangkali. Seperti hendak marah, menangis, merintih emosi bercampur baur. Rindu. Pada keluarga. Benci. Pada kesunyian. Ketawa. Pada kelucuan.

Entahlah. Kenapa aku macam ini pun aku bingung. Apa alamat tuhan berikan ini? tuhan tidak turunkan ujian yang tidak mampu dihadapi hambanya. Amin, aku harapkan begitu. Atau tuhan sedang berikan petanda pada aku atau pada kamu semua?

Petanda apa?

tuhan saja yang tahu


....

Tuesday, October 27, 2009

ENTRI DULU-DULU

hari ini aku tidak ke kelas. mungkin kerana perut yang memulas-mulas menjadikan aku malas untuk ke kelas lantas tidur semula selepas subuh hingga jam sebelas! tidur lama-lama pun tak elok sebabnya dada aku pasti rasa sakit, sebelah kiri semenjak dari dulu lagi. sebab itu aku memang jaki dengan kawan-kawan yang boleh tahan tidur malam sampai tengah hari!

menghabiskan sisa-sisa pagi yang bosan, aku membaca semula entri-entri yang pernah di pos semenjak blog ini wujud. ya, aku habis baca semua 113 entri yang telah aku tulis. tidaklah sebanyak mana entri aku pun, tapi beberapa perkara buatkan aku rasa seronok baca entri sendiri. kepuasannya lain, buatkan aku tersenyum dengan tulisan sendiri kadang-kadang sayu dan kadang-kadang marah. bercampur baur semuanya.

kalau lihat pada entri awal-awal blog ini, aku sangat suka gaya bahasa yang cantik, pilihan perkataan dan cara aku sampaikan mesej dalam entri aku. memang bukan bacaan ilmiah, tapi aku rasa seronok baca gaya tulisan aku. tidak seperti sekarang, tidak cantik sangat bahasa yang aku guna pakai dalam entri-entri dewasa ini.

dalam entri awal-awal aku banyak tulis entri panjang-panjang, tidak seperti sekarang entri ringkas dan tak ada isi sangat. politikal jauh sekali. sebenarnya hasrat awal aku tulis blog ini supaya suarakan idea-idea politikal hardcorepunk, tapi bila tengok balik blog ini, dah jadi blog peribadi kehidupan aku dan bagaimana aku bernteraksi dengan kehidupan sekeliling aku.

dulu, entri yang aku rasa sedap dibaca, kurang sangat yang komen, tak macam sekarang, entri merapu ramai yang merapu. hahaha untuk orang-orang yang jadi pengikut blog ni, atau yang baca dan juga komen, terima kasih sebab buat aku bernafsu hendak tulis blog. aku rasa cukup samapi dekat sini, dan aku dah nekad, aku nak tutup blog ini.

Monday, October 26, 2009

CERITA BOLASEPAK LAGI

malam suram ahad lepas sudah berlalu dengan ketabahan jati diri yang sukar. bukan mudah menjadi peminat pasukan sepak bola yang diminati ramai. bisalah, kelab kuat, pasti ramai musuh yang jaki dengan kelab pujaan aku ni. tapi malam ahad lepas memang malam gembira buat FOOL(liver) sekalian. tak mengapa nikmatilah saat-saat indah kamu, aku menunggu saat kamu tumbang dengan pelbagai kata-kata bakar line yang dah lama aku draf dalam kepala hotak ini.

tadi sedang enak tidur menunggu zuhur, aku dikejutkan dengan pesanan ringkas dari seorang teman.

"bai, staduim malam ni?"

" stadium mana? ada konsert ke?" aku balas bingung.

"ngok, malam ni ada bola lah!" jawab dia sedikit marah.

"mana main? gua dah dah lama tak layan bola malaysia ni dol" aku bagitahu lagi.

"malam ni separuh akhir malaysia dol, negeri sembilan main!" dia jawab lagi.

" maleh den. den dah lamo tingga tengok bola ni. nanti dah monang kau sms yo lah den" aku jawab.




***************



seingat aku kali terakhir aku menonton bola sepak malaysia pada 2005 dahulu. perlis menentang negeri sembilan. final piala malaysia. dan setelah dari itu aku sudah tawar hati untuk memonton bolasepak malaysia. tak seseronok menonton liga bola sepak inggeris dan sepanyol.

untuk pasukan negeri yang bertanding aku ucapkan selamat berjaya. entah aku tak bernafsu nak menonton bola sepak di stadium. mungkin sebab aku bukan peminat bolasepak. ya aku mencintai sepak takraw semenjak dari bangku sekolah rendah lagi. mengapa? entri lain kita cerita okey!



*p/s: dalam gambar kat atas, berapa kerat je aku kenal. azman adnan tak ada pulak

Sunday, October 25, 2009

MALAM YANG SERAM part 2




walaupun mengharungi malam penuh emosi semalam, aku tetap optimis. optimis tentang kejayaan. biarlah banyak mulut berbau longkang menyalak, aku tetap tenang. adatlah kalah. memang aku emosi, memang aku jerit pada mereka malam tadi tapi aku tetap optimis.

nanti kau kalah, aku akan jerit kuat-kuat pula. siap dengan kata-kata buat kau bengang macam kau buat malam tadi pada aku, jagalah!



teleng kepala? nasiblah!

Thursday, October 22, 2009

PENYAMARAN BERKESAN

pagi ini beberapa pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru datang untuk memantau kolej kediaman institusi tempat aku belajar ini. jadi sebagai ketua blok yang telah dilantik, aku terpaksalah menanti dan melayan mereka-mereka ini memantau dan memeriksa blok kediaman yang aku diami ini.

aku, sebagai ketua blok memang tak pandai kerja mengarah ini. nasib baik ada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menceriakan blok kediaman penghuni LELAKI ini. alhamdullilah, semua penghuni blok kediaman ini memberi kerjasama yang baik. ada yang tak tidur malam untuk menceriakan kolej kediaman ini. memang semangat habislah nak menang. kalau tak menang pun, jasad dan fizikal asrama ini sudah jauh berubah, lebih cantik, kemas, selesa dan positif.satu peghargaan kepada penghuni disini juga!

dan pagi tadi aku diberitahu, pegawai-pegawai ini hendak lihat kamar pelajar. jadi sebagai ketua aku jadi orang yang pertama perlu menguakkan pintu kamar untuk dilihat pegawai ini. haru! memang haru. terus sahaja aku kemas bilik! apa yang tak patut disimpan baik-baik. yang serabut dah tersusun dan yang paling berkesan, penyamaran seperti gambar dibawah.


PENYAMARAN

bahan bantu mengajar







HAKIKAT YANG SEBENAR



hakikatnya? karya hardcore di dinding!
berkesan kan penyamaran gua?

Wednesday, October 21, 2009

PANAS


Panas...

memanag aku tengah panas sekarang ni. dari celik mata sampai la entri ni aku post panas. serba serbi panas.

pagi ini isntitusi tempat aku belajar buat ceramah latihan kebakaran. lokasi ceramah dekat astaka di padang sana. rasional buat ceramah kebakaran dekat tempat ni sebab kalau demontrasi padam api dengan api ala-ala pyro konsert Megadeath kononnya.

dengan pasukan bomba sikit punya lambat, budak-budak dah basah celah ketiak matahari sikit punya terik. semua ni jadi pemangkin api yang tengah marak merah menyala dalam hati aku ini. aku pulak tak semena-mena jadi jurugambar untuk program ini. aku bab ambil gmbar ni kurang arif lah. jadi dengan tugas dah diberikan aku pun berlagak la jadi jurugambar. tak ada pun gear-gear kamera SLR macam abang-abang jurugambar dengan lense kamera gedabak. dapat pinjam kamera digital sahabaik pun dah bersyukur.

tengah-tengah sibuk ambil gambar adalah suara-suara sumbang jerit macam kongkang


"wei carik publisiti ke?"

"tau la freshie ada skali, dan dan je jadi cameraman wei!"

"ambil je la gambar, nak cover-cover macho plak, jalan la dey"

"weee abang taufik batisah...dah jadi jurugambar ke? tak menyanyi lagi? kahkahakah"




WTF Siak? gua ambil gambar sebab memang tugas gua. yang lu orang bising apasal? gua pantang betul orang macam lu ni. tau nak komplen memekak macam kongkang tau macam ungka atas pokok. lu cuma tahu jerit, bila suruh ke depan lu semua takut. lu orang ni jenis messageboard heroes je.





hati gua panas!





buat tak tahu, aku siapkan apa yang patut aku buat. selesai majlis, kemas semua barang hantar barang yang dipinjam terus pergi kantin. makan nasi putih dengan ayam masak merah tambah sup sayur sikit. alhamdullilah kenyang. dalam hotak ni macam-macam aku pikir nak tulis dalam blog sampai bilik nanti.


sampai bilik aku tulislah semua yang dah siap draf dalam hotak aku tadi.


hati masih panas. aku cari gambar yang boleh buat aku sejuk hati sikit. cari punya cari jumpa gambar bawah ni. tengok sahaja terus tenang jiwa aku.




















kan tenang tu! walaupun cuaca panas dan cerah!

Monday, October 19, 2009

Siri Teka Dialog Datang Lagi

sila baca tajuk entri dengan nada iklan tora, suara seniman Mat Sentul ok.

entri teka dialog yang ketiga datang lagi. baiklah, kali ini mangsa terbaru. seorang teman seperguruan juga. sudah berteman dengan aku semenjak 5 tahun kurang lebih. sebelum belajar di institusi ini, dahulu dia buat kursus undang-undang di sebuah IPTA islamik di gombak.

sedikit data persolnal beliau. ada motorsikal LC135, set Repsol. sangat meminati warna. makanan berkari manjadi pilihan utama. latar belakang agama yang teguh. berjinak-jinak dalam dunia korporat keparat dengan mambantu kekandanya palam perniagaan baju korporat. kalau nak beli blazer ke baju F1 boleh cari dia ni. meminati datuk siti nurhaliza, kalau masuk bilik dia sekarang senarai main datuk siti sahaja. meminati kugiran emo cintan From Autumn To ashes yang beliau ambil dari aku. ada satu baju Killswict Engage bukan bermakna beliau meminati metal keras. nampak ganas tapi sebenarnya beliau seorang yang baik, romantis dan amat menggemari filem hindustan. tak percaya? lihat hidung beliau! masih belum berpunya kata beliau tapi mesej tak pernah sunyi dari telefon bimbit mahal beliau. bila ditanya siapa? awek kah? beliau jawab "saing biaso jah". berasal dari utara tanah air. berdarah kacukan pakistan dari suku Partan.


ouh lupa, nama Khairul Kamal diberi nama.

panggilan teman-teman; Khai

panggilan adik-adik junior: abang Khai.

panggilan sahabat rapat; PASHTUN.

jujur dari dalam hati, dia memang seorang dari sahabat-sahabat baik saya.






*gambar sewaktu bersama-sama menyertai kursus perkahwinan tahun lepas. maaf kualiti gambar kurang memuaskan.




********


UPDATE.




kamal ni serupa siapa?





RADHI KHALID ada tak? tahu?

Thursday, October 15, 2009

PPTTUIIHHHH.... (merujuk aksi meludah)

dengan kehidupan yang tidak terurus betul dua minggu ni membuatkan kehidupan menjadi kusut. serba serbi jadi tunggang langgang. baju sudah basuh belum berlipat, taburan kertas kerja tidak tersusun atas meja, panggilan tak dijawab, mesej tidak dihantar dan segala yang kusut bercelaru ada dihadapan aku.


dini pagi tadi setelah usai menyiapkan tugasan pentaksiran pendidikan seni visual aku mengambil keputusan utnuk tidur apa bila tiba-tiba bulu roma meremang jam empat pagi. tingkap bilik terbuka luas, rasionalnya supaya dingin semilir pagi tidak membuatkan aku mengantuk. senarai main malam tadi adalah The Fall Of Efrafa-semua!

apa yang kamu fikir kalau tiba-tiba berdiri bulu roma meremang, seolah-olah ada yang merenung kamu di tingkap? sedangkan diluar cuaca likat gelap, sunyi dengan bunyian cengkerik sahaja?



terus tutup laptop dan berselubung diatas katil sambil mulut terkumat kamit membaca ayat ayat suci. tak semena aku lena terus dibuai mimipi.





tidur lena




....







tersedar dari tidur aku sudah kesiangan! kepala masih pusing kerana waktu tidur yang tidak cukup. capai tuala dengan alatan mandi, aku berlari terus ke kamar mandi. selipar terbalik aku sarung jua. dalam keadaan masih mamai aku capai ubat gigi, picit perutnya yang munchet itu keluar isinya dan disapu atas berus gigi. basahkan sedikit dan terus gosok. tenyeh penuh nikmat.





tapi..
hairan, kenapa tiada buih seperti hari biasa menggosok gigi? tiada rasa pudina! padahal raya payau dan tidak berangin seperti kebiasaannya.


ubat gigi sudah tamat tarikh luput kah? atau aku terpakai ubat gigi orang lain?
hairan!




perlahan aku buka mata yang sepet tidak cukup tidur, capai ubat gigi dalam baldi merah comel beli di kedai dua ringgit.










PTTUUIIHHHHHHHHHHHHHH...........CELAKAAAAAAAAAAAAA!



aku menyumpah sendirian dalam bilik air. segala sumpah seranah keluar dari bibir comel yang tidak berdosa ini!
inilah akibat kalau buat asignment saat-saat genting!


Wednesday, October 14, 2009

PENGHARGAAN KHAS BUAT KEKASEH DI SAUJANA IMPIAN

dalam tekanan yang melampau sekarang ini, hidup dah agak celaru. banyak benda dah berubah. banyak benda yang tak normal berlaku disekeliling ni. tapi izin tuhan, minggu depan kesemuanya kembali normal. siapa suruh buat asingment waktu-waktu klimaks? TAPI waktu klimaks tu yang sedap bukan? hahaha...

kalau kamu perasan, chatbox sebelah ini banyak dipenuhi keluh kesah dan rintihan sang kekaseh-kekaseh yang merungut. merungut hendak jumpalah, nak ambil foto bersama lah, ajak dating lah, macam-mcam lagi.

jadi sempena hari khamis yang mulia ini, satu penghargaan buat kekaseh-kekaseh di saujana impian, aku merindui kamu semua. biarpun kita sudah jumpa hari selasa lepas, tetapi rasanya masih tak terubat rindu buat kamu. kalau boleh, selalu sangat hendak berada dengan kamu semua!

KHAS BUAT KEKASEH-KEKASEH CHEGU DI SAUJANA IMPIAN:

SELAMAT HARI KANAK-KANAK, MAAF CHEGU TAK DAPAT DATANG.MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI CHEGU,


* buat nurul izzati 5 Bestari selamat hari lahir ya!

p/s: 5 Adil makan Mc Donald hari ini? jangan makan fastfood banyak sangat.
hantar dekat cikgu sikit!

Tuesday, October 13, 2009

Jangan Jadikan Sibuk Itu Satu Alasan




aku sedikit sibuk dengan kehidupan sekarang.

tiada masa untuk kemas kini blog ini.

atau mahu tutup sahaja?


sepertinya ancaman yang selalu di-war-war-kan sesetengah blogger ramai pengikut, tapi tidak ramai yang komen setiap entri.


entahlah.

aku sibuk, nanti sudah tidak sibuk, aku mengarut lagi ya!


*gambar sewaktu berada di zaman persediaan. sedang sibuk fokus dalam menyediakan bahan bantu mengajar!

seiras siapa?

pfftt..

Sunday, October 11, 2009

TAK GUNA




tak perlu mengaku engkau jahat;

tapi hakikatnya kau masih takut melakukan kejahatan.

tak ada guna.

tak perlu mengimpi sesuatu,

kerana tiada harapan disandarkan,

tak perlu menipu,

kerana aku membernci pembongak,

sudahlah.

memang tak guna.

Wednesday, October 7, 2009

SAYU...

jangan marah bila;

sunyi membelenggu dirimu,

kerana mungkin lena telah menjemput rohku terlebih awal,

disaat dinding tekanan menghimpit sesak waktu senggangmu.







jangan marah bila;

ada yang cuba mendekati,

menggoyah sedikit gusar cemburu,

mungkin juga;

sesuatu yang merisaukan detak percayamu.




kerana,

aku yakin kamu bukan seperti jahanam yang dahulu.




*there is nothing better than having someone on your side when you are down and also happy

Sunday, October 4, 2009

PERADUAN TEKA DIALOG

kalau entri entri yang lepas banyak ditulis mengenai pelanduk dua serupa diri sendiri dan teman rapat. entri ini juga begitu tujuannya. kehabisan idea serta tekanan tugasan, memungkinkan aku untuk tidak dapat menulis entri yang enak. sedangkan banyak entri yang ingin aku tulis, sudah di draf di celehan seleblum, sebenarnya masih tersangkut pada ranting-ranting tekanan yang menyucuk-nyucuk sekian kalinya.

baiklah, balik pada entri keluaran khas ini. lihat dibawah; seorang lagi teman rapat sebelah bilik. berasal dari utara tanah air. berdarah kacukan dan berwibawa tinggi! menggemari karya-karya empat bidang pendidikan seni sekolah rendah serta bakal guru cemerlang.

tidak percaya? tengok sahaja lagaknya bersahaja menyampaikan ucapan pada pengendalian mesyuarat. ouh hampir terlupa. Nama, Nasharul Nizar diberi, panggilan manjanya Boy.


apa?



seiras siapa?



ya betul!



ADI PUTRA kan?





*kenapa diorang ambil gambar gua time ni? macam makcik bibir iklan "u break my heart"! pfftt..


Thursday, October 1, 2009

Abang Taufik? Euwwwww! TOLONGLAH!!

"abang taufik"




"abang taufik"




"abang taufik"




aku toleh belakang. tak ada orang. "abang taufik!" lagi sekali!




siapa taufik?
aku bolayan dengan suara datang entah mana celahnya itu. hari khamis, biasalah pakai baju batik biru kegemaran, songkok tinggi macam menari zapin sebagai aksesori tambahan. seluar hitam dengan kasut coklat berkilat. hari khamis memang seh dia laian macam. sebab hari ini kena pergi Sekolah Agama Persekutuan Kajang ada lawatan benchmarking. langkah yakin terus maju ke tempat parking bas institut.

"abang taufik batisah wannabee!!"

"blah la wei, perasan hensem!" suara sumbang kedengaran lagi. aku toleh ke atas, dari kelas-kelas atas barangkali. sah.

dasyat jugak, ada juga budak institut ni aku baca blog aku, aku andaikan teman-teman aku saja yang baca blog aku. nasiblah!

hati berkobar pergi lawatan ke sekolah menengah, selama ini hanya pergi sekolah rendah. pasti 'berdarah hidung' nanti. bye!


ni dibawah, disebelahku itu seorang teman baik, amru namanya. orang panggil dia aaron aziz. serupa kan?